31 Mei, 2009

Powerkah Anda??

Apa Khabar semua?? tanya Dr HM Tuah dalam Ceramah Beliau..hadirian jawab sihat,,jadi Beliau menyarankan kepada kami bila seseorang bertanya khabar kita kita kena jawabLuar Biasa bagus dan hebat sekali. Percaya tak " kepoweran " seseorang bermula dari minda seseorang. Saya ingin berkongsi dengan anda semua tentang Tip- Tip untuk jadi power berdasarkan kajian Dr HM Tuah Al Haj. Tip ini sesuai untuk semua jika anda seorang bapa,suami ,ibu, isteri bahkan semua makhuluk yang bergelar manusia.
1. Sebelum Tidur Set yang Hebat- Hebat.
  • Sebelum tidur setlah untuk keesokkan hari anda ingin menjadi pekerja yang hebat, isteri solehah, suami soleh dan apa- apa sifat yang baik, janganlah anda set ingin memonteng kerja, tak nak masak untuk suami, malas nak layan isteri dan sifat - sifat negatif.
  • Insya Allah, Jika anda set hebat, bangun tidur nanti anda akan terasa aura power yang anda set sebelum tidur.
  • Sebelum set yang hebat- hebat anda kenalah baca doa sebelum tidur dahulu,Al fatihah, 3 Qul, Ayatul qursu dan bismillah 21 kali.set lah hebat hebat apa yang anda buat untuk ke esokkan hari.

2. Solat lah bila bangun dari tidur

  • Bila anda terjaga bacalah doa selepas bangun tidur, masuk bilik air dan ambillah wudhuk dan solat subuh dahulu sebelum pergi kerja. ramai di kalangan ummat manusia akhir zaman suka tinggalkan solat. Ingat mati ni tidak mengira umur. Jagalah solat anda kerana benda pertama yang akan di tanya di dalam kubur nanti
  • Semasa saya menghadiri Kursus pengurusan Jenazah, penceramah menceritakan bahawa beliau berpengelaman 20 tahun menguruskan jenazah di kalangan Angkatan Tentera, Semasa kejadian Nuri Tahun 1997 seramai 11 orang yang meninggal Dunia. Seorang daripada mereka berbau harum dari mula mayat itu diambil hinggalah semasa hendak dikebumikan, Masya Allah hebat nya. Rahsianya ialah pegawai tersebut tidak pernah meninggalkan solat walau sesibuk mana keadaaan beliau. Jadi anda bagaimana.??Walaupun anda badan beruniform Pastikan anda menguruskan waktu solat anda dengan betul.

3. Mandilah cara yang betul

  • Sesetengah dari kita mandi main hentam je. Cube anda amalkan mandi bermula dari kaki dan alhir sekali kepala.Apa rahsia nya?? Cuba buat dahulu anda pasti akan merasa perubahan pada diri anda.

Cukup 3 tip untuk hari ini kita bersambung lagi untuk siri akan datang. Salam ceria salam motivasi dan salam perjuangan untuk semua. Mudah- mudahan anda hidup hari ini lebih baik daripada semalam,


29 Mei, 2009

Rahsia Budu


Walaupun ada yang Benci akan budu namun Budu adalah Kegemaran saya.Banyak Khasiat di sebaliknya. nak cube kunjungilah kedai- kedai masakan pantai timur. Nak tahu khasiat nya kunjungilah web http://www.aktechpage.com/

27 Mei, 2009

Bagaimana Sultan Muhammad al-Fatih bebaskan Kota Istanbul

Sabda Rasulullah s.a.w. ketika menggali Parit Khandaq; “..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……”
(Hadis riwayat Imam Ahmad)


Oleh : Dato' Husam Musa

Hari ini, 546 tahun yang silam, Muhammad bin Murad melukir satu sejarah dengan menawan kota yang sangat kuat pertahanannya - Konstantinapole. Pada ketika ini Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, telah pun berada di Kota Istanbul untuk menghadiri sambutan ulangtahun upacara yang amat bersejarah

Tulisan ini cuba melihat bagaimana seorang pemimpin seperti Muhamad Murad yang kemudiannya diberikan gelaran Muhammad Al Fatih, telah berjaya dilahirkan. Adakah di sana satu metod tertentu untuk mencetak pemimpin seperti beliau dan bagaimanakah cara untuk berbuat demikian.




Peribadi dan kepimpinan Muhammad Al Fatih menunjukkan beliau mempunyai ciri berikut;




a. Asuhan dan disiplin Islam yang kuat



b. Mempunyai matlamat hidup yang ingin dijayakan



c. Kehendak yang kuatd. Sabar dan ketahanan ruhani yang kuate. Pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk misinya, atau mendapatkan bantuan pakar dalam bidang masing-masing bagi tujuan melengkapkan skil berkenaanf. Ibadah dan pergantungan yang kuat dengan Pencipta
Sebelum isu ini dikupas lebih lanjut, kita tinjau dulu bentuk pertahanan Kota Konstantinapole itu sendiri yang sangat menakjubkan;
Kota ini berbentuk tiga segi. Dua bahagian kota menghadap laut iaitu Selat Bosporus dan Laut Marmara. Bahagian daratan dilingkungi oleh sebuah benteng yang sangat kukuh;




a. Bahagian luar kota dilingkungi oleh sebuah parit besar. Dalamnya 10 meter dan lebarnya 60 meterb. Ada dua tembok iaitu tembok luar dan tembok dalam. Tembok luar sahaja setinggi 25 kaki dan setebal 10 meterc. Tembok dalam pula setinggi 40 kaki tinggi dan 15 meter tebald. Terdapat menara kawalan sepanjang tembok dalam dengan ketinggian 60 meter!e. Terdapat 400 batalion tentera terlatih mengawal tembok ini sepanjang masa
Dengan kedudukan pertahanan seperti itu, hampir mustahil untuk tembok ini dicerobohi.
Di bahagian laut pula, terdapat rintangan rantai besi yang kuat diletakkan di Selat Bosporus yang digunakan untuk menghalang kapal-kapal melepasinya.




Konstantinapole telah menjadi ibu kota Empayar Bizantin untuk berkurun-kurun dan dikenali sebagai kota yang paling makmur dan terkaya di Eropah. Ia terletak di pertemuan antara Asia dan Eropah dan Laut Mediterranean dan Laut Hitam. Justeru, ia sangat strategik baik dari segi perdagangan mahupun geo politik.
Sejak Rasulullah s.a.w mengungkapkan bahawa nanti Kota penting ini akhirnya akan jatuh di tangan seorang pemerintah yang terbaik, memimpin tentera yang terbaik sepanjang zaman, telah banyak percubaan dibuat untuk menawan kota ini, namun tidak berjaya. Sahabat seperti Abu Ayub al Ansari juga telah berusaha dan mereka telah mengepung kota ini selama tujuh tahun, tetapi masih gagal.




Hanya 800 tahun selepas sabda Nabi yang Mulia itu, sabda yang menakjubkan ini menjadi kenyataan. Sultan Muhammad bin Murad yang kemudian lebih masyhur dengan gelaran Sultan Muhammad al Fatih telah memulakan pengepungan ke atas Konstantinapole pada hari Khamis, 5 April 1453 dan berjaya membuka kota ini pada 29 Mei 1453, hari tulisan ini dipostkan.




Sungguhpun pengepungan ini berlangsung selama hampir dua bulan sahaja, program penaklukan ini telah berjalan lama! Ia bermula apabila bapa Sultan Muhammad Al Fatih, Sultan Murad memilih guru-guru yang terpilih untuk mendidik anak raja ini, yang waktu itu, se orang anak yang nakal.


Sejak berumur sembilan tahun, Sultan Muhammad telah mengalami pendidikan disiplin yang ketat. Rasa bebas dan nakal sebagai anak raja yang masih kecil mula berakhir apabila bapa baginda memberikan kebebasan kepada guru-guru beliau untuk membentuk dan mendidik Muhammad.




Rotan turut digunakan oleh gurunya untuk mendisiplinkan anak ini. Dalam satu kejadian, Muhammad telah sengaja dirotan dengan teruknya tanpa sebarang kesalahan yang dilakukan oleh beliau.




Tujuan guru beliau berbuat demikian ialah untuk membentuk perasaan belas kasihan dan sikap adil dan saksama dalam jiwa bakal Sultan ini. Supaya nanti baginda dapat mengambil keputusan berpaksikan keadilan dan memahami perasaan orang-orang yang tidak diperlakukan dengan adil!




Sultan Muhammad dibimbing untuk menghafal al-Qur'an. Dilatih untuk sembahyang malam. Dibentuk menjadi wara' dan zuhud. Diasuh mencintai ilmu dan ulama'. Mempunyai budi pekerti yang baik dan perasaan yang halus. Keunggulan pendidikan keruhanian Sultan Muhammad ternyata apabila baginda akan dilantik menggantikan bapanya secara rasmi sebagai pemerintah Kesultanan Uthmaniah, beliau menangis teresak-esak.




Gurunya lah yang telah mengarahkan beliau menerima tanggungjawab itu atas hujah bahawa seorang berkaliber seperti beliau wajib memikul amanah ummah dan itu jihad dan ibadah yang lebih besar.




Pendidikan Sultan Muhammad di istana baginda hampir komprehensif. Sebagai bakal raja dalam persekitaran Eropah dan pusat perdagangan dan diplomatik, baginda dapat berbahasa lebih dari lima bahasa. Sudah tentu baginda fasih dalam bahasa Arab. Baginda juga diajar matapelajaran sejarah, geografi dan astronomi. Pakar ketenteraan juga diundang untuk memberikan pendedahan ketenteraan kepada beliau.




Lama sebelum program pembebasan Konstantinapole dimulakan, Muhammad al-Fateh telah berbincang dengan pakar sejarah dan ketenteraan mengenai sebab-sebab kegagalan ekpedisi penawanan Konstantinapole sebelum ini. Apa rahsia kekuatan pertahanan kota itu dianalisis. Bagaimanakah caranya untuk mengatasi halangan-halangan itu juga dibincangkan.




Dari perbincangan itu, antara lain mereka mengenal pasti hal berikut;




a. Dinding tembok itu terlalu tebal dan pada waktu itu belum ada teknologi yang boleh meruntuhkannya. Sultan Muhammad telah mengarahkan dicari satu teknologi yang boleh meruntuhkan tembok itu.




Tentera baginda akhirnya berjaya mencipta meriam yang paling canggih dengan bantuan seorang pakar senjata bangsa Hungary yang telah diculik dari kurungan dalam penjara Konstantinapole dengan mengorek lubang bawah tanah yang dalam dan panjang!.




Berat setiap meriam ciptaan baru ini ialah 700 pauns! Ia perlu ditarik oleh 100 ekor kuda dan seratus orang tentera. Bila diletupkan, bunyinya boleh didengar sejauh 13 batu! Setiap tembakannya akan menyebabkan tembok yang kuat berlubang seluas enam kaki. Nah! Benteng besar itu sekarang telah menemui ruasnya.




b. Rantai besi yang kuat yang dirintangi menghalang laluan kapal. Ia menghalang bantuan dan pergerakan melalui laut. Sultan Muhammad telah mencipta satu plan luar biasa mengatasi halangan ini. Ia adalah antara rekod sejarah yang menakjubkan dari segi kreativiti dan kekuatan keinginan seorang pemimpin. Baginda mengarahkan pembinaan kapal di daratan. Dibuat pada sebelah malam supaya tidak disedari oleh musuh.




Mesti disiapkan dalam masa yang singkat. Kapal ini diluncurkan dari daratan sejauh 5km ke lautan dengan meletakkannya tergelunsur di atas batang-batang kayu yang telah diatur dan telah diminyakkan untuk melicinkan perjalanan kapal-kapal itu.




Pada masa yang telah ditetapkan, kapal-kapal ini dilancarkan dari daratan dan muncul di depan Kota Konstantinapole sebelah lautan dengan melepasi rantai besi yang telah terpasang! Ia memeranjatkan tentera musuh. 400 kapal musuh terbakar dan serangan dari lautan berjalan serentak dengan pengepungan sebelah daratan.




c. Lazimnya bila tentera sampai di pantai menghadap Kota ini, mereka terdedah kepada serangan musuh kerana kawasan yang terbuka dan jika sekiranya satu benteng pertahanan mengelakkan serangan hendak dibina, ia memakan masa selama setahun.
Sultan Muhammad telah mengarahkan benteng pertahanan menghadap tembok kota Konstantinapole itu dibina dalam masa tiga bulan dengan menggunakan segala teknik pembinaan semasa yang canggih.


Benteng Rumeli Hissari dibina di tebing sebelah Eropah, lebih kurang 5 batu dari Kota Konstantinople di mana Selat Bosphorus adalah yang paling sempit. Ia dibina bertentangan dengan Benteng Anadolu Hisar di tebing sebelah Asia yang telah dibina oleh Sultan Bayazid Yildirim dahulu. Ia memang berjaya disiapkan seperti direncanakan. Dari mana kekuatan keinginan seorang pemimpin ini diperolehi oleh Sultan Muhammad?

Gurunya bukan sekadar menyuntikkan kekuatan ruhani kepada bakal Sultan in, tetapi juga telah menyuntik sikap terbuka terhadap teknik dan teknologi baru yang diperlukan untuk misi mereka. Mereka juga menyuntik sikap berminda strategik dan kreatif.




Sultan Muhammad dapat menganalisis dengan tepat permasaalahan dan mencari jalan penyelesaian terhadap setiap permasalahan itu secara praktikal sebelum melancarkan misinya.
Tetapi yang paling penting, sejak kecil lagi guru-guru baginda telah membentuk minda baginda untuk merasakan dirinya lah yang disebutkan oleh Rasulullah s.a.w sebagai raja terbaik yang memimpin tentera terbaik yang akan dapat membebaskan Konstantinbapole.




Sasaran, visi dan misi yang jelas, yang disuntikkan ke dalam minda baginda ternyata berkesan. Dari kecil, Sultan Muhammad mengimpikan bagindalah pembebas itu! Baginda bergerak selari dengan impian ini. Akhirnya, ia adalah sebuah kenyataan. Dari sudut kepimpinan, bapa baginda seorang yang berpandangan jauh. Sejak umur 14 tahun, Muhammad telah diminta menguruskan empayar dengan alasan, bapanya ingin menumpukan kepada ibadah. Namun, dalam dua keadaan kritikal, bapa baginda pulang semula untuk memimpin Kerajaan Uthmaniah. Selepas ancaman kritikal itu diatasi, Muhammad diberikan peluang untuk menguruskan semula empayar yang sedang berkembang itu. Melalui pendedahan berbentuk bimbingan ini, Muhammad terlatih menjadi pemimpin yang berkualiti.

Ditambah, sepanjang hayat baginda, guru-guru baginda yang menjadi rujukan keruhanian dan kebijaksanaan, sentiasa bersama baginda. Hatta, ketika pengepungan kota itu berlangsung, gurunya mengimamkan solat hajat semua tentera Sultan Muhammad. Melihat 150,000 tentera Islam berbaris rapi untuk bersolat di luar kota itu, cukup untuk menakutkan musuh yang sedang berkawal dalam kota!

Pada hari pembukaan Kota Kontantinapole yang bersejarah itu, Sultan Muhammad bersujud syukur. Sepanjang kempen, baginda tidak putus-putus mengarahkan tenteranya bertakbir dan melaungkan slogan-slogan bersemangat, termasuk motivasi berasaskan hadis Nabi bahawa Konstantinapole akan dibebaskan oleh tentera yang terbaik dan merekalah tentera terbaik yang dijanjikan oleh Nabi itu. Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan di dalam Kota Konstantinapole yang baru sahaja dibebaskan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam solat Jumaat yang pertama itu. Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya berdiri dan diikuti pertanyaan: "Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk!".

Tiada seorang pun yang duduk, kerana tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu. Pertanyaan seterusnya, "Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!".

Sebahagian daripada tenteranya duduk. Kemudian Baginda bertitah, "Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!". Kali ini semuanya duduk, kecuali baginda sendiri sahaja yang tetap berdiri! Subhaanallah! Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajud sejak baligh. Tepatlah janji Rasulullah s.a.w dan kota ini kemudian bertukar nama kepada Istanbul. Sekarang, marilah kita mengenali secara ringkas guru-guru yang berjasa besar membentuk Sultan Muhammad.

Pertama, Ahmad 'ibn Ismail Al-Kori:
Guru istimewa ini menunjukkan role model kepada Sultan Muhammad. Seorang yang wara', tidak menyembah Sultan sama seperti orang lain memberikan tunduk hormat, memanggil nama Sultan dan kerabat mereka dengan nama mereka masing-masing tanpa sebarang panggilan gelaran, Bersalaman dengan mereka tanpa mencium tangan mereka. Sepanjang Ramadhan, Sultan Muhammad menghadhiri kelas mentafsir ayat-ayat Al Qur'an yang diadakan di istana baginda selepas solat zuhur, dengan guru-guru yang bersilih ganti.

Ahmad ibn Ismail lah yang mengajarkan Al Qur'an, hukum-hukum agama dan kepatuhan padanya. Ia juga membentuk rasa takwa dalam jiwa Sultan Muhammad dengan berbagai cara, termasuk nasihat-nasihat yang berkaitan dengan tugas pemerintah.

Kedua ialah Sheikh Muhammad bin Hamzah al-Rrouhy, lebih dikenali sebagai Ba'q Shamsuddin. Beliau meninggalkan kesan yang sangat mendalam terhadap keperibadian Sultan Muhammad.
Beliau telah menginspirasikan Sultan MUhammad meningkatn aktiviti dakwah dan keislaman di bawah Empayar Othmaniah sebagai satu cara memperkuatkan empayar tersebut.

Beliaulah yang paling giat meyakinkan Sultan Muhammad bahawa beliau adalah raja terpilih seperti yang dimaksudkan oleh Rasulullah s.a.w dalam sabdanya itu.


Selain mengajarkan teras-teras ilmu Islam, Shamsuddin juga bertanggungjawab mengajar sains, matematik, sejarah, strategi perang, astronomi dan lain-lain.

Beliaulah yang telah merotan Muhammad di masa kecil tanpa sebab. Beliaulah yang mententeramkan Sultan Muhammad yang menangis kerana enggan menjadi raja. Beliaulah yang telah ditanya oleh Sultan Muhammad samada beliau boleh bersara selepas lama memerintah kerana ingin menumpukan kepada ibadah tetapi dijawab, ibadah sebagai Sultan yang adil adalah lebih berharga lagi. Shamsuddin meletakkan insipirasi dalam dada Sultan, memberikan baginda tujuan dan misi pemerentahan yang jelas dan bersama baginda sehingga cita-cita itu tercapai.
Kerana itu lah, beliau dikenali sebagai Penakluk Ruhani Konstantinapole. Guru yang merancang lahirnya seorang pemimpin dan terukirnya sebuah sejarah. Insan pada sisi lain Sultan Muhammad al-Fatih.

Sumber : Harakahdaily


AlHawari : harap kita sama- sama renungkan,Di Doakan agar kita sempat Hidup di bawah pemerintahan Islam yang Adil, Zuhud serta wara'. Tidak Mustahil bahawa Malaysia akan menjadi contoh Perintahan Islam yang mana para pemimpinnya menyerupai Pemerintahan Para Khalifah yang terdahulu.

26 Mei, 2009

Kunci kejayaan : Ikut Orang Yang Berjaya

Siapa?



  • Orang Yang Berjaya ialah orang yang melakukan tindakan yang tidak mampu diimaginasikan oleh orang lain, malah tidak mampu dilakukan oleh orang besar sekali pun.



  • Mereka juga mampu menimbulkan perasaan kagum serta takjub orang lain kerana kejayaan dan kehebatannya.

    Orang yang berjaya tidak hidup di pinggir peristiwa, bukan orang yang kosong tanpa nilai dan bukan orang yang hanya menjadi Pelengkap.

  • Antara akhlak orang yang berjaya adalah optimis dan tidak putus asa, mampu memperbaiki kesalahannya dan keluar daripada krisis serta mengubah kerugian menjadi keuntungan.




Sikap Orang Yang Mahu Berjaya




  • Menjauhkan Diri Dari Perbuatan hina dan Tidak Bergantung kepada Pemberian Orang
  • Bagi mereka waktu istirahah adalah seperti waktu kerja dan waktu kerja pula seakan - akan istirihah kerana terlalu terhibur dengan kerja.
  • Sentiasa memelihara potensi dirinya dan potensi diri orang sekelilingnya, mereka tidak mensia- siakan dan merosakkan.



Apa yang kita boleh buat dalam masa SATU MINIT?

  • Bertasbih sebanyak 100 kali

Membaca satu halaman Mashaf Al Quran

  • Menulis Sepucuk surat
  • Membaca surah Al Ikhlas

"Orang yang berjaya datangnya daripada minda yang cekap dan cergas, ditimbang oleh hati nurani yang berhikmah dan didokong oleh jasad jasmani yang sihat "

25 Mei, 2009

Sayangilah Diri Anda


Sesungguh nya segala pujian itu daku panjatkan kepada Allah S.W.T yang menciptakan kita semua di alam ini, kIta MemujiNya, Meminta pertolongan kepadanya,kita meminta ampun kepadaNYA dan kita berlindung kepadanNya dari segala kejahatan diri kita dan keburukan amal perbuatan kita. Kalam bicara saya berkisarkan untuk menyayangi Diri Sendiri.
marilah kita kaji ungkapan ini
" kalau anda merasai tidak ada orang yang menyayangi diri anda, itu tidak penting , yang penting ialah sejauh mana anda dapat menyayangi diri anda dan menyayangi diri orang lain. Apa gunanya anda disanyangi oleh orang lain tetapi anda sendiri tidak dapat menyayangi diri anda sendiri. Apa gunanya anda disanyangi oleh orang lain tetapi anda tidak mampu menyayangi orang lain yang menyayangi diri anda? Untuk disayangi dan menyayangi anda perlu terlebih dahulu menyayangi diri sendri "
Cubalah menyayangi diri anda dan lakukan perkara berikut :
  1. Menerima Diri Anda tanpa Syarat;

" saya merasa selesa dan dapat menerima diri saya sepenuhnya, seperti adanya, dengan kelebihan dan kekurangan, di sebalik segalanya tanpa syarat. Saya adalah saya dan saya sukakan diri saya. Sekiranya anda melakukan perkara yang menyalahi agama sebelum ini, mintalah mapun dengan yang Maha Pencipta. Allah Maha Pemurah lagi Pengampun. Menangislah dikala pintu langit masih terbuka. Berkawanlah dengan orang yang soleh dan berjaya dalam mengharungi Redha Allah.

2. Kasihan Pada diri Anda.

Diri anda ada hak nya. Berjanjilah pada diri anda supaya anda tidak akan melakukan perkara - perkara yang boleh merosakkan diri, nama baik, masa sekarang dan masa hadapan. Janganlah mensia sia kan diri anda. Saya termenung melihat pelajar- pelajar yang datang sekolah hanya untuk gelak ketawa dan sunggup menipu ibu bapa semata mata mengejar kemahuan diri. Siapakah harus dipersalahkan. Mungkin mereka tidak sedar diri mereka hebat sebenarnya ataupun guru hanya sekadar menghabiskan sukatan pelajaran di sekolah semata - mata. saya tinggalkan persoalan kepada anda untuk menjawabnya.

3. Hargailah Kejayaan anda

sekiranya anda pernah gagal, janganlah kecewa. Ramai mereke yang berjaya dan menjadi JUTAWAN, mereka sebenarnya belajar daripada kegagalan terdahulu. Hargailah setiap kejayaan dalam hidup anda walaupun bos anda memuji idea anda dikhalayak ramai. Simpanlah setiap album atau gambar - gambar yang merakamkan setiap kegembiraan yang anda telah capai di dalam hidup ini. Hidup mesti diteruskan walaupun anda diistiharkan MUFLIS oleh mahkamah. Untuk mencapai kejayaan , belajarlah dari mereka yang berjaya dan jangan lupa untuk berkata : " saya sayang kepada diri saya".

4. Memberi Sokongan kepada Diri anda

Hargailah setiap sokongan yang diberikan oleh orang lain kepada anda. Sekiranya tiada orang menyokong diri anda, andalah perlu menyokong diri anda dengan mengamalkan Janji DIRI POSITIF. Hiasilah bilik anda dengan kata - kata semangat, piala - piala kejayaan anda terdahulu, buku - buku motivasi yang boleh memberi peransang dan semangat kepada anda. Sekiranya anda lemah, berjumpalah dengan mereka yang berjaya untuk naikkan semangat anda. ingatlah Dr Rosli mengarang buku ' Jutawan senyap" pernah gagal dan bangkit menjadi seorang jutawan dan ternama.

" menyayangi diri sendiri bukan bererti anda tidak perlu disayangi atau anda tidak perlu menyayangi orang lain. Menyayangi diri adalah asas untuk anda disayangi dan menyayangi orang lain.sayangi diri dan anda akan disayangi"

Rujukan : Buku motivasi Diri, Alias Muda, & Siri motivasi Dr HM Tuah Iskandar

24 Mei, 2009

KaLAM Hikmah

  • Anda adalah makhluk Tuhan yang Hebat. Anda hanya perlu menggilap agar kilauannya bersinar. Letakkan ia pada posisi yang betul nascaya kehebatannya akan terserlah
  • Bulan tidak indah pada waktu siang tetapi akan indah pada waktu malam. Bintang tiada kelihatan pada waktu matahari memancarkan cahayanya tetapi akan kelihatan hebat dan memancar pada waktu matahari menutup cahayanya.
  • Tidak ada manusia yang malas, tetapi sebenarnya mereka tiada impian.
  • fakta yang mengatakan orang yang berjaya dalam akedamik akan berjaya dalam hidup dan orang yang gagal dalam akademik adalah orang yang gagal dalam hidup adalah fakta yang terbukti tidak tepat. Sebenarnya, mereka yang gagal dalam kehidupan adalah mereka yang lemah dan tidak pandai bersyukur dengan anugerah Allah.
  • Apakah makna kamu menadah tangan ke langit untuk meminta agar diberikan kejayaan , sedangkan kejayaan berada di bumi dan alat untuk mendapatkan kejayaan juga di bumi. Kamu hanya perlu meminta agar diberi keberkatan dan keselamatan dalam mengharungi kejayaan kehidupan kamu.
  • Orang yang takut menghadapi cabaran adalah orang yang lemah akalnya.

Sumber : nota Meneroka Rahsia Diri, Tokku Ibnu Mohammad

Skrin Besar : UEFA Champions League


23 Mei, 2009

RENUNGAN BERSAMA

Siramilah Hati anda dengan air cinta dan Kasih Sayang dengan sebanyak tujuh kali dan siraman yang ke lapan anda campurkan dengan debu memaafkan orang yang telah menganiayai dan
mencaci anda, agar anda dapat hidup dengan tenang dan bahagia.
Anda harus membunuh kala jengking yang bersemayam di hati anda dengan pisau - pisau kesabaran , kelembutan dan kemurahan hati. Anda wajib menyembelih serigala nafsu anda yang selalu mengajak anda kepada kejahatan DENGAN PEDANG KEIMANAN.
Anda harus membersihkan halaman roh anda dari sampah- sampah fikiran yang jahat dan hina . Anda harus menanam pada kebun anda dengan pokok - pokok hikmah , bunga - bunga pengetahuan dan mawar- mawar ilmu

Senyumlah





Salam ceria dan motivasi buat pembaca dan pelawat budiman.


Jika saudara rasa sedih, gundah dan bingung sedang menyesakkan dada anda maka senyumlah kerana mungkin kesedihan - kesedihan yang anda rasakan adalah sebagai penghapus dosa dan kesalahan. Senyum adalah sedekah.


Jika anda sedang sakit terlantar di atas katil bersendirian tatkala kaum kerabat lain sedang seronok menjemu selera maka senyumlah kerana sakit yang menimpa anda adalah sebagai pencuci dosa dan semua kesalahan, sebagai ubat bagi hati anda dan sebagai sesuatu yang dapat membuat anda kembali dan semakin dekat kepada tuhan.


Jika putera anda yang sangat anda sayangi diambil semula oleh Zat yang mengamanahkannya kepada anda , maka senyumlah kerana putera anda akan memberikan anda syafaat di Akhirat nanti.Ia telah pergi dengan membawa kesusahan dan tanggungjawab yang semestinya harus anda pikul selama ia hidup.Sedangkan pahala dan balasannya tidak ikut serta ia bawa pergi, tetapi pahala tetap mengalir kepada anda.


Janganlah anda bersedih jika ditimpa sebarang ujian dari Maha Esa,kerana Allah sayang kepada anda serta ingin menambahkan pahala disebalik kesabaran anda menghadapi uijian hidup.

19 Mei, 2009

Hebatnya Anugerah Allah ini

Mendengar bunyi dan suara yang baik adalah halwa telinga. Membaca bahan yang baik adalah halwa minda-pakar motivasi

Setiap maklhluk ciptaan Allah dibekalkan dengan kehebatan dan potensi diri masing- masing . Begitu juga dengan kita Allah anugerahkan kita sebagai manusia sebagai Khalifah untuk memerintah dunia serta dibekalkan bersamanya potensi kebolehan yang sangat besar sehingga sesetengahnya di luar jangkaan manusia itu sendiri.

Di mana Hebatnya manusia?

Jawapannya ialah potensi kelebihan daya manusia itu berfikir. Bagaimana,,,manusia berfikir dengan menggunakan potensi otak yang Allah berikan kepada mereka,Otak adalah satu-satunya organ yang terpenting ,paling baik, hebat dan tidak ternilai harganya. Apa yang penting bajailah otak kita dengan siraman Al-quran, zikir dan sentiasa berdoa kepada yang Maha Esa.,Kita hebat hakikatnya datangnya dari Pencipta kita yang Maha Hebat.

Kita harus merasai hebat ( bukan rasa Sombong ) dengan Anugerah yang tidak terhingga yang Allah bekalkan kepada kita.

  • Percaya untuk dapat melakukan apa yang ingin dilakukan..
  • Tahu yang kita boleh dapat apa yang kita inginkan dengn izin yang Maha Esa dan berusaha ke arah kemahuan kita.
  • Boleh menyelesaikan masalah
  • Boleh mengawal diri, dengan menggunakan pemikiran yang waras kita dapat menghadapi cabaran dan kepayahan di dalam hidup.
  • Dapat mengembangkan potensi diri melalui kesedaran, cara dan pendekatan yang betul, kita dapat mempertingkatkan kebolehan dan kemahiran yang kita miliki untuk menjadikan kita berjaya dengan setiap apa jua bidang yang diceburi.
  • Boleh berubah ke arah yang lebih baik..

Ingatlah wahai sahabat-sahabatku peluang untuk kita berjaya di dalam kehidupan ini amat luas, tetapi kitalah yang akan mengubah kehidupan ke arah yang lebih baik. ALLAH tidak akanmengubah nasib sesuatu kaum kecuali mereka sendiri yang mengubahnya.













17 Mei, 2009

Kalam Arif Billah









  1. Sesiapa yang ingin melihat hati, lihatlah rumah, Rumah yang rosak binasa adalah rumah yang meninggalakan bekas kencing manusia yang begitu banyak Demikian pula pada hati yang sudah rosak binasa,tidak ada apa yang terdapat padanya kecuali danging ynag tidak berakal.
  2. Ketahuilah sahabatku, janganlah sudah terbit matahari barulah dikau hendak beramal ibadah dan berpekelakuan taaat kepada Allah.Besedekahlah setiap hari walaupun sepuluh sen sekalipun agar Allah mencatat namamu di kalangan orang yang bersedekah. Bacalah al- Quran setiap hari walaupun satu patah supaya namamu dicatat oleh Allah sebagai di kalangan orang yang membaca Al Quran.Bersolatlah pada waktu malam hari ketika semua manusia sedang tidur walaupun dua rakataat agar Allah catatkan namamu di kalangan Hambanya yang Bersolat di tengah malam.

Sudutan dari Buku Mahkota Pengantin Orang- orang Arif Billah

" Hati Orang Arif Billah itu umpama Pengantin Perempuan yang berwajah cantikdan menarik. makin setiap hari anda melihat dan menatap wajahnya, semakin bertambah berahi dan sayang kepadanya"

Manusia genius- bersifat sang labah-labah

Salam Ceria dan Motivasi,, Harap anda semua berada di bawah rahmat dan keredhaan Allah. Kisah seterusnya yang ingin dikongsikan bersama anda semua ialah berkenaan dengan labah-labah ataupun dalam bahasa omputihnya dipanggil "spider".Sesungguhnya setiap makhluk yang diciptakan oleh Allah s.w.t mempunyai hikmah dan kegunaannya di dalam hidup kita.Begitu juga dengan labah-labah.Apa yang istimewanya makhluk Allah ini?hmmm.....


Sarang labah-labah

Untuk pengetahuan kita bersama, labah-labah merupakan salah satu serangga yang diciptakan oleh Allah taala yang mempunyai sifat yang sangat unik dan istimewa serta kreatif.Lihat sajalah pada jaringan sarangnya yang begitu teliti dan cantik. Mampukah kita sebagai manusia menghasilkan sarang labah-labah sepertimana yang dibuat oleh labah-labah itu?Sudah tentu tidak, tetapi kita boleh mengambil sifat yang ada pada sang labah-labah itu untuk dijadikan motivasi pada diri kita.


Sang labah-labah

Daripada hasil pembacaan saya di dalam buku yang bertajuk "Membina Karisma" yang ditulis oleh saudara Ahmad Naim Jaafar, sang labah-labah adalah kuasa pemikiran genius yang dapat menghubungkan konsep yang rumit dan kompleks. Ini bermakna individu yang mempunyai sifat yang ada pada labah-labah adalah individu yang suka menghubungkan sesuatu konsep yang rumit dan kompleks. Mereka juga memiliki kemahiran luar biasa bagi menggabungkan banyak perkara menjadi satu gagasan yang hebat.

Ciri-ciri sang labah-labah

1. Pengetahuan yang luas

Individu yang mempunyai ciri pertama yang ada pada sang labah-labah adalah individu
yang berpengetahuan luas. Kita akan dapati bahawa tiada perkara yang individu ini tidak tahu. Individu ini mengetahui terlalu banyak perkara dan maklumat yang diperolehi oleh mereka samada melalui pembacaan ataupun pembelajaran mereka sendiri. Kelebihan individu ini adalah mereka dapat mengingat fakta dan teori dalam jangka masa yang singkat.


2. Meminjam idea

Ciri kedua yang ada pada sang labah-labah adalah mereka suka meminjam idea daripada orang lain. Ini tidak bermakna mereka mengakui bahawa idea yang dipinjam itu adalah daripada mereka tetapi mereka hanya meminjam idea tersebut untuk digabungkan dengan idea mereka sendiri bagi menghasilkan sesuatu yang lebih mantap dan lebih baik.

3. Kemahiran membuat kaitan dan jaringan

Ciri terakhir yang ada pada sang labah-labah adalah mereka mempunyai kemahiran membuat kaitan dan jaringan yang kreatif sepertimana jaringan atau sarang yang dibuat oleh labah-labah.

Akhir kalam,,


Contohilah sikap labah-labah yang tidak pernah putus asa dalam membuat sesuatu perkara.Alangkah indahnya ciptaan Allah ini, membuat kita BERFIKIR, Meneliti setiap ciptaaanya.

16 Mei, 2009

Selamat Hari Guru

Selamat HAri guru..Buat guru-guruku yang pernah mengajarku sejak dari kecil hingga dapat ku merasai nikmat iman dan Islam..Tidak lupa Selawat dan Salam buat Junjungan Besar Nabi Muhammad yang merupakan Nabi, Rasul dan Guru kepada kita Semua..

Benarlah kata-kata Hukamak Pada Guru ada Barakah,pada Ibu ada Karamah, pada bapa dan Hikmah,,Tanpa Barakah dari guru kita hidup kita tidak akan diberkati oleh Nya.

" Pesan saya agar guru Bukn Sekadar menghabiskan Sukatan Pelajaran Tapi didiklah para pelajarmu mengenal Yang Maha ESa,

12 Mei, 2009

Jadilah Diri Anda Sendiri

Jika Anda tidak tapat menjadi meranti di puncat bukit
Jadilah aur di lembah, tapi jadilah aur yang teranggun di sisi bukit,
Kalau bukan pokok, Aur saja pun jadi...

Jika anda tidak boleh menjadi rimbun, jadilah rumput dan
hiasilah jalan di mana-mana.
Jika anda tak dapat menjadi haruan, jadilah sepat...
Tapi,,jadilah sepat yang lincah di dalam paya.

Bukan semua boleh menjadi nakhoda..
lainnya harus mengikut saja
Pasti ada sesuatu untuk semua..
kerana ada tugas yang berat dan ada tugas yang ringan
antaranya dibuat yang mana lebih berdekatan..

Jika anda tidak dapat menjadi bulan, jadilah bintang..
jika anda tidak boleh menjadi jagung,, jadilah keledek
bukannnya mengikut besar anda kalah atau menang
JAdilah dirimu sendiri yang terbaik

alhawari : gerakkanlah singa di dalam diri anda supaya dia sedar anda adalah makhluk ciptaan Allah yang terbaik.. Kaji, kenal, fahamkanknalah dirimu supaya kamu lebih dekat denganNya.

09 Mei, 2009

Munajat Hamba


Adikku….
Dulu kau pernah merasai nikmatnya iman,
Indahnya perjuangan…
tapi akhirnya kau tinggalkan…
Kerana hati mudamu gemarkan kenikmatan jangka pendek,
Sedang sebenarnya kealpaan…
Adikku …
Kau sebenarnya tahu…
bahawa kau tersilapKau tersesat….
Tapi nafsu mudamu dan usia mentahmu..
Membuat kau sering tertipu…
antara permata dan kaca..
Kau terus-terusan lena dan leka…
dalam buaian cinta dunia..
lelaki dan wanita.Cinta yang kau kejar adikku…
Telah banyak membunuh semangat jihadmuMengekang imanmu..
Melumpuhkan potensimu..
Hingga kami dan ummah kehilanganmu..
Perjuanganmu kini…
sekadar untuk dirimu…
Untuk perut dan jasadmu…
Sedang dulu
…semangatmu berkobar, jiwamu segar…
Kini kau bersendiri…
Ditinggalkan oleh dunia yang selama ini kau dakiSemua
memandangmu tanpa nilaiKau rasa dunia ini sangat sempit
Sudah tiada tempat bertandang
Tiada tempat kembali…
Kau datang kepadaku dan bertanya…
Masih adakah peluang kedua untuk kembali?
Memperbaiki dan mentarbiah diri?
Menyertai semula rombongan pejuang?
Siapalah aku untuk menjawab:..”
tidak”Sedang Yang Maha Esa memberi peluang kedua, ketiga dan berkali-kali..
Tak pernah jemu sehingga hambanya jemu…
Aku berkata…kembalilah..ambillah peluang usia yang ada..
Kembalilah ke titik paling cemerlang…dan…bermulalah di situ…
Jangan pandang ke belakang lagi…Bukankah tuhan telah bagimu pengajaran dan ingatan?Kenapa masih berlengah lagi…masa makin pendek..Kenapa kau masih termenung di situ?Mendongak ke langit yang jauh?Sedang orang lain sudah jauh berlari…menukar mimpi menjadi realiti..
Kembalilah kepada Allah.

قال الله تعالى: وَالَّذِينَ إِذَا فَعَلُواْ فَاحِشَةً أَوْ ظَلَمُواْ أَنْفُسَهُمْ ذَكَرُواْ اللّهَ فَاسْتَغْفَرُواْ لِذُنُوبِهِمْ وَمَن يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلاَّ اللّهُ وَلَمْ يُصِرُّواْ عَلَى مَا فَعَلُواْ وَهُمْ يَعْلَمُونَ {آل عمران:135}

((Dan orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain dari pada Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui)).

وعن أبي موسى عبد الله بن قيس الأشعرى رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم قال:" إن الله تعالى يبسط يده بالليل ليتوب مسيء النهار، ويبسط يده بالنهار ليتوب مسيء الليل حتىتطلع الشمس من مغربها

Dari Abu Musa Abdullah bin Qais al-Asy'ari r.a., dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Sesungguhnya Allah Ta'ala itu membeberkan tanganNya - yakni kerahmatanNya -diwaktu malam untuk menerima taubatnya orang yang berbuat kesalahan di waktu siang dan juga membeberkan tanganNya di waktu siang untuk menerima taubatnya orang yangberbuat kesalahan di waktu malam. Demikian ini terus menerus sampai terbitnya matahari dari arah barat - yakni di saat hamper tibanya hari kiamat, kerana setelah ini terjadi, tidak diterima lagi taubatnya seseorang." (Riwayat Muslim)

- abusyifa--

08 Mei, 2009

Kelebihan Solat Istikharah



Oleh: Ismail Abu Bakar
[Nota: Diakhir tulisan ini anda boleh muat turun Rakaman Audio yang mengupas secara panjang lebar selama 47 minit tentang Solat Istikharah oleh Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din]

Bila di sebut sahaja Solat Istikharah kebanyakan di kalangan kita hanya terkenangkan ketika hendak memilih jodoh. Ia begitu sinonim sekali dalam membuat keputusan untuk memilih bakal teman hidup tidak kira bagi lelaki atau perempuan. Perkara ini mungkin berlaku kerana penekanan di kalangan sesetengah Ustaz dalam soal istikharah ini dikaitkan dengan memilih jodoh sahaja.

Sebenarnya amalan Solat Sunat Istikharah ini skopnya lebih luas. Kita kadang-kadang tidak diberikan peringatan dalam soal ini. Sedangkan amalan Solat Istikharah ini sangat-sangat di galakkan oleh Rasulullah sebagaimana disebut dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari;
Mahfum Hadis:

Dari Jabir ra., ia berkata: "Nabi pernah mengajarkan kepada kami Istikharah dalam berbagai urusan, seperti mengajarkan sebuah surah dalam Al Quran. Kalau seseorang dari kamu menghendaki sesuatu, maka hendaklah ia solat dua rakaat, kemudian berdoa:



“Ya Allah! Aku mohon pemilihan Mu menerusi pengetahuan Mu dan aku mohon kekuatan Mu menerusi kudrat Mu serta aku minta pada Mu sebahagian dari limpah kurnia Mu yang sangat besar. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini adalah baik bagiku dalam urusan agama ku juga dalam urusan penghidupan ku serta natijah pada urusan ku, kini dan akan datang, maka tetapkan lah ia bagi ku dan permudahkanlah ia untukku, serta berkatilah daku padanya. Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini membawa kejahatan kepadaku dalam urusan agamaku, juga dalam urusan penghidupanku dan natijah urusanku, kini dan akan datang, maka elakkanlah ia dariku dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya, kemudian jadikanlah daku meredhainya”

Betapa pentingnya Solat Istikharah ini sebagaimana pentingnya kita mempelajari al-Quran.
Sebagai satu iktibar dan renungan penulis ingin berkongsi beberapa contoh kisah benar yang berlaku di kalangan sahabat-sahabat yang terlupa mengamalkan solat istikharah. Nama dalam kisah ini bukan nama sebenar.


Kisah-1

Setelah berpindah randah dari satu rumah sewa ke rumah sewa, akhirnya tergerak hati Salim untuk memiliki rumah sendiri. Lalu dia melihat iklan di surat khabar dan berkenan dengan tawaran rumah yang agak munasabah harganya. Rumah tersebut masih belum dibina lagi tetapi pihak pemaju telah menawarkan pakej jualan yang istimewa. Pihak pemaju perumahan memberi jaminan rumah tersebut akan siap dalam masa dua tahun. Salim berminat dengan rumah tersebut lalu terus membelinya. Kini lima tahun telah berlalu, projek perumahan itu telah terbengkalai kerana pemaju telah bankrupt. Salim terpaksa membayar ansuran bulanan hutang kepada bank walaupun rumah yang diidamkan masih tidak wujud.


Kisah-2

Abu dan Salmah telah berkahwin selama 4 tahun. Mereka dikurniakan dengan dua orang cahaya mata. Anak yang sulung telah berumur 3 tahun dan yang kedua masih 8 bulan. Mereka berasa agak susah hendak ke sana kemari kerana hanya memiliki motosikal. Satu hari Salmah mencadangkan kepada Abu untuk membeli kereta. Abu lalu terus pergi ke Perodua Show room untuk melihat-lihat kereta. Dia berkenan dengan model Kelisa lalu terus membelinya. Selang sebulan keretanya kena curi. Dah enam bulan berlalu keretanya masih tidak ditemui, tetapi dia masih membayar ansuran bulanan dengan pihak bank kerana pampasan yang pihak insurans bagi tidak mencukupi untuk melangsaikan bayaran baki hutang dengan pihak bank.

Kisah-3

Munirah akhirnya terpikat dengan pujukan rakan satu ofisnya Hafsah untuk melabur dalam satu skim pelaburan di internet. Dia akhirnya mengeluarkan sehingga RM10,000 untuk pelaburan tersebut. Dua tahun telah berlalu duit pelaburannya lesap tak nampak bayang.

Kisah-4

Rashid dan Zakiah telah mempunyai tiga orang anak. Mereka bercadang untuk mengambil pembantu rumah Indonesia. Mereka pergi ke agensi pembantu rumah dan terus memilih seorang pembantu rumah yang terdapat dalam senarai biodata. Selang dua bulan pembantu rumah pun sampai dan berkhidmat kepada mereka seperti yang dijangkakan. Tiga bulan berlalu tiba-tiba pada satu hari didapati pembantunya telah lari dari rumah.

Kisah yang dipaparkan di atas adalah kisah benar di mana penulis sendiri bertanya kepada mereka adakah mereka telah melakukan Solat Istikharah sebelum memilih atau membuat keputusan. Mereka kata langsung tak terfikir hendak melakukannya.
Dalam contoh yang lain pula penulis ingin berkongsi dengan satu kisah yang disampaikan kepada penulis seperti berikut;

Kisah -5
Iskandar berumur 40 tahun telah berkahwin dan mempunyai enam orang anak. Suatu hari dia mendapat telefon dari kawan baiknya Jaafar. Jaafar hendak memberikan satu hadiah istimewa kerana jasa Iskandar yang telah menyelesaikan masalah keluarganya. Jaafar hendak menawarkan kepadanya perbelanjaan pakej menunaikan haji untuk suami isteri ditanggung sepenuhnya iaitu RM15,000 setiap orang. Hati Iskandar gembira bukan kepalang kerana sudah lama dia mengidam untuk menunaikan haji. Lagipun duit simpanan dalam tabung hajinya baru RM3000. Iskandar tidak terus menerima hadiah tersebut sebaliknya dia memberi tempoh tiga hari untuk membuat keputusan. Iskandar melakukan Solat Istikharah tiga malam berturut-turut. Pada hari keempat dia berjumpa Jaafar mengatakan dia sangat berat untuk menerima hadiah tersebut. Dia mengatakan ingin pergi menunaikan haji dengan duit pendapatan sendiri. Jaafar agak kecewa, dipujuknya namun Iskandar tidak terima juga. Selang dua bulan selepas itu baru Iskandar mendapat tahu duit yang hendak diberikan kepadanya itu adalah dari duit riba iaitu interest bank konvensional akaun simpanan tetap Jaafar. Jaafar telah tersalah sangka. Disangkanya bahawa duit riba boleh dihadiahkan kepada orang lain tetapi tidak boleh digunakan sendiri.

Kisah-6
Cikgu Imran telah mendapat arahan pertukaran sekolah dari Sabak Bernam ke Sandakan. Bila menerima surat tersebut hatinya agak gembira kerana ingin memberi khidmat di kawasan pedalaman. Baginya tidak ada masalah sebab masih bujang, dan teringin sangat hendak ke Sabah. Dia solat Istikharah walaupun keputusan telah ditetapkan oleh kementerian kepadanya. Dia berdoa “Ya Allah kalau pemergian aku ke Sandakan ini baik untukku dan agamaku maka permudahkanlah jika tidak kau gantikanlah dengan yang lebih baik dan sempurna”. Selang dua minggu Pengetua disekolahnya memberitahu kepadanya pertukaran dia ke Sabah di tarik balik disebabkan masalah teknikal. Dia rasa agak pelik namun tidak kecewa malah tetap gembira kerana telah melakukan solat istikharah. Dia yakin ini yang terbaik di pilih oleh Allah untuknya. Selang sebulan dia bertemu Jodoh dengan Ustazah (al-Hafizah) yang baru berpindah di taman tempat dia tinggal.


Semua kisah yang dipaparkan di atas adalah kisah benar yang boleh kita ambil iktibar dan pengajaran. Yang pastinya kita tidak akan rugi di dunia dan akhirat bila beramal dengan Solat Istikharah ini.

Dewasa ini ramai di kalangan kita hendak membeli rumah yang berharga lebih RM200,000. Bayaran balik mungkin mengambil masa selama 20 hingga 25 tahun. Dalam tempoh tersebut macam-macam perkara boleh terjadi. Jika sekiranya kita melakukan Solat Istikharah sebelum membeli rumah tersebut, pasti Allah akan mendorongkan kita membuat pilihan yang tepat dan memudahkan segala urusan. Penulis ada bertemu dengan beberapa sahabat yang melakukan Solat Istikharah sebelum membeli rumah, Alhamdulillah segala urusan menjadi mudah dan dapat membayar balik hutang rumah lebih awal daripada yang dijangkakan.

Seperkara lagi, supaya Allah SWT memakbulkan doa kita, jauhilah segala bentuk pinjaman yang ada unsur-unsur riba’ seperti dari sistem konvensional. Pilihlah sistem perbankan Islam semoga Allah memberikan keberkatan dan menurunkan rahmatnya sepanjang tempoh pinjaman di buat. Yakin dan percayalah jika kita mengikut suruhan Allah, pasti Allah akan membantu kita di ketika senang dan susah. Jika Allah bantu kita tiada sesiapa yang boleh menghalangnya.

Mengikut beberapa buah kitab seperti Kitab Minyatul Musolli, Sabilal Muhtadin dan Sairus Salikin, secara ringkasnya cara melakukan Solat Istikharah adalah seperti berikut;


  1. Waktu yang terbaik ialah pada 2/3 malam (iaitu sekitar pukul 2 pagi). Bagaimana pun boleh dilakukan pada bila-bila masa dalam waktu yang di haruskan sembahyang contohnya selepas maghrib.

  2. Niatnya “Sahaja aku sembahyang sunat istikharah dua rakaat kerana Allah ta’ala”
    Dalam rakaat pertama selepas Surah Al-Fatihah baca Surah Al-Kafirun atau apa-apa sahaja surah lain yang terbaik kita boleh baca.
  3. Dalam rakaat kedua selepas Surah Al-Fatihah baca Surah Al-Ikhlas atau apa-apa sahaja surah lain yang terbaik kita boleh baca.
    Selepas memberi salam baca doa berikut (mulakan dengan basmalah dan selawat dahulu)

    Terjemahan Doa':
    Ya Allah! Aku mohon pemilihan Mu menerusi pengetahuan Mu dan aku mohon kekuatan Mu menerusi kudrat Mu serta aku minta pada Mu sebahagian dari limpah kurnia Mu yang sangat besar. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini (…sebutkan hajat..) adalah baik bagiku dalam urusan agama ku juga dalam urusan penghidupan ku serta natijah pada urusan ku, kini dan akan datang, maka tetapkan lah ia bagi ku dan permudahkanlah ia untukku, serta berkatilah daku padanya. Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini (…sebutkan hajat..) membawa kejahatan kepadaku dalam urusan agamaku, juga dalam urusan penghidupanku dan natijah urusanku, kini dan akan datang, maka elakkanlah ia dariku dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya, kemudian jadikanlah daku meredhainya. (Dari hadis riwayat Imam Bukhari)

Semoga artikel pendek ini memberi manfaat kepada kita semua
Wallah hu ‘alam
Sumber : http://www.darussyifa.org/

06 Mei, 2009

Halaqah Alhawari




Ya Allah, penatnya hari ni, saya mengadu kepada isteri saya,,baru selesai solat Maghrib berjamaah bersama isteri mata saya agak mengatuk,tapi quran belum lagi dibaca. Namun saya terlihat buku tafsir surah Al Furqan. Lalu saya mengajak isteri untuk memulakan Usrah mingguan kami.Mata saya makin celik dan segar bila menghayati tafsir surah Al Furqan ini.
Di antara kandungan Tafsir Al Furqan ayat pertama yang boleh saya simpulkan ialah:

1. Kenapa Allah memulakan ayat dengan memanggil Nabi Muhammad S.A.W dengan gelaran Hamba, sebab hamba ini merupakan golongan yang terikat dengan tuannya, sesuailah dengan martabat Baginda orang yang paling taat kepada Tuannya iaitu Allah S.W.T. Adakah kita umat Muhammad ini layak digelar hamba Allah,,? sedangkan hati kita penuh dengan kekotoran dan banyak maksiat

2. Di dalam tafsiran ini juga menerangkan tentang kepentingan BARAKAH di dalam hidup.. cuba kita perhatikan hidup kita contohnya,adakah rezeki yang kita dapat diberkati Allah,masa kita di pejabat dan sebagainya. Barakah ini teramat penting untuk kita berjumpa Allah semata-mata.
Sesetengah manusia duit banyak, tetapi hati masih lagi risau tentang rezeki

Di sebabkan jangkitan mengantuk terkena dekat isteri saya, terpaksalah saya mengakiri perbincangan kami lebih awal. Alhamdulillah apabila banyak perbincangan, walaupun bersama isteri namun pelbagai idea datang.

Alhawari21 Kg Tengah, Ampang.

03 Mei, 2009

Kelebihan Khatama Annubuwwah

Assalammualaikum W.M.T dan salam mesra,







AlhamduLILLAH, syukur ke hadrat ALLAH S.W.T kerana memberi kelapangan kepada saya walau secebis detik untuk sama-sama berkongsi bingkisan ilmu ALLAH yang tidak pernah lekang dan luak.Terdetik hati saya untuk sama-sama kita berkongsi serba sedikit perihal amalan Khatamun Nubuwwah, yang mungkin ramai perasan dan lihat, tetapi tidak tahu akan rahsia dan hikmah yang tersembunyi di dalamnya.


Malahan tidak salah untuk saya katakan, ada juga yang tidak tahu apa itu Khatamun Nubuwwah. Dikesempatan ini, insyaALLAH sama-sama kita berkongsi sedikit sebanyak tentangnya.Jika dikirakan, apalah sangat saya seorang yang jahil lagi daif ini untuk berkongsi ilmu tetapi merasakan bagai satu tanggungjawab untuk saya manfaatkan.



Baik dari segi pengamalan dan penyebaran, kerana menyebarkan ilmu itu merupakan satu saham sehingga ke alam barzakh jika dimanfaatkan dengan baik, InsyaALLAH.Apakah Khatamun Nubuwah?Menurut mafhum hadis yang dipindahkan daripada Imam At-Tarmizi r.a katanya:“Sesiapa melihat KHATAMUN NUBUWWAH dalam keadaan berwuduk;


1. Pada waktu Subuh nescaya dipelihara oleh Allah akan dia hingga ke petang.


2. Pada waktu Maghrib terpeliharalah dia hingga ke pagi.


3. Ketika berjalan atau bermusafir maka jadilah sepanjang perjalanannya berkat dan selamat.


4. Sesiapa yang mati dalam tahun tersebut, maka dimatikan dalam iman.’