30 September, 2009

Buku Terbaru Ust Yahya Hj othman



Bergambar bersama Al Fadhil Ust yahya hj othman


Alhamdulillah saya bersyukur pada Allah kerana di beri kesempatan menzirahi guru saya iaitu Al Fadhil ust. Yahya Othman sehari sebelum sambutan Aidilfitri.Kehadiran saya dan sahabat-sahabat di sambut dengan begitu baik. Ust Yahya bersemangat bila berbicara bersama orang muda lebih-lebih lagi mereka yang selalu mengikuti usrah beliau.





TULISAN Terbaru






Sewaktu saya berkunjung ke rumah beliau kami dihidangkan dengan ilmu-ilmu yang bermanfaat untuk diamalkan dalam kehidupan seharian. Tulisan terbaru beliau ialah Wasiat rasulullah Kepda Sayyidina Ali Karramallahuwajhah.





Di antara saranan ust. Yahya :



  • Saudaraku : Ketahuilah Bahawa kitab kecil ini mengandungi nas Wasiat Rasulullah kepada Sayyidina Ali KarramaAllahuwajhah yang ditarbiyyah dari kecil lagi





  • Wasiat ini adalah bahan Tarbiyyah Nabawiyyah yang pertama khusus daripada Insan Khatamul Anbia' wal Mursalin kepada Insan yang khusus juga iaitu saidina Ali bin abi Talib : Sepupunya, menantunya , Ketua Panglima Perangnya dan Khalifahnya.





  • Dengarlah Pesanan rasulullah kepada Ali: Wahai Ali Ingatlah wasiatku ini, sepertimana aku ingatinya daripada Jibril daripada Tuhan Maha Suci segala NamaNya tiada tuhan SelainNya.
  • Saudaraku. Nah ! Saya pula sampaikan kepada saudara

Walaupun ada dikalangan anak usrah beliau mengkritik tulisan ini,dengan menyatakan wasiat ini adalah daripada Syiah.. Namun saya mengambilnya sebagai Ingatan serta Muhasabah Ust Yahya kepada saya serta sahabat- sahabat yang lain. Ingatlah saudaraku dalam dunia akhir zaman ini payah untuk kita mencari guru yang boleh mendidik rohani dan keperibadian kita untuk dekat dengan Allah.

Sejuk hati saya dapat berjumpa dengan beliau,Sebelum balik beliau memberitahu ada dua buah buku lagi akan keluar yang sedang dalam semakan, Di antaranya kepimpinan menurut Islam.

Di antara Wasiat dalam buku beliau :

Wasiat 63 : Tanda - tanda orang Soleh

" Bagi orang soleh ada tiga tanda.

1 ) sentiasa memperbaiki hubungan dengan Allah dengan amalan soleh

2) Sentiasa memperbaiki agamanya dengan beramal soleh

3 ) sentiasa redha kepada manusia apa yang dia redha untuk dirinya sendiri..

Ayuhlah sahabatku carilah sebanyak mungkin mutiara daripada orang orang yang hampir dengan Allah sebelum kita dicabut nyawa oleh Yang Maha Pencipta.

Akhukum fi Islam : Alhawari, Ampang

Gambar Raya Keluarga Al Hawari



SALAM AIDILFITRI BUAT SEMUA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT



Raya Pertama dan Kedua bersama isteri saya di kediaman saya di Kg Berdang Jeli




Ceria..kelihatan sepupu saya yang baru kehilangan abah mereka yang tersayang.namun disebalik keceriaan mereka tergamabr kesedihan kehilangan orang tersayang

keluarga Mak Cik bersama anak-anak mereka


keluarga ipar di Bachock

28 September, 2009

Puasa Enam





بسم الله الرحمن الرحيمالحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على رسوله الأمين، وعلى آله وصحبه أجمعين.


Ibadah puasa adalah suatu amalan mulia yang amat digalakkan olehIslam. Selain puasa fardhu Ramadhan, umat Islam juga boleh melakukanibadat puasa sunat di luar bulan Ramadhan. Ada puasa sunat yangbersifat mingguan (seperti berpuasa pada hari isnin dan khamis), puasabulanan (tiga hari dalam sebulan) dan puasa tahunan (hari Arafah,‘Asyura’ dan enam hari dalam bulan Syawal).Puasa adalah satu ibadah yang besar keutamaannya.


Abu Hurairahradhiallahu ‘anhu meriwayatkan bahawa Rasulullahsallallahu’alaihiwasallam bersabda, Allah subhanahu wata’aalaberfirman (dalam hadis Qudsi):(

( كُلُّ عَمَلِ ابْنِ آدَمَ لَهُ إِلا الصِّيَامَ؛ فَإِنَّهُ لِيوَأَنَا أَجْزِي بِهِ… وَالَّذِي نَفْسُ مُحَمَّدٍ بِيَدِهِ لَخُلُوفُفَمِ الصَّائِمِ أَطْيَبُ عِنْدَ اللهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مِنْ رِيحِالْمِسْكِ )) رواه مسلم.

Maksudnya: “Setiap amal manusia adalah untuk dirinya kecuali puasa, ia adalah untuk-Ku dan Aku memberi ganjaran dengan (amalan puasa itu).”


(Rasulullah menjelaskan): “Demi Allah yang jiwa Muhammad berada ditangan-Nya, nafas orang yang berpuasa adalah lebih harum di sisi Allahberbanding wangian kasturi.” [Sahih Muslim no: 1151]


Selain hadis diatas, terdapat banyak hadis lain yang menerangkan keutamaan puasasunat.Abu Said Al-Khudri ra berkata: Rasulullah saw bersabda:(( مَنْ صَامَ يَوْمًا فِي سَبِيلِ اللهِ بَعَّدَ اللهُ وَجْهَهُ عَنْالنَّارِ سَبْعِينَ خَرِيفًا )) رواه البخاري.

Maksudnya: “Sesiapa yang berpuasa satu hari pada jalan Allah, nescayaAllah swt menjauhkan mukanya dari api neraka selama 70 tahun”. [SahihAl-Bukhari no: 2840]


Di antara puasa sunat ialah puasa enam hari pada bulan Syawal.Bersempena dengan bulan Syawal ini, artikel ini akan membincangkan tentang puasa sunat ini. Dalil Puasa Sunat Enam Syawal.Abu Ayyub Al-Ansari ra berkata:

Rasulullah saw bersabda:(( مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَكَصِيَامِ الدَّهْرِ)) رواه مسلم.

Maksudnya: “Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian dia mengiringinyadengan enam hari dari bulan Syawal maka seperti ia berpuasa sepanjangtahun.” [Sahih Muslim hadis no: 1164].


Di dalam hadis ini Rasulullah saw menyatakan bahawa puasa enam hariselepas bulan Ramadhan akan diganjari pahala seolah-olah berpuasa selama setahun.Para ulama’ menghuraikan rahsia di sebalik ganjaran tersebut dengan mendatangkan dalil bahawa setiap amalan kebaikan manusia akandiganjari sebanyak 10 kali ganda.


Puasa 30 hari di bulan Ramadhandiganjari sebanyak 300 hari, manakala puasa 6 hari di bulan Syawal pula diganjari dengan 60 hari. Jika dikira jumlahnya ialah 360 hari,ia hampir menyamai jumlah hari di dalam setahun sebanyak 360 hari.Sesungguhnya Allah swt maha berkuasa untuk memberikan ganjaran sebanyak mana yang dikehendaki-Nya.Hikmah Puasa Sunat Enam Syawal.Sebenarnya puasa enam hari ini mempunyai beberapa hikmah yang tertentu dari sudut kesihatan manusia itu sendiri. Puasa selama sebulan penuh di bulan Ramadhan antaranya menyebabkan sistem percernaan di dalambadan berehat seketika di waktu siang selama sebulan.


Kedatangan bulan Syawal pula menyebabkan seolah-olah ia mengalami kejutan dengan diberikan tugas mencerna pelbagai makanan pada hari raya dan hari-hariselepasnya. Oleh kerana itulah, puasa enam ini memberikan ruangkembali kepada sistem pencernaan badan untuk berehat dan bertugassecara beransur-ansur untuk kebaikan jasmani manusia itu sendiri.Selain dari itu, sebagai manusia yang menjadi hamba kepada Allah swt,alangkah baiknya seandainya amalan puasa yang diwajibkan ke atas kita di bulan Ramadhan ini kita teruskan juga di bulan Syawal walaupun sekadar enam hari.


Ini seolah-olah menunjukkan bahawa kita tidakmelakukan ibadat puasa semata-mata kerana ia menjadi satu kewajipantetapi kerana rasa diri kita sebagai seorang hamba yang benar-benar bersunguh-sungguh untuk taqarrub kepada tuhannya. Kerana itulah kata ulama’: “Betapa malangnya orang yang hanya mengenal Allah pada bulan Ramadhan, sedangakan pada bulan lain Allah swt dilupai”.


Hukum Puasa Sunat Enam Syawal.Hukumnya adalah sunat. Berkata Imam An-Nawawi rh: “Hadis ini jelas menjadi dalil bagi mazhab Imam al-Syafi’e, Imam Ahmad, Daud dan ulama’yang sependapat dengan mereka bahawa disunatkan berpuasa enam hari(pada bulan Syawal).Imam Malik dan Imam Abu Hanifah pula menganggap hukumnya makruh.Sebabnya kerana bimbang orang ramai akan menyangka ia adalahsebahagian dari puasa Ramadhan (yang wajib hukumnya) padahal ia bukanlah dari puasa Ramadhan.” [Syarah Sahih Muslim 8/56]


Bilakah Dimulakan Puasa Sunat Enam Syawal?


Puasa sunat enam Syawal paling awal dimulakan pada 2 Syawal. Inikerana tarikh 1 Syawal adalah hari Eidil Fitri dan kita dilarang dariberpuasa pada hari tersebut. Abu Hurairah ra berkata:( أَنَّ رَسُولَ اللهِ r نَهَى عَنْ صِيَامِ يَوْمَيْنِ: يَوْمِالأَضْحَى، وَيَوْمِ الْفِطْرِ ) رواه مسلم.

Maksudnya: “Nabi saw melarang puasa pada hari (Eidil) Fitri dan(Eidil) Adha.” [Sahih Al-Bukhari no: 1991].


Bagaimana Melaksanakan Puasa Sunat Enam Syawal?


Syarat dan adab bagi puasa sunat enam Syawal adalah sama seperti puasa wajib pada bulan Ramadhan.Persoalan yang menjadi perbincangan di kalangan para ulama’ ialah:


1- Adakah ia dilaksanakan secara berturut-turut selama enam hari atausecara terputus?

Pandangan yang lebih tepat adalah ia boleh dilakukan secara terputus(tidak berturut-turut) asalkan jumlah enam hari dicukupkan sebelumberakhirnya bulan Syawal. Ini kerana apabila Rasulullah saw menganjurkan puasa sunat enam hari ini, baginda menyebut bulan Syawal secara umum tanpa memberi ketentuan hari-harinya. Maka puasa enam tersebut boleh dilaksanakan pada mana-mana hari dalam bulan Syawal asalkan bukan pada 1 Syawal dan bukan sesudah berakhir bulan Syawal.Namun adalah lebih afdhal disegerakan pelaksanaan puasa enam Syawalberdasarkan umum firman Allah swt:] وَسَارِعُوا إِلَى مَغْفِرَةٍ مِنْ رَبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَاالسَّمَوَاتُ وَالأَرْضُ أُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِينَ [ [آل عمران: 133]

Maksudnya: “Dan bersegeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yangbaik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (ke arahmendapatkan) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yangdisediakan bagi orang-orang yang bertaqwa.” [Surah Aali Imran:133]2-


Melaksanakan Puasa Sunat Enam Syawal Sebelum Mengqadha Puasa Ramadhan.Wujud perbincangan di kalangan para ulama’, apakah dibolehkan berpuasasunat enam Syawal jika seseorang itu memiliki hutang puasa Ramadhanyang belum diqadhanya?


Ada dua pendapat ulama’ dalam masalah ini.Pendapat Pertama: Boleh melakukannya, berdasarkan dalil bahawa Aisyahradhiallahu ‘anha pernah mengakhirkan hutang puasa Ramadhan yang perludiqadhanya hingga ke bulan Sya’ban yang akan datang. Aisyah raberkata:

( كَانَ يَكُونُ عَلَيَّ الصَّوْمُ مِنْ رَمَضَانَ، فَمَا أَسْتَطِيعُأَنْ أَقْضِيَ إِلا فِي شَعْبَانَ. قَالَ يَحْيَى: الشُّغْلُ مِنْالنَّبِيِّ أَوْ بِالنَّبِيِّ r) رواه البخاري


Maksudnya: “Aku memiliki hutang puasa bulan Ramadhan. Aku tidak mampumengqadhanya kecuali pada bulan Sya’ban.” Kerana sibuk (melayani)Rasulullah saw. [Sahih Muslim no: 1146. Sahih al-Bukhari, hadis no:1950,


penjelasan "kerana sibuk melayani Rasulullah saw" ialah penjelasan salah seorang perawi hadis yang bernama Yahya bin Sa‘id.]Para ulama’ yang mengemukakan pendapat pertama berhujah, sudah tentu tidak mungkin isteri Rasulullah saw, yakni Aisyah ra, tidak melaksanakan puasa sunat enam Syawal. Pasti beliau melaksanakannya dan tindakan beliau yang mengqadha puasa Ramadhan pada bulan Sya’ban menunjukkan dibolehkan berpuasa sunat enam Syawal sekali pun seseorang itu memiliki hutang puasa Ramadhan.


Pendapat Kedua: Tidak boleh melakukannya, berdasarkan hadis yangmenganjurkan puasa sunat enam Syawal itu sendiri yang telah dikemukakan di awal risalah ini. Hadis tersebut berbunyi: “Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian dia mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal maka seperti ia berpuasa sepanjang tahun.”Rasulullah saw mensyaratkan “berpuasa Ramadhan” terlebih dahulu,kemudian barulah “mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal”.Ini menunjukkan puasa sunat enam Syawal hanya dilaksanakan sesudah seseorang itu menggenapkan puasa Ramadhannya. Jika ada puasa Ramadhanditinggalkan, ia perlu diqadha terlebih dahulu. Kemudian barulahdiiringi dengan puasa sunat enam Syawal.Kalau diperhatikan secara teliti, pendapat yang kedua lebih rajih(kuat); Kerana ianya lebih menepati dalil puasa sunat enam Syawal itu sendiri.


Selain dari itu, membayar hutang yang wajib hendaklah didahulukan dari memberi sedekah yang sunat. Ini disokong dengan ayat133 surah Aali Imran yang dikemukakan sebelum ini, yang menganjurkan kita untuk menyegerakan amal kebajikan. Sudah tentu amal yang wajib lebih perlu disegerakan daripada amal yang sunat.Namun, sekiranya seorang itu tidak berkesempatan (disebabkan keuzuran)untuk melakukan qadha kemudian berpuasa enam dan dia berkeyakinan akansempat mengqadhakannya sebelum Ramadhan tahun berikutnya, maka pendapat yang pertama boleh diterima, berdasarkan apa yang dilakukanoleh Aisyah ra.Menurut Imam An-Nawawi rh, Mazhab Malik, Abu Hanifah, Asy-Syafie,Ahmad dan jumhur salaf dan khalaf mengatakan: “Qadha puasa Ramadhan bagi mereka yang berbuka kerana uzur seperti kedatangan haid danmusafir, maka kewajipan mengqadhanya adalah secara bertangguh (‘alaat-tarakhi), tidak disyaratkan qadha terus apabila bolehmelakukannya”. [Syarah Sahih Muslim 8/22].قال النووي في شرح مسلم: “وَمَذْهَب مَالِك وَأَبِي حَنِيفَةوَالشَّافِعِيّ وَأَحْمَد وَجَمَاهِير السَّلَف وَالْخَلَف: أَنَّ قَضَاءرَمَضَان فِي حَقّ مَنْ أَفْطَرَ بِعُذْرٍ كَحَيْضٍ وَسَفَرٍ يَجِب عَلَىالتَّرَاخِي، وَلا يُشْتَرَط الْمُبَادَرَةُ بِهِ فِي أَوَّلالإِمْكَان.”


Menurut Al-Khatib Asy-Syarbini: “Sesiapa yang tertinggal puasa Ramadhan, sunat dia mengqadhakannya secara berturut-turut dan makruh bagi orang yang ada qadha Ramadhan melakukan puasa sunat”. [MughniAl-Muhtaj 2/181 cet, Darul Kutub Al-Ilmiah, Beirut].3-


Menggabungkan puasa qadha dan puasa enam.


Di antara persoalan yang sering timbul sekitar puasa enam ialah adakah harus menggabungkan di antara dua puasa iaitu puasa qadha dan puasaenam hari di bulan Syawal. Adakah diganjari dengan kedua-dua pahalatersebut dengan puasa yang satu?Persoalan ini berlaku khilaf di kalangan ulama’, sebahagiannya yang berpendapat tidak boleh mencampurkan niat puasa sunat dengan puasa fardhu yang lain atau dengan puasa sunat yang lain, sekiranya dilakukan maka puasanya itu tidak sah, tidak bagi yang fardhu dantidak bagi yang sunat.Ada dikalangan ulama’ Syafi’iyyah berpendapat bahawa ganjaran puasa enam tetap akan diperolehi apabila seseorang berpuasa qadha sekalipunia tidak berniat menggabungkan kedua-duanya, namun pahala yang diperolehi kurang daripada seorang yang berpuasa kedua-duanya secaraberasingan. [Lihat: Hasyiah Asy-Syarqawi ‘Ala Tuhfah At-Tullab 1/428,cet, Darul Ma'rifah, Fatawa Al-Azhar 9/261 Al-Maktabah Asy-Syamilah]


Al-Khatib Asy-Syarbini berkata: “Jika seseorang berpuasa qadha ataupuasa nazar atau puasa sunat yang lain di bulan Syawal, adakah dia mendapat pahala sunat (Syawal) atau tidak? Saya tidak mendapati pendapat ulama’ yang menyebut tentangnya, dan yang zahirnya adalahdapat pahala tersebut (pahala puasa yang diniatinya). Namun, dia tidak mendapat pahala sebagaimana yang disebut oleh hadis yang menerangkan tentang kelebihan puasa enam tadi, khasnya mereka yang tertinggalpuasa Ramadhan kemudian berpuasa pada bulan Syawal. Ini kerana merekatidak memenuhi maksud hadis tersebut (menyempurnakan puasa Ramadahan kemudian diikuti dengan puasa enam)”. [Mughni Al-Muhtaj 2/184 cet,Darul Kutub Al-Ilmiah, Beirut]


Setelah dikaji, pandangan ulama’ yang membolehkan puasa dua dalam satu ini, tidak bersandarkan mana-mana dalil al-Qur’an dan al-Sunnah.Mereka juga mengatakan amalan ini hanya mendapat pahala kerana kebetulan berpuasa qadha dalam bulan Syawal, sama seperti pahala sunattahiyyatul masjid dengan solat fardhu (orang yang terus melakukan solat fardhu apabila masuk ke dalam masjid akan mendapat juga pahala sunat tahiyyatul masjid). Wallahu a’lam.


Oleh itu, lakukanlah dua ibadat puasa ini (fardhu dan sunat) secara berasingan, kerana sebagai seorang hamba yang tunduk kepada Allah SWT,memperbanyakkan amalan taqarrub dengan memisahkan di antara yang menjadi kewajipan dengan yang menjadi galakan (sunat) tentulah lebih menunjukkan kesungguhan diri sebagai seorang hamba yang mencari keredhaan Tuhannya. Ini juga lebih berhati-hati (ahwat) dalam ibadat,serta melakukan ibadat dengan yakin adalah lebih utama (aula), keranaa da pendapat ulama’ mengatakan tidak boleh mencampurkan niat puasa sunat dengan puasa fardhu yang lain atau dengan puasa sunat yang lain.


Sebagai kesimpulan,

Puasa sunat semata-mata kerana Allah (bukan keranas akit atau ingin berdiet) mempunyai kelebihan yang besar di sisi Allah swt dan sangat digalakkan oleh Rasulullah saw.Sebagaimana yang diketahui semua amalan sunat adalah sebagai penampal kepada mana-mana kekurangan dalam amalan fardhu. Puasa enam hari pada bulan Syawal ini pula thabit dari sunnah Rasulullah saw. Sepatutnyalah kita mengambil peluang ini untuk berpuasa enam hari pada bulan Syawal.Sempurnakan dahulu qadha beberapa hari yang tertinggal, kerana kita tidak tahu apakah hayat dan kesihatan yang ada akan berterusan sehingga kita dapat menunaikannya di masa hadapan.

Bagi orang yang tidak sempat melakukan puasa sunat kerana sibuk dengan puasa wajib diharapkan Allah swt akan memberi ganjaran berdasarkanniat dan azamnya.

Sebagaimana sabda Nabi saw:(( إِذَا مَرِضَ الْعَبْدُ أَوْ سَافَرَ كُتِبَ لَهُ مِثْلُ مَا كَانَيَعْمَلُ مُقِيمًا صَحِيحًا )) رواه البخاري.Maksudnya: “Apabila seorang hamba Allah sakit atau musafir (beliautidak dapat melakukan amalan yang biasa dilakukannya) maka dituliskan baginya pahala seperti amalan yang biasa dilakukannya sewaktu tidak bermusafir dan sewaktu sihat” [Sahih Al-Bukhari no. 2834]Semoga kita semua diberi taufiq dan hidayah oleh Allah swt ke jalan yang di redhai-Nya serta dapat melaksanakan ibadah puasa enam hari dibulan Syawal ini dengan sempurna. Seterusnya kita dimasukkan ke dalamgolongan orang yang mendapat kejayaan dunia dan akhirat.

Aamin.

وصلى الله على نبينا محمد وعلى آله وصحبه وسلم تسليما إلى يوم الدين.


--Abu Anas Al Madani

pondok Sungai Durian..

16 September, 2009

Genap Umurku 27 & Hikam



16 September merupakan hari muhasabah buat saya, setelah 27 tahun Allah panjangkan umur saya sebagai hambaNya..Banyak perkara yang baru dan menarik ( hanya bersifat sementara ) saya kecapi semua nya di bawah kehandak Allah.. Saya hanya melakukan solat hajat memohon dipanjangkan umur di dalam ketaatan serta diberi kefahaman Al quran melalui Hidayatullah agar dapat mendidik diri, keluarga serta masyarakat tentang Keesaan Allah.
Saya bersyukur kepadanya agar peluang yang diberikan kepada saya untuk berjumpa dengan orang yang dekat pada tahun ini,berkekalan hingga akhirat..
KitaB Hikam Syarahan Syeikh Said hawa
Pada awal September yang lepas sahabat saya memperkenalkan kepada saya mengenai Kitab syarah Al Hikam Syarahan oleh Said Hawa. Alhamdulillah kandungan syarahan oleh said Hawwa yang diterjemahkan oleh Dr Basri b. Ibrahim Al Azhari amat mudah difahami dan maksud yang hendak disampaikan amat berguna buat saya. Sewaktu di Pondok Lubuk Tapah saya tidak sempat menghabiskan kitab Hikkam ini,Dahulu saya belajar kitab ini melalui Allahyarham Tuan Guru Haji Abdullah ( Selama 2 tahun) tidak sempat khatam, pok Su Hamid di Bachok. Namun alhamdulillah melalui pendedahan awal daripada mereka saya sedikit sebanyak dapat memahami kandungannya.
Apabila Said Hawa syarah Hikkam, gaya ulasan beliau adalah mudah dan senang difahami. beliau juga mengaitkan dengan Uslub haraki.Ini tidak menghairankan kita kerana beliau merupakan tokoh pemimpin gerakan Ikhwanul Muslimin di Jordan.

Saya berharap agar sahabat- sahabat yang pernah mempelajari tasawuf dapat melapangkan masa untuk meneliti gaya ulasan Syeik said Hawa dari Uslub haraki agar kita dapat jadikan jiwa kita mukmin yang haraki dan sufi..

Salam Ramadhan dan pecutan terakhir untuk tingkatkan ibadah...

09 September, 2009

Ust Yahya

Setelah menerima mesej dari sahabat "Harapan beliau agar anak-anak usrah dapat bertemu beliau sebelum beliau pergi"... aku dan bersama sahabat-sahabat terus mengatur untuk menziarahi Al Fadhil Ust Yahya Othman... seorang Mursyid bagi kebanyakkan pejuang-pejuang Islam di dalam negara ini....

Beliau sukar untuk bangun secara bersendirian, dan terpaksa dipapah... Wajahnya ceria tatkala menerima kunjungan-kunjungan dan apabila berbicara, seolah-olah beliau sihat bugar..... segar menyampaikan amanah-amanah terutama kepada YB Baihaki yang turut serta dalam ziarah ini

dipetik dari Blog ayah pu ( http://www.lot250.blogspot.com/ )

Ulasan Alhawari
- Bila mendengar massage dari seorang sahabat mengenai Ust. yahya mengalir air mata saya kerana sudah setahun saya tidak mengunjungi beliau. Saya mengenali beliau semasa belajar di Kampus. Saya menganggap beliau sebagai Ayah, Guru Mursyid dan sahabat saya. Walaupun beliau sudah berusia namun pandangan dan pemikiran beliau masih sesuai digunapakai sampai sekarang.

- Apabila saya berbicara dengan beliau seolah-olah beliau telah memahami kehendak dan permasalahan di benak hati saya. Begitulah seorang Mursyid yang memahami isi hati muridnya.

- beliau sentiasa berpesan kepada saya bahawa jalan untuk mencapai sesuatu matlamat dalam perjuangan islam tiada jalan pintas,,kena membina Jambatan untuk sampai kepada Matlamat yang dituju.

Isyaa Allah saya akan menziarahi beliau sebelum menjelang Syawal nanti.Mudah-mudahan Allah panjangkan umur beliau

05 September, 2009

Salam 15 Ramadhan


Alhamdulillah bersyukur di beri nikmat untuk malapangkan masa untuk menulis sedikit pengalaman dalam blog Al hawari ..
Sibuk
Saya menjangka di bulan Ramadhan saya dapat merehatkan diri dan memberi tumpuan beribadah di rumah. Rupa-rupanya tidak, saya terpaksa menghadiri banyak kursus dan program di luar Lembah Klang. Namun saya bersyukur kerana dapt luangkan masa di awal Ramadhan berbuka dan bersahur di rumah bonda dan ayahnda saya serta keluarga mertua saya di kelantan.Saya berada di kelantan hanya 3 hari sahaja dan tidak sempat untuk menziarahi para guru dan rakan taulan saya. Saya hanya sempat makan " colek ' bersama sahabat seperjuangan saya di bandar Pasir Mas. Namun Kami hanya berbual lebih kurang 1 jam setengah mengenai perkembangan sekolah saya.
Bersyukurlah..
selaku Ummat Muhammad kita perbanyakkan syukur pada Allah kerana masih lagi diberi peluang untuk hidup di bulan Ramadhan yang penuh barakah dan Rahmat dari Allah. ummat Muhammad di kurniakan 1 perkara Malam " Al qadar" yang mana kelebihan beramal di malam nya bersamaan 1000 bulan. Ingatlah nikmat ini tiada pada ummat yang terdahulu.
Ayuhlah...
Ramadhan merupakan bulan yang mana sesetenagh manusia kembali kepada Allah, target kita Kosong Dosa Besar ( KDB ), dan minimakan Dosa Kecil ( MDK). Namun kita sebagai hamba Allah tidak terlepas dari dosa. Lebih -lebih lagi kita masih di tahap orang Awam.NAmun untuk keluar dari dosa tersebut kita kena bertaubat dan bersangka baik dengan Allah.Agak mustahil kita 100% bersih dari dosa kecil..
  • Ayuhlah sahabtku,,kita bertarung dengan nafsu kita untuk kita abdikan diri pada Allah dengan sebaik- baiknya.

  • Jadikanlan bulan ini sebagai Muhasabah yang terbaik buat diri kita yang hina dan faqir di sisi Allah.Allah maha pengasih Lagi Maha Pengampun.

  • Kepada rakan-rakan taulan yang pernah menderhakai kedua ibu bapa mu..ayuhlah memohon maaf kepada mereka dengan memulakan dengan menelefon kepada mereka serta bertaubat kepada Ynag Maha Esa.
Ubahlah Minda ...
Sering terjadi di sesetengah pejabat Kerajaan yang mana pegawai datang lewat ke pejabat dengan alasan mengikuti program Qiamulil di Masjid dan sebagainya. bagi saya perkara ini tidak sepatutnya terjadi kerana dengan alasan kita akan menimbulkan fitnah kepada mereka yang berperwatakan " Ustaz". bagi saya kerja di Pejabat adalah Taklifan dari Allah kepada kita, bukannya sebagai mendapat imbuhan semata-mata.rezeki atau Gaji yang kita perolehi merupakan Wasilah untuk kita mencapai Redha Allah.Ubahlah minda kalian jangan mengasiangkan urusan ibadah dengan pekerjaan mu..Kerja di Pejabat adalah Ibadah yang mana majikan kepada majikan kita adalah Allah...
salam Ramadhan al kareem