31 Julai, 2009

SYahid Kerana Berhijab






Pada masa yang sama, saya lebih amat tersentak lagi marah dengan pembunuhan Dr Marwa el-Sherbini. Si pembunuh manusia celaka bernama Alex W, penganggur dan penyokong parti pro Nazi German, dia yang berasal dari Russia sebelum itu didapati bersalah mengucapkan kata-kata kurang sopan serta maki hamun kepada Dr Marwa di khalayak ramai pada bulan November yang lalu. Si celaka menjerit melolong kepada Marwa, melaungkan kata "terrorist" dan "Islamist whore" sewaktu berada di Dresden park. Ketika itu, Marwa meminta izin untuk meletakkan anaknya di buaian di taman berkenaan, tetapi si celaka tersebut tidak membenarkan, lalu pertengkaran terjadi.




Si celaka itu diheret oleh Marwa ke mahkamah dan dijatuhkan hukuman Euro 780. Namun si celaka ini membuat rayuan yang menyebabkan ia bertemu wajah sekali lagi dengan Marwa di mahkamah. Dengan pisau di tangannya si celaka ini menyerbu Marwa yang sedang mengandung tiga bulan lalu menikamnya sebanyak 18 kali di dalam mahkamah di hadapan hakim!.Peristiwa ini berlaku pada 1 Julai 2009 yang lalu.




Satu susana yang tidak masuk dek aqal, bagaimana boleh si celaka ini membawa pisau di dalam sebuah mahkamah? Dan bagaimana ia boleh menikam sebanyak 18 kali tanpa gangguan segera dari pengawal dan orang sekelilingnya. Suami Marwa tangkas menerpa untuk membantu namun rupanya mereka terlupa sedang berada di ‘medan perang'. Suaminya ditembak oleh pihak polis semasa ingin membantu isterinya, sedangkan si celaka pembunuh dibiar hidup. Polis menggunakan alas an murahan apabila berkata ‘tersilap sangka', mereka sangkakan suaminya adalah pembunuh. Syeikh al-Azhar Syeikh Muhammad Tantawy mendesak pihak Germany untuk mengenakan tindakan berat kepada si pembunuh. Namun sejauh manakah seriusnya mahkamah akan bertindak terhadap si pembunuh, tidak dapat dipastikan?







Adalah wajar jika dapat pelajar Islam di Germany bergabung tenaga dengan umat Islam di tempat masing-masing menghantar memorandum mendesak tindakan keras ke atas si pembunuh.!
Malangnya, berita ini langusng tidak dihebahkan dan disneypakan dari media barat khususnya. BBC senyap sunyi, sedangkan berita mahkamah Dubai yang menjatuhakn hukuman kepada dua warga British yang mengadakan hubungan seks terbuka di pantai Dubai, dihebohkan, mahkamah dubai dikritik seolah melakukan satu tindakan jahat.




Namun, kisah wanita Islam yang mengandung di tikam di dalam sebuah mahkamah di hadapan hakim di sebuah Negara yang membangun kononnya tidak langsung diambil endah. Teringat saya kepada pengalaman bertamu di beberapa daerah di Germany, tidak disangka begitu hodoh wajah sebenar negara tersebut, lebih khusus sebenarnya kepada bangsa Rusia, yang mana warga Rusia sememangnya terkenal sebagai amat bersifat perkauman lagi berjiwa ganas dengan selainnya. Kepada para pelajar Malaysia di Germany dan Russia, jagalah diri anda sebaik-baiknya.




THAILAND & URUMQHI CHINA




Selain berita itu, kita juga mengeluh panjang membaca berita pembunuhan umat Islam beramai-ramai di Selatan Thailand dan juga kezaliman serta penindasan di Bandar Urumqhi, China. Semua maklumat ini amat patut mendapat perhatian kita dan pemimpin negara-negara umat Islam. Berkenaan peristiwa berdarah di China, Kerajaan Turki telah berusaha melaksanakan tanggungjawab mereka Presiden mereka, Recep Tayyib Erdogan, [1] mengutuk tindakan China secara terbuka, malah menyeru pemboikotan barangan dari Negara China, selain itu menawarkan visa bagi pemimpin masyarakat Islam Urumqhi yang berada di dalam buangan di Washington, Rebiya Kadeer. Kita masih menunggu sebarang kenyataan dan tindakan pimpinan Negara kita.




Dalam kejadian terbaru di Urumqi dalam wilayah Xinjiang, dianggarkan 1,000 hingga 3,000 penunjuk perasaan berhimpun di Dataran Rakyat. Mereka membantah kematian beberapa pekerja kilang alat permainan akibat perkelahian antara kaum Uighur dengan kaum Han China pada 25 Jun lalu.




Angka kematian akibat pergaduhan antara penduduk Han Cina dan Islam Uighur meningkat kepada 184 orang. Menurut laporan BBC yang berat sebelah melaporkan bahawa jumlah kaum Han yang terbunuh adalah lebih besar dari penduduk Muslim, malah diprovok dengan laporan sebahagian yang terbunuh adalah wanita. Sedangkan sumber-sumber lain mengatakan jumlah sebenar kematian penduduk Muslim tidak didedahkan dengan sebenar.




Situasi buruk itu kelihatan berubah sedikit demi sedikit sehingga kelihatan berubah menjadi tindakan penghapusan etnik, keadaan ini memaksa majoriti umat Islam meninggalkan kawasan tersebut agar tidak disakiti dan dibunuh.




Puak Etnik Han pula berarak di jalan di sini awal minggu ini sambil memegang pisau, kapak, pisau pemotong daging dan senjata buatan lain berazam untuk membalas dendam ke atas etnik Uighur. Dilaporkan bahawa pemberita menyaksikan samseng Han menyerang dua penduduk Uighur dalam serangan berasingan tetapi warga Uighur mendakwa banyak lagi serangan berlaku walaupun kehadiran anggota keselamatan. Polis rusuhan dan tentera terus memenuhi bandar ini.




DITINDAS PUNCA TIDAK PUAS HATI MUSLIM




Kebanyakan mereka kecewa dengan layanan kerajaan yang lebih mengutamakan penduduk majoriti daripada kaum Han. Kaum Han bukan sahaja menguasai ekonomi, tetapi juga budaya dan tradisional China. Selain itu, masjid-majsid juga telah diarahkan untuk ditutup.




Umat Islam di Xinjiang adalah penduduk asal dan menguasai wilayah Xinjiang namun kini mereka dipandang sebagai penduduk kelas kedua. Mereka ini bukan sahaja ditindas kerana agama tetapi lebih terarah kepada cubaan asimilasi dan dominasi oleh China.




Kebanyakan perniagaan dikuasai oleh penduduk Han dan rumah-rumah penduduk Uighur telah dimusnahkan untuk memberi laluan kepada kemasukan kaum Han. Kebanyakan peluang pekerjaan turut dikuasai oleh puak Han. Lebih menyedihkan budaya kaum Uighur telah diketepikan dan mereka kini umpama golongan minoriti yang terpaksa menumpang di wilayah sendiri walaupun hakikatnya adalah sebaliknya.




Kaum Uighur mengatakan kebanyakan dasar-dasar kerajaan tidak berlaku adil kepada mereka demi memberi tempat kepada penghijrahan kaum Han Cina ke wilayah Xinjiang dan ini telah menimbulkan ketegangan etnik dan menaburkan benih-benih keganasan.




Dari segi kemanusiaan penindasan sebegini tidak seharusnya berlaku. Kaum Uighur hanya mahukan keadilan dan hak mereka dikembalikan. Namun laungan mereka ini tidak mendapat sebarang pembelaan dari kerajaan China. Sesungguhnya pihak berkuasa China tidak harus menyalahkan kaum Islam Uighur sahaja dalam setiap rusuhan yang berlaku. Sebaliknya mereka perlu kembali memberikan keadilan dan kebebasan kepada penduduk asal Xinjiang ini.




Kaum Uighur ini ditindas dari menikmati hasil dari kawasan mereka seperti gas, minyak dan 121 jenis mineral dan 148 jenis yang dikeluarkan oleh China. Regim komunis di sana turut membakar buku-buku berkaitan ilmu Islam, mengganggu masjid dan berusaha menghapuskan Islam dari kawasan kaya terbabit.[2]




KESIMPULAN




Semoga kita lebih celik dengan beberapa peritiswa hitam dan pembunuhan zalim terhadap umat Islam. Penindasan umat Islam kini berada di mana-mana. Kami yang berada di UK sebenarnya turut merasai sikap perkauman yang diamalkan oleh warga Britain ini. Sebuah akhbar Islam di UK, pernah melaporkan lebih 50% pelajar Islam di sekolah-sekolah seluruh UK mengalami pengalaman dicerca dan diejek dengan bahasa perkauman dan kebencian kepada Islam.




Anak saya sendiri pernah mengalaminya ketika berada Wales dan juga di Leicester. Tudung yang dipakai oleh anak perempuan saya pernah diejek budak lelaki tahun 5 sebagai ‘ayam'.! Cermin tingkap rumah seorang rakan saya pernah dibaling batu oleh beberapa orang budak sekolah, demikian juga cermin belakang kereta MPV Honda saya yang pecah akibat sifat perkauman ini. Ini adalah web yang sangat baik untuk memberikan informasi berkenaan kezaliman yang berlaku kepada Muslim di seluruh dunia, di barat khususnya. Info anti Islam di Barat .




Kalau sifat perkauman ini dikira logik di negara barat, tetapi amat malang sebenarnya ia juga wujud di Negara-negara Arab yang merasakan diri mereka lebih mulia daripada bukan arab. Pelajar Malaysia kerap diperleceh di Jordan, Mesir dan lain-lain Negara. Malah sebahagian ulama berbangsa Arab juga tidak kurang kuat sikap perkaumannya. JIka itulah di Negara umat Islam sendiri, tidak hairanlah ia berlaku di Negara bukan Islam.




Buanglah sikap perkauman yang merugikan ini, Islam tidak menghalang cinta kepada Negara dan kaum, namun mestilah ia berada di belakang cinta Allah, Rasul dan jihad di jalanNya. Firman Allah swt :-




Ertinya : Jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatiri kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan Rasul-Nya dan (dari) berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya."" Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang fasik ( At-Taubat : 24 )




Akhirnya, sama-sama kita berdoa agar mereka yang terkorban di Xinjiang, Thailand dan Dr Marwa di beri keampunan dan diberi ganjaran yang sebaiknya oleh Allah swt. Juga buat seluruh umat Islam yang berjuang dan dizalimi sejak zaman baginda Nabi s.a.w sehinggalah kini.
Sekian

Zaharuddin Ab Rahman
www.zaharuddin.net

30 Julai, 2009

Lulus juga Akhirnya


gambar dari cikgu azahan


Alhamdulillah syukur pada Allah akhirnya saya Lulus dan mendapat lesen memandu kereta pada 29 Julai 2009. Setelah setahun lebih menunggu. Banyak dugaan yang saya hadapi sepanjang tempoh belajar memandu bermula pada hari pertama dan sehinggalah lulus ujian.


Hari Pertama

Apabila hari pertama saya tiba di sebuah sekolah memandu seorang cikgu "A" meminta saya memandu kereta terus tanpa menerangkan aspek aspek penting sebelum memndu kereta. Terkejut perut saya dibuatnya. Semasa saya memandu cikgu yang mengajar saya tertidur dan membiarkan saya memandu keseorangan.dah la, jalan yang saya kena memandu macam ular dan agak sibuk dengan kenderaan berat. Hanya Allah yang tahu.

Setelah 3 kali perjumpaan, cikgu yang mengajar saya pun berhenti dari sekolah memandu berkenaan, dan yang mengambil alih untuk mengajar saya adalah cikgu B.Setelah tamat belajar, saya meminta diadakan pra test dan cikgu "c" yang mengendalikan ujian ke atas saya. Saya ditegur kerana banyak kesalahan jalanraya yang saya buat. Dalam hati kecil saya berkata, kenapa 2 orang cikgu saya sebelum ni tidak mengajar saya pasal itu dan ini. Pelik jugak,,dah 8 jam belajar memandu tiada seorang pun yang tegur.


Tip-Tip Semasa hendak Parking

Ini tip yang diberi oleh cikgu " B " semasa saya mengambil kelas tambahan dengan cikgu B

1. If nak masuk parking

  • Pusing Kiri habis dan tengok 7 Tiang di cermin sisi kanan
  • Kemudian P using kanan 2 kali dan Undur serta pastikan tayar belakang atas garisan
  • Kemudian Pusing Kanan Habis dan pastikan tayar hadapan atas garisan
  • pusing Kiri Habis serta masukkan Gear 1..(free gear,tarik Hand Break dan Angkat tangan kepada pegawai JPJ)

2. Keluar

  • Pusing kiri habis ( Undur )
  • Pusing Kanan Habis ( Gear 1 )

Saya ucapkan terima kasih kepada cikgu sekolah memandu yang bertungkus lumus mengajar saya hingga saya Lulus Ujian JPJ.Sepanjang saya menjadi pelajar kalian saya dapat belajar,berfikir dan mengenali kalian semua secara tidak langsung.



27 Julai, 2009

Konspirasi Kematian Michael Jackson






Michael Jackson (MJ) adalah seorang manusia yang sangat penyayang. Banyak hartanya yang telah dihabiskan dalam membantu dan menyokong gerakan-gerakan amal seperti Afrika Amerika, mangsa AIDS, mangsa dera kanak-kanak dan bermacam-macam lagi.Walaupun dah berbuat pelbagai kebaikan, MJ masih gagal mencari ketenangan hati.




Dia cumalah seorang budak yang terperangkap di dalam badan seorang lelaki. Impiannya adalah untuk menjadi budak kecil selama-lamanya. Impian ini ditambah pula dengan sejarahnya didera semasa kecil menyebabkan dia membina Neverland, tempat untuk seluruh kanak-kanak di dunia bermain dan gembira di situ.Sila baca artikel ini sepenuhnya untuk membaca tentang konspirasi pembunuhan Michael Jackson.Namun MJ telah membuat satu keputusan yang bakal memberikan impak yang sangat besar di dalam hidupnya. Melihat kehidupan dan ketenangan yang dimiliki oleh abangnya (Jermaine) setelah memeluk Islam, MJ telah membuat satu kenyataan gempar di satu press conference pada tahun 1989.“




Saya telah melihat Islam di dalam abang saya, saya telah membaca buku tentang Islam dan suatu hari nanti saya mahu rasakan ketenangan dan keamanan Islam itu“.Sejak kenyataan itu hidup MJ tidak sama seperti dahulu lagi. Dituduh berasmara dengan kanak-kanak, ditambah dengan pandangan-pandangan negatif daripada media Amerika Syarikat, membuatkan MJ berada di tahap tertekan. Semua ini dilakukan agar peminat-peminat MJ melihatnya sebagai satu ikon yang gagal seterusnya membuatkan influence MJ berkurangan.Melarikan diri daripada tekanan pihak Media USA, MJ telah tinggal di England selama beberapa tahun.




Di England, MJ berkawan rapat dengan Yusof Islam, Dari Yusof Islam, MJ belajar serba sedikit tentang Islam. Malah semasa di England, MJ telah berkawan rapat dengan seorang pencipta lagu, Zain Bhika yang telah menciptakan lagu “Give Thanks To Allah” khas untuk dinyanyikan oleh MJ bila-bila masa dia bersedia.Semasa kes asmaranya dengan kanak-kanak dijalankan, MJ telah melarikan diri dan menetap di Bahrain. Di sana dia menjadi tetamu khas kepada anak Sultan Bahrain. Di sinilah MJ mula mendalami Islam. MJ belajar sembahyang, baca Al-Quran dan macam-macam lagi selama 3 tahun.Akhirnya pada November 2008, MJ pulang ke Los Angeles dan membuat majlis memeluk Islam secara rasmi di rumah kawan karibnya.




Pada December 2008, MJ telah pun pergi menunaikan haji bersama Sultan Bahrain dan anaknya.Untuk konsert terakhirnya, MJ mempunyai agenda yang tersendiri. Dia memaklumkan yang ini adalah konsert terakhirnya dan berhasrat untuk mengumumkan yang dia adalah seorang Muslim. Malah MJ juga mahu menyanyikan lagu Give Thanks to Allah pada konsertnya tersebut bersama Yusof Islam. Sebab itulah MJ memilih London sebagai tempat konsert terakhirnya bukannya di USA kerana takutkan pihak berkuasa USA.Pada 12.30 25 June, MJ memeluk managernya dan mengucapkan selamat malam. MJ berkata ” Selepas berlatih selama 2 bulan akhirnya saya dah bersedia untuk konsert ini”..
Selepas melambaikan tangan dan mengucapkan selamat malam, MJ pun pulang ke hotel. Tapi kira-kira jam 2.26 pagi, MJ didapat telah meninggal dunia..Semasa 911 dihubungi, banyak soalan yang ditanya seolah-olah mereka tak tahu siapa itu MJ dan di mana MJ berada. Nampaknya ada pihak yang cuba melengahkan masa bantuan tiba. Tambah pelik bila pihak hospital mengatakan hasil autopsy hanya boleh diperolehi selepas 2 bulan sedangkan teknologi sekarang dah bertambah canggih.Oleh kerana itu, keluarga MJ telah pun mengupah private doktor untuk membuat autopsy kepada MJ. Keputusannya dikeluarkan hanya selepas 4 hari. Ternyata MJ mati kerana terlalu banyak dos anaethestic, satu ubat yang mampu membuatkan jantung berhenti berdenyuti jika diambil secara berlebihan.
Satu keputusan yang tidak diwar-warkan di media ialah perut MJ tidak mempunyai langsung ubat ini. Tapi darahnya dipenuhi dengan ubat tersebut. Malah badan MJ dipenuhi dengan kesan suntikan seolah-olah ada orang secara paksa menyuntik ubat tersebut ke dalam badan MJ.Dalam CNN semasa diinterview, Presiden Amerika Syarikat Barrack Obama telah mengeluarkan satu kenyataan yang agak pelik.“Saya suka MJ. Saya membesar mendengar lagunya. Ia satu kehilangan yang besar tapi saya jamin tiada konspirasi dalam kematiannya”.
Pelikkan kenapa seorang Presiden beria-beria cakap tiada konspirasi dalam kematian MJ sebelum keputusan rasmi autopsy MJ dikeluarkan? Kalau betullah MJ nak bunuh diri, buat apa dia beria-beria nak berlatih selama 2 bulan untuk konsert dia nie? Tak gitu?Keluarga MJ inginkan MJ dikebumikan secara Islam. Tapi CIA telah muncul dan memberi ugutan jika pengebumian secara Islam dilakukan secara awan (dalam TV). Ugutannya ialah Katherine, mak MJ tidak akan mendapat hak penjagaan anak-anak MJ sebaliknya Debbie Rowe yang akan dapat.Akhirnya mereka bersetuju untuk MJ dikebumikan secara Islam di Neverland. Tapi dengan syarat satu pengebumian olok-olok secara Kristian mesti diadakan. Itulah yang anda semua tengok di Tv. Sebab itulah keranda MJ ditutup dan tak dibukak.
Sebab mayatnya tak pernah ada dalam tue. Ini semua dilakukan semata-mata nak bagitau dunia yang kononnya MJ bukan seorang Islam.(Sheikh Ha**d)The Brotherhood of IslamBuletin of BahrainDemi anda semua, kami sanggup bersengkang mata untuk terjemahkan email yang kami terima ini. Tak tahu kebenaran tentang wujudnya konspirasi kematian Michael Jackson. Mungkin benar mungkin tidak. Hanya Dia yang tahu.
Dialihbahasa oleh http://beautifulnara.com

26 Julai, 2009

Saya dikuarantin



Semalam saya menghadiri Majlis Perasmian Penutup Kadet peringkat kebangsaan di Bukit Katil Melaka.Setelah habis program tersebut , didapati 5 orang pelajar yang positif H1N1 dan pihak Jabatan Kesihatan mengisytiharkan kawasan Kem Perkhemahan tersebut ditutup dan semua peserta perkhemahan termasuk urusetia dikuarantin di rumah masing-masing selama 7hari.Para peserta dan urusetia dinasihatkan tidak keluar dari rumah serta tidak berjumpa dengan luar serta menghadiri tempat keramaian.



Walaubagaimanapun bos kesayangan saya meminta saya masuk kerja kerana banyak kertas kerja yang terpaksa disiapkan dengan segera sekiranya saya tidak mempunyai masalah kesihatan tetapi saya terpaksa dikuarantin di rumah selama 7 hari maka kerja-kerja tersebut terpaksa disiapkan di rumah.



Pelajar-pelajar Bersorak



Setelah diumumkan oleh Pegawai Kesihatan bahawa semua pelajar dan urusetia tidak dibenarkan hadir ke sekolah atau tempat kerja masing-masing maka kedengaran terikan dan sorakan di kalangan pelajar. Saya dan beberapa orang urusetia risau apabila mendengar kami terpaksadikuarantin di rumah kerana memikirkan timbunan kerja di pejabat.Namun kami terpaksa akur dengan arahan demi menjaga kasihatan rakan - rakan yang lain di pejabat.

Di antara gejala-gejala H1N1




  1. Sukar bernafas / kadar pernafasan yang cepat

  2. Batuk / kahak berdarah

  3. Sakit dada berterusan

  4. Cirit birit dan muntah berterusan

  5. Demam yang berterusan lebih 3 hari / berulang selepas 3 hari

  6. Tingkah laku yang luar biasa, kekeliruan, kurang daya tindak balas dan sawan

  7. Merasa pening apabila berdiri/ kurang membuang air kecil

Sekiranya anda mempunyai gejala-gejala berkenaan, cepat-cepatlah ke Klinik Kesihatan yang berhampiran.Saya berdoa agar Allah kuatkan hati kami semua agar dijauhkan penyakit ini berjangkit kepada kami dan rakyat malaysia amnya.amin Ya Rabbal alamin


23 Julai, 2009

Jadilah Jutawan Yang DiRedhai






ABU hurairah meriwayatkan bahawa rasulullah S.A.W bersabda : Tiada yang dinantikan oleh seorang antara kamu melainkan : Menunggu Kaya yng jadi Taghut ( pelampau ) , atau menunggu ( tanpa Usaha ) sampai jadi papa sehingga lupa akan halal dan haram, atau menunggu sehingga dilanda sakit yang menyebabkan punah seluruh tenaga untuk berusaha atau duduk diam sehingga menjelang tua kemudian tidak terdayalagi melakukan sesuatu atau pun duduk diam sehingga ajal datang secara mengejut.


Sesungguhnya Islam tidak menghalang seseorang untuk menjadi kaya, tetapi apa yang terungkap dalam hadis di atas menjelaskan sifat buruk sering berakar dalam jiwapengejar kekayaan sehingga menjadi taghut, tidak kira halal dan haram, merupakan susuatu yang jelas bercanggah dengan kemurnian syariat islam,Pepatah sering menyebut bahawa langit tidak menurunkan hujan emas. lantaran itu manusia mesti berusaha agar kepapaan tidak menguasai diri mereka.Namun kekayaan BUKANLAH MATLAMAT HIDUP yang MURNI kerana segala harta benda dan segala kekayaan yang melimpah adalah Semuanya dari PERBENDAHARAAN ALLAH S.W.T itu hanyalah kemudahan atau alat bagi mencapai MERDHATILLAH.

Justeru, kebijaksanaan yang berteraskan keimanan merupakna persiapan bagi usahawan yang ingin mengejar kekayaan di dunia. Jutawan yang bijak di sisi Islamadalah mereka yang mampu membebaskan diri mereka daripada berpaut pada tongkat riba dan rasuah yang ditawarkan kepada mereka.Sekiranya anda ingin bergelar JUTAWAN ,maka dekatkanlah diri pada Allah supaya Allah Redha dengan pekerjaan anda. Ingatlah Kekayaan dan kemiskinan adalah satu amanah dan Ujian yang akan disoal oleh Allah di akhirat Kelak.

Kisah Jutawan di KL

Saya teruja dengan kata-kata seorang Jutawan Muslim di Kuala Lumpur sewaktu saya mengadiri sessi ceramah motivasi beliau. katanya " saya tidak pernah meninggalkan amalan solat Sunnat Dhuha semanjak saya menceburi bidang perniagaan " Beliau menceburi bidang perniagaan setelah 10 tahun berkhidmat dengan kerajaan. Alhamdulillah walaupun beliau seorang Jutawan namun sikap tawadduknya dikagumi oleh orang ramai. Beliau memiliki rumah beharga RM 4juta namun jika dilihat beliau nampak macam orang biasa.
Semoga apa yang baik dapat dikongsi bersama.

abuzaid alhawari
Ampang 2009

14 Julai, 2009

Demam Selsema



Alhamdulillah hari ini rasa sihat dan berpeluh sedikit badan saya setelah tiga hari demam disebabkan jangkitan virus " Viral Infection"( istilah yang digunakan oleh DR setelah merawat keadaan saya).
Saya demam apabila balik dari Negeri Perak kerana ada urusan kerja pada hari jumaat dan sabtu yang lalu.


Terima Kasih Buat Isteri Tersayang

Saya terharu dengan sikap isteri saya sanggup tidak pergi kerja kerana ingin menjaga saya di rumah. Saya juga terpaksa mengambil cuti sakit kerana keadaan saya yang tidak mengizinkan membawa kenderaan ke pejabat. Isteri sayalah yang menguruskan saya semasa berada di rumah.Sepanjang perkahwinan hampir setahun, sebanyak dua kali saya demam yang agak teruk berbanding sebelum ini.Alhamdulillah Allah mengurniakan seorang isteri yang memahami diri saya ini.Walaupun isteri saya sudah 5 bulan hamil namum beliau tidak "kekok " untuk menguruskan saya.Mudah-mudah Allah merahmatimu.
Kenangan Sakit semasa di kampus
(sahabat karib saya : Zamzuri)
Semasa zaman sebelum menjejak kaki di Universiti, emak saya lah yang sentiasa berada di sisi saya semasa saya sakit. Semasa berada di sekolah rendah, saya Sebulan tidak ke sekolah kerana Gestrik.. Penyakit saya datang kembali semasa saya berada di universiti. Sahabat karib sayalah tempat saya mengadu sakit iaitu Zamzuri ( Prof Zam pada Link saya). Beliau juga menghantar saya ke hospital kerana badan saya lemah dan sukar untuk bernafas. Segala jasa sahabat-sahabat saya yang pernah mengambil berat terhadap diri saya, saya ucapkan jutaan terima kasih. Tidak lupa kepada siswi-siswi yang sentiasa mengambil berat tentang diri saya semasa program dilaksanakan. Semasa program berlangsung di kampus saya sentiasa disajikan air susu oleh urusetia kerana mereka memahami keadaan penyakit saya.

Seingat saya, sahabat saya zamzuri pernah empat kali terlibat dengan kemalangan jalan raya sepanjang persahabatan saya dengan beliau. Saya juga pernah menaiki motosikal bersama beliau dan motosikal kami terhumbang di dalam longkang kedai mak cik di hadapan Uitm Machang. Motosikal beliau terhumbang ke dalam longkang besar. Alhamdulillah kami berdua tidak cedera parah, hanya luka sedikit sahaja.

Demam Suatu Hikmah
saya dapatkan rasakan hikmat Allah mengurniakan penyakit demam kepada saya. Walaupun suara saya 'serak ' dan tubuh tak bermaya namun saya masih lagi mampu mengadu kepadaNYA.Syukur padamu Ya Allah diKau Kurniakan kepadaku Isteriku yang Solehah dan sahabat-sahabat yang bertaqwa kepadaMU.

09 Julai, 2009

Peranan Ulamak Dalam Silat

( Allahyarham Mat Kilau )

Koleksi artikel ALLAHYARHAM WAN MOHD. SHAGHIR ABDULLAH



BARANGKALI perbicaraan yang menyentuh secara langsung tentang persilatan adalah masih sangat langka. Keterlibatan penulis dalam membicarakan perkara persilatan ini juga amat sedikit berbanding penulisan-penulisan selainnya.Oleh itu, kelemahan-kelemahan dalam perbicaraan ini rasanya sangat banyak, apatah lagi dunia persilatan hanyalah penulis kenali sewaktu masih kanak-kanak dan ditinggalkan begitu lama, sejak tahun 1960-an. Jenis-jenis silat memang banyak penulis ketahui, namun penulis bukanlah seorang pelajar mengenai bidang itu secara tekun tetapi hanyalah sebagai pemerhati saja. Di antara silat-silat yang penulis ketahui ialah Silat Pengian, Silat Kuntau, Silat Harimau, Silat Buton Kalidupa, Silat Bugis Bone, Silat Sinding, Silat Pukul Tujuh, Silat Minangkabau, Silat Cekak, Silat Gayung, Silat Gayung Patani, Silat Abjad dan Al-Mu'azat.


Peranan ulamak


Peranan ulama dalam silat hanya dapat penulis tonjolkan kepada pemikiran Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani dan keterlibatan Sheikh Abdus Shamad al-Falimbani dalam jihad fi sabilillah.Kedua-dua ulama besar yang sangat terkenal itu dipercayai menggunakan 'senjata' qalam untuk mengajar umat Melayu dna juga senjata pedang unutk perjuangan di medan jihad fi sabilillah demi mempertahankan kesucian Islam dan watan daripada penjajah. Jika kita anggap ilmu silat adalah untuk mempertahankan diri peribadi, jihad pula adalah mempertahankan Islam dan tanah air. Jadi kedua-dua ulama kita itu adalah lebih agung, kerana banyak jenis silat yang dikuasainya. Yang dimaksudkan di sini ialah:


*silat menggunakan qalam/pena,
*silat kalam/lidah,
*silat menggunakan siasah/politik, dan lain-lain termasuklah
*silat ketangkasan di medan juang yang sebahagiannya dijadikan sebagai satu cadang seni atau budaya.


Pelajaran silat dalam Kerajaan Pontianak


Tidaklah janggal pada kesempatan ini penulis mulakan petikan mengenai silat yang termaktub dalam sebuah manuskrip "Syair Kerajaan Pontianak". Kerajaan Pontianak (Indonesia) memang bukan dalam Malaysia, tetapi adalah sebuah kerajaan Melayu yang didirikan oleh Syarif Abdur Rahman bin Habib Husein al-Qadri yang direstui dan dirasmikan oleh pahlawan Melayu-Bugis, Raja Haji bin Upu Daeng Celak. Raja Haji pula adalah seorang pahlawan Melayu agung sesudah Hang Tuah, kerana hampir keseluruhan negeri-negeri Melayu pernah dikunjunginya. Akhir riwayat Raja Haji gugur sebagai syahid fi sabilillah di Teluk Ketapang, Melaka. Syair Kerajaan Pontianak ditulis beberapa tahun setelah berdirinya Kerajaan Melayu-Islam Pontianak, dalam petikan tersebut juga jelas mencerminkan minat dan kesungguhan Sultan Syarif Abdur Rahman bin Habib Husein al-Qadri terhadap seni dan budaya silat. Untuk lebih jelas dan merupakan dokumen sejarah persilatan Melayu, Bab Silat dalam Syair Kerajaan Pontianak penulis sebutkan beberapa petikan awal darinya, iaitu:


Setelah sudah berperi-peri,
baginda berangkat lalu berdiri
Panggilkan Mat Raiyat suruh ke mari,
serta dengan Wan Bakari.
Wan Ahmad, Wan Bakar datanglah sudah,
kepada baginda tunduk menyembah
Dengan segeranya baginda bertitah,
Adalah sedikit hendak diperintah.
Baginda tersenyum seraya berkata,
Jikalau suka rasanya cita
Tuan-tuan yang muda ajarkan kita,
diajarkan silat bermain senjata.
Tuan ajarkan padan-padan,
boleh dilihat usulnya badan
Bagaimana di dalam contoh teladan,

yang mana patut main di medan.


*Tulisan Sheikh Daud Abdullah Al-Fathani mengenai jihad dalam Islam


Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani adalah ulama besar dunia Melayu yang terlibat langsung bersama-sama Sheikh Abdus Shamad al-Falimbani dalam medan jihad melawan pencerobohan Siam di bumi Patani Darus Salam. Tulisan-tulisan beliau mengenai hukum jihad telah penulis perkenalkan dalam penulisan-penulisan sebelum ini, di mana jelas menggambarkan bahawa Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani adalah seorang ulama pejuang Islam sebenar dan sejati serta bertanggungjawab terhadap ummah dan watan Melayu daripada segala macam bentuk penjajahan kuffar. Sebagai tambahan, di sini penulis petik pula pandangan Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani tentang jihad yang beliau tulis dalam kitab Bughyat at-Thullab. Transliterasi selengkapnya ialah: "Dan setengah daripadanya, perang sabil bagi kuffar, yakni wajib bagi Imam itu pergi perang kepada negeri mereka itu, maka iaitu fardu kifayah dengan ijmak. Atau Naib Imam pergi dengan tentera kerana perang bagi mereka itu. "Atau diperbaiki akan kota yang antaranya dan antara negeri mereka itu, serta diteguhkan dia, dan ditaruhkan senjatanya, dan orang yang menunggu padanya sekira-kira memadai melawan akan mereka itu. Maka hendaklah diperbuat akan salah suatu daripada keduanya maka gugurlah fardu kifayahnya. Ini jika tiada mereka itu datang kepada negeri kita. "Maka jika datang ia kepada negeri Islam maka jadilah fardu ain atas tiap-tiap seorang daripada negeri yang ia masuk itu, hingga perempuan dan sahaya orang ... " (Bughyat at-Thullab, jilid 1, hlm. 95).


Ulasan dan pandangan, daripada kalimatnya "Maka jika datang ia kepada negeri Islam ... " dapat kita bandingkan peristiwa penjajahan bangsa Barat-Belanda dan Inggeris di dunia Melayu pada zaman Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani dengan peristiwa Amerika, pengganas terbesar dunia, yang telah menjajah Afghanistan dan Iraq.Sebagaimana telah disebutkan bahawa Belanda dan Inggeris telah menjajah dunia Melayu, perlu pula dinyatakan di sini bahawa Patani juga tidak terlepas daripada dijajah, bukan oleh bangsa Barat tetapi oleh Siam. Semua penjajah yang tersebut adalah bukan agama Islam kerana mereka telah menjajah negeri Islam. Oleh itu, menurut Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani pada sambungan kalimat di atas bahawa "jadilah fardu ain atas tiap-tiap seorang daripada negeri yang ia masuk itu, hingga perempuan dan sahaya orang ...." berperang atau jihad terhadap mereka. Bangsa-bangsa yang telah menjajah dunia Melayu, adalah bukan beragama Islam.


Oleh itu fenomena yang berlaku sekarang, tuduhan umat Islam sebagai pengganas adalah tidak berasas sama sekali, kerana tidak terdapat dalam sejarah bahawa bangsa-bangsa yang beragama Islam datang menjadi penjajah di dunia Melayu. Sebenarnya bangsa-bangsa penjajah itulah yang layak dilabelkan sebagai pengganas atau terrorist atau penzalim. Gelaran tersebut terdapat dua golongan yang sedang bermusuhan, yang pertama ialah pengganas yang sedang berkuasa (pemerintah) dan yang kedua ialah pengganas yang tidak berkuasa (rakyat).


Perjuangan jihad yang pernah dilakukan oleh ulama kita seperti Sheikh Abdus Shamad al-Falimbani, Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani, dan lain-lain tidak dapat disamakan dengan kedua-dua golongan pengganas yang tersebut di atas, kerana jihad Islam adalah cukup jelas berdasarkan perintah daripada Allah dan para Rasul-Nya. Siapa saja yang berjihad menurut perintah Allah dan Rasul-Nya adalah benar, tidak terdapat keraguan di dalamnya.


Oleh itu, wajib dipertahankan kebenaran dan kesuciannya daripada pentafsiran- pentafsiran yang tidak betul disusun demikian rapi oleh pihak-pihak tertentu yang telah merasa lazat makanan dan minuman segar tetapi beracun yang mereka peroleh dari musuh-musuh Islam.


Mengenai membuat persiapan sebagai benteng pertahanan dapat kita ketahui dari kalimat beliau, "Atau diperbaiki akan kota yang antaranya dan antara negeri mereka itu, serta diteguhkan dia ...".
Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani menyentuh pula tentang persiapan persenjataan dengan sambungan kalimatnya "dan ditaruhkan senjatanya" maksudnya bahawa dalam benteng pertahanan perlulah ada tersimpan persenjataan yang cukup dan siap digunakan apabila diperlukan.


Patriotik bangsa adalah sangat diperlukan, yang beliau gambarkan pada sambungan kalimatnya "dan orang yang menunggu padanya sekira-kira memadai melawan akan mereka itu". Kalimat ini dapat dihubungkaitkan dengan "ilmu silat" kerana orang Melayu yang sanggup melawan musuh pada zaman itu perlu mempunyai ketangkasan.


Ketangkasan dalam bentuk fizik adalah mempelajari ilmu silat. Dan tidak dapat dinafikan diperlukan "kekuatan dalaman" atau "mental" atau "rohani". Baik Sheikh Abdus Shamad al-Falimbani mahu pun Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani juga pernah mengijazahkan wirid-wirid pertahanan diri untuk menghadapi musuh dalam peperangan.

Wirid pertahanan diri Sheikh Abdus Shamad Al-Falimbani
Untuk memantapkan keyakinan diri menghadapi jihad, dalam karyanya berjudul Mulhik fi Bayanil Fawa'id an-Nafi'ah fil Jihadi fi Sabilillah atau judul terjemahan oleh Sheikh Abdus Shamad al-Falimbani sendiri iaitu "Suatu Perhubungan Pada Menyatakan Akan Beberapa Faedah Di Dalam Perang Sabilillah", beliau membahagi dalam risalah tersebut kepada empat bahagian, iaitu: \

lFaedah Yang Pertama Pada Menyatakan Ayat Quran Yang Jadi 'Azimat Yang Manfaat Di Dalam Perang Sabilillah, Dan Peliharaan Yang Menegahkan Daripada Kejahatan Orang Kafir.

lFaedah Yang Kedua Pada Menyatakan Doa Yang Manfaat Di Dalam Perang Sabilillah Dan Lainnya.
Faedah Yang Ketiga Pada Menyatakan Doa Yang Membinasakan Bagi Segala Seteru, Dan Bagi Sejahtera Daripada Kejahatan Seteru.
Faedah Yang Keempat Pada Menyatakan Doa Membinasakan Seteru, Dan Segala Kafir, Dan Bagi Sejahtera Daripada Kejahatan Mereka Itu.

Salah satu amalan Sheikh Abdus Shamad al-Falimbani pernah diterima oleh pahlawan Mat Kilau. Mengenai ini termaktub dalam Kitab Mat Kilau, cetakan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad, 1970, hlm. 23, iaitu "Ini doa diambil daripada Sheikh Abdus Shamad Palembang, siapa yang mengamalkan doa ini nescaya tidak mengenai padanya pedang, atau panah, atau segala rupa kejahatan dari seteru ... "Yang disebut dalam Kitab Mat Kilau itu memang termaktub dalam karya Sheikh Abdus Shamad al-Falimbani tersebut yang beliau tempatkan pada Faedah Yang Kedua.
Sheikh Abdus Shamad al-Falimbani telah menterjemahkan wirid untuk perang itu daripada bahasa Arab ke bahasa Melayu. Dalam empat buah karangan Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani juga membicarakan wirid yang sama, di antaranya dalam kitab Mun-yat al-Mushalli. Selengkapnya lihat Mun-yat al-Mushalli yang telah penulis transliterasi (lihat terbitan Khazanah Fathaniyah, Kuala Lumpur, 1424 H/2003 M hlm. 96-98).


Walau bagaimanapun, tidak terdapat terjemahan wirid itu oleh Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani seperti yang dilakukan oleh Sheikh Abdus Shamad al-Falimbani. . Perlu juga penulis sentuh di sini bahawa dalam terjemahan wirid Sheikh Abdus Shamad al-Falimbani tersebut ada hubungkait dengan persilatan. Bahawa ilmu silat yang pernah penulis pelajari adalah melalui tiga jalan, iaitu:


*Belajar secara fizik di gelanggang.
*Belajar wirid-wirid yang boleh mendatang gerak dengan sendirinya.
*Mengabungkan pelajaran fizik dan wirid.


Pada Faedah Yang Keempat wirid Sheikh Abdus Shamad al-Falimbani terdapat satu doa yang sama dengan yang diamalkan dalam Silat Al-Mu'azat. Walaupun dalam Silat Al-Mu'azat tidak mempelajari gerak fizik, tetapi apabila mengamalkan wirid, maka gerak fizik akan datang dengan sendirinya.


Silat Al-Mu'azat pernah dikembangkan di Johor oleh Raja Haji Muhammad Yunus Ahmad dalam tahun 1970-an. Wirid yang diamalkan oleh Sheikh Abdus Shamad al-Falimbani, yang sama dengan amalan dalam Silat Al-Mu'azat itu, lebih lengkap ditulis oleh Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani dalam kitab Ward az-Zawahir (lihat hlm. 189).


Kesimpulan dan penutup


Dari semua yang telah dibicarakan di atas penulis berpendapat bahawa:


lSeni dan budaya persilatan diajarkan dalam dua bentuk, iaitu dalam gerak fizik dan kerohanian..
llmu persilatan yang menggunakan wirid, hizib, doa, dan yang sejenis dengannya adalah berasal dari ajaran Islam yang benar. Sebaliknya tidak dapat dinafikan terdapat juga yang menggunakan mantera, jampi, serapah, dan yang sejenis dengannya. Mengenai ini sukar dijejaki sumber-sumber asal hingga ke atasnya. Oleh itu, ada yang boleh diamal dan digunakan. Sebaliknya ada pula yang mengandungi unsur khurafat yang menjerumuskan ke arah syirik yang bertentangan dengan akidah Islam.
Silat Cekak Ustaz Hanafi

lUlama-ulama Nusantara yang terlibat dalam jihad fi sabilillah mempunyai asas ilmu menggunakan senjata. Mereka memiliki ilmu ketahanan diri yang bersambung dari satu guru ke satu guru hingga sampai kepada pahlawan-pahlawan Islam terdahulu bahkan sumber amalan ada yang berasal dari Rasulullah SAW sendiri.


lUlama-ulama Nusantara yang melakukan jihad fi sabilillah demi untuk memperjuangkan Islam dan mempertahankan negeri-negeri Melayu dari dijajah oleh bangsa yang bukan Islam adalah wajib diteruskan secara bersambung dari satu generasi ke generasi yang berikutnya.


Sekianlah yang dapat disampaikan pada ruangan kali ini, mudah-mudah kita dapat menghidupkan seni dan budaya yang dibenarkan syarak dan mengetepikan apa saja seni dan budaya yang bertentangan dengan syarak.


Mudah-mudahan hanya pemikiran ulama yang betul saja yang menjadi ikutan dan pemikiran yang tiada betul walau dari siapa pun datangnya supaya dihindari oleh-Nya.

06 Julai, 2009

Dilema Sahabat: Kisah kura-kura dan Tupai


Oleh : Ust pahrol..



Ini kisah penuh iktibar di sebalik ikatan persahabatan yang akrab antara tupai dan kura-kura. Perkenalan bermula sejak kura-kura memakan buah-buah hutan yang dijatuhkan oleh tupai ke dalam air sebuah sungai yang mengalir perlahan di sebuah hutan. Mulai hari itu hubungan keduanya semakin mesra. Setiap hari keduanya bertemu dan berbual di tebing sungai. Dan kemesraan yang semakin bertambah itu mula berlarutan untuk jangkamasa yang panjang. Sayangnya keakraban persabahatan dengan situpai menyebabkan kura-kura mengabaikan tanggungjawab terhadap isterinya.Kura-kura mula pulang lewat dan keluar awal daripada tempat kediamannya. Isterinya selalu ditinggalkan keseorangan. Keasyikannya kura-kura melayan situpai mula menimbulkan kecemburuan dan kebencian di hati isteri kura-kura. Diam-diam isteri kura-kura bertekad untuk memisahkan suaminya dengan tupai.




Pada satu ketika seperti yang telah dirancangkan, isteri kura-kura pura-pura jatuh sakit. Badannya dilakonkan agar kelihatan lemah-lesu dan dengan sengaja makanan yang diberikan kepadanya tidak dijamah. Puas diiktihar rawatan dengan berbagai-bagai ubat, namun isteri kura-kura tidak juga sembuh. Kura-kura susah hati dan sedikit-sebanyak mula memberi perhatian yang lebih terhadap isterinya. Melihat keadaan itu, isteri kura-kura yakin bahawa rancangannya sudah separuh berjaya. Suaminya sudah mula terperdaya. Maka tinggal separuh lagi daripada keseluruhan perancangan liciknya ingin disempurnakannya. Selanjutnya isteri kura-kura dengan tipu muslihatnya pun berkata, “aku ingin katakan bahawa yang akan dapat menyembuhkan sakitku ini hanyalah dengan memakan hati tupai!” Terkejut, kura-kura mendengarnya. Mana nak dicarinya hati tupai?




Tiba-tiba dalam kebingungannya itu ia teringat akan sahabat karibnya tupai. Ya, sudah terpaksa… sahabat akrabnya itu terpaksa dikorbankan. Demi kesihatan isterinya kura-kura terpaksa mengorbankan kawannya. Begitulah tekad hati kura-kura. Walaupun agak keberatan pada mulanya, tetapi akhirnya kura-kura mula mengatur rancangan. Seperti biasa, kura-kura pun menemui sahabatnya situpai. Kata kura-kura, “telah lama kita bersahabat, tetapi saya tidak pernah membawa awak bersiar-siar untuk melihat keseluruhan kawasan sungai ini. Apakata kalau saya membawa awak bersiar-siar pada hari ini?” Wah, apalagi situpai dengan gembiranya menyambut baik tawaran sahabat karibnya tanpa mengesyaki sebarang niat buruk disebaliknya. Lalu tupaipun melompat di atas badan kura-kura dan kura-kura pun mula berenang ke tengah sungai. Sebaik sahaja sampai ditengah-tengah sungai barulah kura-kura mula bercerita tentang keadaan isterinya yang sedang sakit.




Dan akhirnya menyatakan dengan terus-terang bahawa ubat bagi menyembuhkan sakit isterinya ialah hati tupai. Terkejut tupai mendengarnya dan tahulah dia bahawa tujuan sebenar kura-kura membawanya bersiar-siar adalah untuk membunuh dan mengambil hatinya untuk diberikan kepada isteri kura-kura. Makin lama pergerakan mereka semakin jauh ke tengah sungai. Tupai mula berfikir untuk menyelamatkan diri. Tak lama kemudian dia mula menangis. Kura-kura hairan dan bertanya mengapa tupai menangis. Lalu tupai menyatakan rasa simpatinya terhadap isteri kura-kura dan kesediaan menyerahkan hatinya sebagai ubat sepertimana yang dihajatkan. “Tetapi… aku sedih kerana buat masa ini hatiku telah ku ditinggalkan di rumah.




Jadi kalau kau inginkannya, kau mestilah menghantar aku kembali ke tebing sungai untuk aku mengambilnya.” Maka sikura-kura itupun membawa semula tupai ke tebing sungai dan dengan cepat tupai meloncat ke atas pokok kediamannya lalu berkata, “wahai kura-kura mulai hari ini aku tidak mahu lagi bersahabat denganmu. Tak sangka begitu sekali kejamnya hatimu untuk membunuh sahabat sendiri. Selamat tinggal!” Kini tahulah kura-kura-kura bahawa ia telah ditipu oleh situpai. Dengan sedih ia kembali ke rumah untuk menemui isterinya.




Ya, hati isterinya belum tentu dapat dimenanginya semula… tetapi yang pasti ia sudah kehilangan sahabat karibnya. Begitulah kesudahannya kisah yang menjadi gelanggang iktibar kali ini. Secara tidak lansung kisah ini boleh menggambarkan konflik yang sering terjadi pada seseorang individu yang sedang berdepan dengan dilema antara sahabat dan isteri yang memaksanya memilih antara perkahwinan atau persahabatan. Masih relevankah persoalan yang diketengahkan ini?




Jawabnya, ya. Justeru kini manusia kekadang tidak dapat mengimbangi antara kepentingan isteri atau suami dengan sahabat-sahabat. Dan kisah ini juga boleh dijadikan pembayang pada pertembungan antara kejayaan menguruskan rumah-tangga dan juga organisasi. Percayakah anda kalau dikatakan bahawa ramai manusia dalam era ICT ini terperangkap dalam dilema seperti yang dinukilkan dalam kisah kura-kura dan tupai ini? Ada kalangan yang terlalu memberi tumpuan kepada sahabat samada sahabat seorganisasi atau kebetulan mempunyai minat yang sama sehingga mengabaikan isteri di rumah.




Kawan lebih diutamakan daripada isteri hingga siisteri tinggal kesepian atau keseorangan untuk menguruskan keluarga dan anak-anaknya di rumah. Sisuami lebih senang berbincang hal perniagaan, tugasan, hobi atau sekadar berbual kosong dengan kawan-kawan di luar rumah. Masa, tenaga dan perhatian lebih kepada kawan-kawan berbanding isteri. Bila bersama kawan ketawa-rianya meriah, tetapi bila bersama isteri muka masam mencuka bagai dilanda masalah. Mengapa ada suami yang boleh memberi masa berjam-jam untuk bermain golf, memancing dan lain-lain aktiviti rekreasi tetapi begitu ‘tersiksa’ untuk mengorbankan masa sejam dua untuk bersama isteri dan anak-anak? Jawabnya, dalam aktiviti rekreasi itu suami akan bertemu kawan-kawan bukan menatap muka isteri. Jika bersama kawan, jiwa sisuami terasa ‘relaks’, santai dan bebas… tetapi bila bersama isteri ada sahaja masalah yang hendak didengar, diberi perhatian dan diselesaikan.




Lalu sebagai langkah ‘escapeism’ ramai para suami meniru langkah kura-kura yang hidupnya dirasakan tenang apabila bersama tupai, berbual sambil makan-makan buahan hutan daripada menatap isteri yang berleter, sentiasa sibok dan risaukan hal-hal rumah-tangga. Bosan, marah, geram, kecewa dan lain-lain rasa negatif bersama keluarga di rumah menyebabkan para suami beralih ke luar rumah untuk bertemu dengan kawan-kawan.




Malah kini sudah menjadi suatu yang lumrah, ramai pengarah, pengurus dan para profesional yang berjaya dalam kariernya tetapi gagal dalam rumah-tangganya. Menurut kajian yang dibuat di Amerika, 90% CEO (ketua pengarah) syarikat-syarikat perniagaan yang paling berjaya dan ternama di dunia telah mengalami keruntuhan dalam rumah-tangga. Apakah ertinya semua ini? Seperti yang kita sedia maklum untuk berjaya dalam memimpin sesebuah syarikat, seorang CEO mestilah mendapat ketaatan, kerjasama, komitmen malah pengorbanan daripada seluruh ranting organisasi termasuk ahli lembaga pengarah, pengurus-pengurus, pegawai eksekutif, tenaga teknikal dan majoriti kakitangan sokongan bawahannya. Bayangkan sebuah syarikat perniagaan yang ternama di Amerika. Ia tentulah mempunyai modal berbilion-bilion dollar, beribu-ribu perkerja dan berbagai-bagai bidang kerja serta tugasan yang begitu kompleks dan rencam. Dan seorang CEO yang diktiraf berjaya tentunya dapat ‘mengusai’ semua elemen-elemen yang disebutkan tadi. Dan tentunya… malah pasti! dia selalu berada di samping sahabat-sahabat seorganisasinya untuk mendapat penguasaan itu. Namun, kata orang, semakin tinggi pokok yang kita naik, semakin kuat angin yang menggoyang. Setiap kejayaan, menuntut pengorbanan. Soalnya sekarang apakah yang dikorbankan itu lebih berharga nilainya daripada apa yang kita kejar? Berbaloikah kejayaan dalam menguruskan organisasi dibayar dengan kegagalan membina sebuah rumah-tanga yang bahagia?




Wajarkah mercu keuntungan dan nama didaki dengan cara memijak hak isteri dan anak-anak? Ya, kebanyakan para korporat dan profesional terkemuka gagal mengimbangi atau mensepadukan antara karier dan keluarga, antara organisasi dan rumah-tanga. Ertinya, mereka lebih efisen dan efektif bersama kawan-kawan berbanding dengan isteri dan anak-anak. Dan bila berdepan dengan suami yang sedemikian, tidak sedikit isteri yang bertindak seperti ‘isteri’ kura-kura dalam kisah ini. Mereka mula merancang strategi atau jalan keluar untuk menyelesaikan masalah. Mereka bertekad ingin memisahkan suami dengan kawan-kawan, syarikat serta kesibokannya. Lalu mereka merajuk, mengamuk ataupun memilih ‘jalan belakang’ untuk berdepan dengan suami yang mengabaikan rumah-tangga.




Para isteri yang begini akan membuat berbagai-bagai karenah supaya suaminya terikat kembali di rumah. Masalah yang kecil dibesarkan, yang besar apatah lagi. Mereka bersikap terlalu ‘dependent’ – yakni terlalu bergantung dengan suami. Sikap itu sengaja dibuat-buat untuk menarik perhatian suami agar kembali menumpukan kepada dirinya. Jalan salah yang dipilih oleh para isteri itu bukan sahaja tidak menyelesaikan masalah yang sedia ada malah memburukkan lagi keadaan yang sedang berlaku. Krisis yang mereka cetuskan di rumah akan memberi kesan pada suami yang kemudiannya memanjangkan krisis itu ke pejabat atau premis perniagaan. Ada para suami yang berang dan marah-marah kepada para pekerja atau rakan setugasnya kerana marahkan isteri yang ‘meragam’ di rumah. Perlakuan negatif seperti marah-marah, murung dan dendam para suami yang berpunca daripada isteri di rumah akan memberi kesan buruk kepada organisasi di tempat dia bekerja. Prestasi kepimpinan, pengurusan dan kerjanya akan terjejas. Produktiviti dan kualiti kerjanya akan merosot. Kakitangan bawahan atau sebaya akan ‘lari’ manakala orang atasannya akan memarahinya. Lama kelamaan semua orang meninggalkannya. ‘Toxic people’ semacam itu akan dibenci oleh semua orang. Orang-orang ini bolehlah disifatkan seperti kura-kura yang merancang membunuh tupai. Tapi dalam kes ini, individu yang sedemikian seolah-olah ‘membunuh’ orang yang rapat dengannya, organisasi tempat ia bekerja dan dirinya sendiri.



Terjejas dengan ragam isteri di rumah, organisasi dan kawan-kawan pula yang menjadi mangsanya. Keadaan ini selalunya menimpa kepada mereka yang ‘kalah’ dengan ragam isteri. Tapi bagaimana bagi mereka yang ‘menang’? Walaupun karier dan profesyen mereka mungkin tidak terjejas, tetapi rumah-tangga mereka akan hancur. Strategi tidak ‘menjadi’ oleh para isteri yang cuba ‘mengembalikan’ suami kepada diri mereka dengan cara yang salah akan memberi kesan sampingan yang akan lebih memburukkan lagi keadaan. Sikap tidak ambil kisah, tidak endah dan tidak peduli oleh para suami akan tambah menyakitkan hati para isteri yang meragam itu. Mungkin mereka akan memilih cara yang sama… Yakni mereka juga akhirnya tidak endah dan tidak peduli terhadap para suami. Ya, kalau rajukan mereka tidak diperdulikan ertinya suami sudah tidak menyayangi mereka lagi, kan kata orang tua, ‘merajuk pada yang kasih?” Jadi apa lagi hendak di tunggu?


Mereka pun minta cerai atau kadangkala sanggup berlaku curang di belakang suami. Bayangkan kalau kura-kura buat tidak endah akan kesakitan yang dialami oleh isterinya atau tidak melayang lansung permintaan isterinya yang hendakkan hati tupai… Maka isteri kura-kura juga berkemungkin besar akan cabut meninggalkannya! Adalah wajar kita melihat persoalan ini dengan lebih tertib dan tepat. Kejayaan menguruskan rumah-tangga bersama isteri seharusnya perlu didahulukan sebelum mencapai kejayaan mengurusan organisasi bersama kawan-kawan. Ini kerana menurut pakar-pakar motivasi, “personal victory must come first before public victory.” Dalam Al Quran dan hadis jelas menunjukkan bahawa diri dan keluarga perlu diselamatkan terlebih dahulu sebelum menyelamatkan orang lain. Dari segi logik atau rasionalnya pun, sudah tentulah kemenangan di peringkat individu yang jauh lebih mudah perlu dicapai dahulu sebelum kemenangan di peringkat umum yang jauh lebih sukar. Dan atas ketertiban inilah Rasulullah telah berjaya dalam kepimpinan dan tugas kerasulannya. Nabi Muhammad saw adalah orang yang ceria bersama isteri-isteri dan keluarganya dan baginda juga individu yang sentiasa ceria bersama sahabat-sahabatnya.


Isteri-isteri baginda tidak pernah ‘cemburu’ melihat baginda akrab dengan sahabat-sahabatnya di luar rumah justeru mereka telah mendapat layanan, belaian, perhatian yang sempurna apabila baginda bersama-sama dengan mereka di rumah! Ketertiban sangat dipentingkan dalam Islam dan ini semua telah disusun mengikat aulawiyat (keutamaan) masing-masing. Ada hak diri, keluarga dan sahabat yang perlu ditunaikan mengikut susunan yang telah ditetapkan. Tumpuan pada satu perkara bukan alasan mengabaikan perkara yang lain… Inilah indahnya jika Islam difahami, dihayati dan diamalkan, kita tidak akan menghadapi dilema seperti yang dialami oleh kura-kura – dilema antara isteri dan sahabat

05 Julai, 2009

Pengalaman Berurusan dengan JHEIK


Di mana silapnya??



Alhamdulillah saya pertama kali berkunjung ke Jabatan hal Ehwal Agama Islam Kelantan ( JHEAIK) beberapa bulan yang lalu bersama isteri saya.Saya ke sana kerana ingin mengambil sijil nikah dan kad Nikah Pintar yang dijanjikan oleh kakitangan sebelum ini. polisi proses sijil nikah selama 4 bulan dan bergantung kepada Imam Mukim. Apa yang menyedihkan saya, saya ke JHEIK selepas 8 bulan berkahwin kerana untuk menuntut Sijil Nikah dan Kad pintar berkenaan TAPI saya dimaklumkan daripada kakitangan berkenaan bahawa Data Pribadi saya tiada di dalam Komputer JHEIK dan kakitangan berkenaan meminta saya datang balik ke Pejabat pada bulan Ogos nanti..


PERSOALAN..

1. Apa yang saya ingin persoalkan kenapa pihak yang berkenaan tidak menyiapkan dalam tempoh yang singkat sebagai contoh Passpot dan Kad pengenalan pada hari ini. Belajarlah dari agensi yang telah berjaya dalam mengendalikannya. Sekiranya tidak cukup kakitangan cubelah wujudkan kakitangan kontrak bagi menjaga KUALITI perkhidmatan di JHAEIK..


2. Sekiranya polisi JHEIK dapat menyiapakan sijil dalam tempoh yang ditetapkan, CUBALAH menepatinya. Kasihanlah kepada mereka yang bekerja di luar kelantan yang balik bercuti semata-mata urusan sijil NAMUN menghampakan mereka.

Kesimpulan dan Cadangan

1.Saya berharap agar pihak pentadbiran JHEIK dapat memepertingkatkan lagi KUALITI pengurusan Pengeluaran SIJIL NIKAH dan KAD NIKAH PINTAR . Wujudlah suasana Mesra Pelanggan apabila berada di kaunter kerana saya melihat terutamanya di Bahagian Pengambilan Sijil Nikah , Kakitangannya Kurang Mesra Pelanggan.

2. Wujudkan Sistem Nombor Giliran apabila berurusan di kaunter pengambilan sijil bagi mengelakkan daripada pelanggan tidak berebut semasa berurusan di kaunter.Apa yang menyedihkan saya ramai yang berebut semasa berurusan.

Saya yakin dan percaya JHEIK boleh ke hadapan dengan membuat Kajian terperinci mengenai aduan pelanggan dan meminta pandangan pelanggan terhadap sistem perkhidmatan yang disediakan oleh JHEIK

04 Julai, 2009

Alhawari Bersama AADK







Alhamdulillah syukur pada Allah kerana saya berjaya menamatkan Larian sejauh 7Km bersempena dengan Hari Antidadah Antarabangsa bertempat di Hadapan Perbadanan Putrajaya. Walaupun penat dan kaki saya terseliuh namun dapat juga tamatkan larian tersebut dengan pertolongan ILAHI dan saya cuba bermain dengan minda saya.


Bangun Awal..

Saya terpaksa bangun seawal 5 pagi untuk berkumpul di hadapan pejabat saya bersama rakan- rakan sekerja. Perjanjian awal ,seawal jam 6 kami akan bertolak ke putrajaya tapi masih ada yang tidak dapat menepati masa. Mungkin begini sikap orang melayu Islam. Bagi saya perkara ini tidak sepatutnya berlaku kerana kesian kat kawan- kawan lain yang menunggu.Larian bermula pada jam 7.30pagi dan saya sampai digarisan penamat hampir jam 10 pagi. Pemenang larian tersebut bagi ketogori Lelaki dan wanita dimenangi oleh warga Kenya.



terima kasih di atas pemberian baju larian oleh AADK



Kaki Terseliauh


Saya terpaksa berjalan sahaja tanpa berlari kerana kaki saya sakit mungkin lama tidak berlari jauh. Sambil berjalan sempat berkenalan dengan peserta larian yang sama nasib dengan saya. Namanya Mahadzir. saya sempat berbual dengannya. Akhirnya kami sampai ke garisan penamat dan menerima sijil dan cenderamata. Tak dapat juga menjadi juara. Sampai saat ini kaki saya masih sakit.

Nombor Larian pada baju saya