02 Mac, 2012

 
Setiap orang Islam yang dalam keadaan hadas besar wajib untuk melakukan mandi wajib atau mandi junub ini. Apakah hikmah dan rahsia mandi wajib ini?

Mandi wajib adalah mandi yang perlu dilakukan oleh seseorang Muslim untuk membersihkan dirinya daripada hadas besar dan melibatkan perbuatan mandi dengan membasahi seluruh anggota badan. Hukum mandi wajib ataupun mandi junub adalah wajib ke atas orang Muslim untuk membersihkan dirinya daripada hadas besar.

Hikmah Di Sebalik Mandi Wajib

Adalah banyak diketahui oleh pakar sains bahawa di bawah kulit manusia terdapat banyak mikroorganisma yang hidup komensal. Mikroorganisma ini akan keluar dan berada di hujung rambut dan bulu roma setiap kali manusia berpeluh atau selepas melakukan hubungan kelamin dengan isteri @ suami. Sudah tentulah badan akan menjadi kotor dan organisma ini akan mudah berjangkit kepada orang lain apabila ia keluar dan berurusan tanpa mandi junub.

Bakteria ini jika sekiranya mempunyai peluang untuk menguasai badan kita ketika daya tahan badan manusia menjadi lemah akan mengambil kesempatan dan akan menjadi parasit dan boleh menyebabkan jangkitan di tubuh badan kita. Itulah sebabnya Islam menetapkan mandi junub sebagai cara pembersihan diri dan tubuh badan daripada tercemar daripada bakteria tadi. Keluar berjual-beli, makan, minum, berhubungan dan berinteraksi dengan orang lain dalam keadaan berjunub adalah makruh. Allah Yang Maha Mengetahui tentang makhluk yang diciptakannya ini telah menetapkan bahawa manusia mesti mandi wajib selepas setiap kali datang haid nifas dan bersetubuh.

Ia adalah bagi tujuan pembersihan dan penyucian diri. Apabila bakteria tadi terkena atau dikenakan padanya air yang dapat menghilangkanya dari badan, ia akan mati dan tidak dapat menjangkiti orang lain. Maka terselamatlah manusia daripada jangkitan dan wabak penyakit sekaligus dan meneruskan hidup dalam keadaan bersih dan sihat.

Tayammum Pengganti Mandi Wajib

Kenapakah tayammum dapat menggantikan mandi junub dan wudu’ ( dua jenis penyucian diri dalam Islam ) dalam keadaan air di tempat yang kering-kontang? Bakteria apabila terkena air akan mati disebabkan tekanan osmosis di dalam badannya sehingga air boleh menyerap masuk ke dalam badan dan akhirnya ia mati kerana mengalami overhydration. Begitu juga halnya apabila bakteria tadi didedahkan kepada keadaan yang terlalu kering dan kontang seperti apabila dikenakan padanya debu. Ia akan mati setelah air badannya keluar kerana tekanan osmosis lebih rendah daripada tekanan osmosis di luar badan menyebabkanya mati kerana air badan keluar dan kerana kekontangan fisiologi badan. – Oleh: Dr Jamnul Azhar Hj Mulkan

Mandi Wajib Mengikut Sunnah Rasulullah SAW

Segala amal ibadah yang hendak dilakukan sebaik-baiknya perlu mengikut jejak langkah Rasulullah SAW.
Al-Bukhari dan Muslim daripada Aisyah r.ha. meriwayatkan sebuah hadis mengenai cara Rasulullah SAW mandi dengan katanya yang bermaksud: “Apabila Nabi SAW mandi janabah, Baginda mulakan dengan membasuh kedua-dua tangannya.” (Hadis riwayat Muslim)

Menurut riwayat Muslim, “Kemudian Baginda mencurahkan air dengan tangan kanannya keatas tangan kirinya, lalu membasuh kemaluannya.”

Munurut hadis di sisi al-Bukhari yang diriwayatkan dripada Maimunah r.ha. “Rasulullah SAW apabila mandi jenabah, Baginda mulakan dengan membasuh kedua-dua tangannya. Kemudian Baginda menuang dengan tangan kanannya daripada tangan kirinya, lalu Baginda membasuh kemaluannya. Kemudian Baginda berwuduk sebagaimana wuduk sembahyang. Kemudian Baginda memasukkan jari-jarinya ke dalam air lalu menyelati dengannya pangkal-pangkal rambutnya. Kemudian Baginda mencurahkan air di atas kepala sebanyak tiga cebok tangannya ke seluruh badannya. Kemudian Baginda mencuci kedua-dua kakinya“ (Riwayat Muslim). Wallahualam.

-sumber dari hasnulhadiahmad.com

31 Januari, 2012

Salam Maulidur Rasul 1433H

SALAM MAULIDUR RASUL 1433H
Mudah-mudahan para pembaca yang budiman termasuk dari Golongan "IKHWAN" yang mana Baginda Amat Mengasihi golongan ini. Mereka tidak Pernah melihat Rasulullah tetapi MERAKA Yakin dan BERIMAN dengan Ajaran baginda.

Saya menyeru kepada sidang pembaca agar perbanyakkanlah selawat kepada baginda kerana Allah dan para malaikat berselawat kepda baginda,tanpa baginda siapalah kita.

Berkata YM guruku ; Allah tidak mempunyai isteri,anak,tidak beranak dan tidak diperanakkan,,Allah hanya mempunyai KEKASIH iaitu Muhammad Sollahualaihiwasallam,cara kita Kasih kepada baginda adalah kita perbanyakkan berselawat kepada beliau. Insya Allah mudah-mudahan kita diberkati oleh Nya.

Salam 1 Suara 1 hati,Takaful For U & Me

13 Januari, 2012

Tahniah Takaful Great Eastern

Tahniah Great Eastern kerana memenangi  memenangi anguerah Best New Takaful Operator 2011. Ingin mengetahui kehebatan Great Eastern Takaful, call saya di talian 014-8127721

09 Januari, 2012

Dosa Hutang

 
ISLAM membenar, malah mengharuskan seseorang itu berhutang ketika berdepan dengan kesusahan dan kesempitan hidup yang membabitkan masalah kewangan.


Pada masa sama, Islam memberi galakan kepada umatnya agar memberi bantuan dan pertolongan kepada mereka yang memerlukan dalam pelbagai bentuk seperti pinjaman secara hutang bagi meringankan beban yang ditanggung oleh mereka, lebih-lebih lagi dalam hal keperluan asasi.
Firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya orang lelaki yang bersedekah dan orang perempuan yang bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah (semata-mata untuk mendapatkan pahala) dengan pinjaman yang baik (ikhlas) akan digandakan balasannya dan mereka pula akan beroleh pahala yang mulia.” (Surah al-Hadid, ayat 18)
Firman Allah bermaksud: “Dan bertolong-tolonglah kamu pada jalan kebaikan dan ketakwaan dan janganlah bertolong-tolong pada perkara dosa dan permusuhan.” (Surah al-Maidah, ayat 2)
Namun, Islam begitu teliti dan memandang berat dalam soal memberi, menerima dan membayar semula hutang kerana ia membabitkan hubungan sesama manusia ketika hidup di dunia ini hingga ke akhirat kelak.
Mengapakah anda berhutang?
Ada banyak faktor yang menyebabkan seseorang itu terjebak dalam hutang antaranya ialah:
1 ) ingin memenuhi kehendak dan tuntutan hawa nafsu untuk memiliki sesuatu yang tidak mampu ditunaikan kecuali dengan berhutang.
2) Pengaruh daripada sahabat handai atau jiran tetangga yang sering memberi galakan untuk berhutang. Lantaran itu dia berbuat demikian, walaupun pada hakikat dirinya itu tidak memerlukan, tetapi hanya untuk berbangga dengan apa yang dimilikinya.
3) Sikap tidak berasa puas dan cukup dengan apa yang dimiliki dan sanggup berhutang demi memenuhi kehendak dan hajatnya tanpa memikirkan akibat yang mendatang.
4 )Kemudahan pinjaman yang disediakan oleh beberapa pihak tertentu seperti institusi kewangan dan perbankan bagi menggalakkan lagi amalan berhutang.
5)  Berkehendakkan sesuatu benda yang membabitkan kebendaan dengan cepat dan segera walaupun hakikatnya dia tidak mampu berbuat demikian.
Dalam hal ini jika perkara yang hendak dimiliki itu adalah keperluan asasi (dharuriat) seperti makanan, minuman, tempat tinggal, pakaian dan pelajaran, maka Islam membenarkan berhutang sebagaimana dalam sebuah hadis bermaksud: “Daripada Abu Hurairah berkata seseorang: Ya Rasulullah, pekerjaan apakah yang paling baik? Baginda bersabda Memasukkan kepada saudara kamu kegembiraan atau melunaskan hutangnya atau memberi roti (makanan) kepadanya.”
Jika perkara yang ingin dimiliki itu bukan perkara asasi atau penting dalam kehidupan seseorang itu, maka tidak perlulah dia berhutang. Ini kerana hanya akan menambahkan bebanan, lebih-lebih lagi jika membabitkan institusi kewangan dan perbankan yang mengamalkan sistem riba.
Kesan amalan berhutang.
l Penyakit berhutang ini jika diamalkan akan menjadi satu budaya dalam kehidupan manusia yang boleh mendatangkan kesan negatif kepada pemiutang seperti muflis. Ini disebabkan bebanan hutang yang tinggi serta gagal melunaskan hutangnya.
l Jiwa orang yang berhutang tidak akan tenteram dan aman, hidupnya dalam resah gelisah kerana dihantui bebanan dan tuntutan hutang yang tinggi.
l Seseorang yang terbeban dengan hutang akan memungkinkan dia melakukan pelbagai perkara yang dilarang oleh syarak seperti mencuri dan menjual maruah diri semata-mata untuk melunaskan hutangnya.
l Orang yang berhutang akan terikat hidupnya di dunia dan akan tergantung amalan dan rohnya selepas meninggal dunia hingga segala hutang piutangnya dilunaskan ketika hidup.
Sabda Rasulullah: “Jiwa orang mukmin akan tergantung dengan hutangnya (iaitu tidak dihukum selamat atau celaka) hingga dia menjelaskan hutangnya.”
Rasulullah pernah berwasiat kepada sahabat Baginda agar mengurangkan hutang seperti sabdanya : “Kurangkanlah dirimu daripada melakukan dosa, maka akan mudahlah bagimu ketika hendak mati. Kurangkanlah daripada berhutang nescaya kamu akan hidup bebas.”
l Amalan berhutang bukan saja membabitkan kehidupan dunia semata-mata, bahkan berpanjangan hingga ke hari akhirat.
Sabda Rasulullah: “Sesungguhnya sebesar-besar dosa di sisi Allah ketika seseorang hamba itu berjumpa dengan Allah nanti selepas dosa besar lain yang ditegah ialah seseorang lelaki yang berjumpa dengan Allah pada hari hisab dengan mempunyai hutang yang belum dijelaskan lagi.”
l Mereka yang berhutang walau sebanyak manapun amalan kebaikan yang dilakukan, ia tidak akan selamat di dunia dan akhirat, sekalipun dia mati syahid.
Sabda Rasulullah bermaksud: “Semua dosa orang yang mati syahid diampuni kecuali hutangnya.” (Hadis riwayat Bukhari, Tarmizi, An-Nasai’ dan Ibn. Majah)
Rasulullah sendiri tidak akan menyembahyangkan jenazah orang yang masih mempunyai hutang. Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Saidina Ali bahawa apabila didatangkan kepada Rasulullah satu jenazah, Baginda tidak akan bertanya mengenai amalan si mati, tetapi bertanya apakah si mati mempunyai hutang atau tidak. Jika si mati mempunyai hutang, Rasulullah menyuruh sahabatnya menyembahyangkan jenazah itu atau Baginda meminta sesiapa yang sanggup menaggung hutang si mati. Jika tiada, maka hutang itu akan diserah atau ditanggung oleh pihak Baitulmal. – Petikan buku Budaya Berhutang: Amalan Dan Akibatnya.

 terbitan Jabatan Agama Islam Selangor

04 Januari, 2012

TAUBAT

Taubat Nabi Adam a.s.

Diriwayatkan dari Hasan, ia berkata bahawa ketika Allah menerima taubat Nabi Adam a.s., para malaikat mengucapkan selamat kepadanya dan Jibril serta Mikail a.s. turun kepadanya seraya berkata, "Wahai Adam, tenanglah hatimu sebab Allah Taala telah menerima taubatmu."
Jawab Nabi Adam a.s., "Hai Jibril, jika sesudah taubat ini ada pertanyaan, maka di mana sebenarnya maqam (kedudukan) aku?"

Allah pun menurunkan wahyu kepada Nabi Adam a.s., "Hai Adam, Kuwariskan kepada keturunanmu jerih-payah dan upah, dan Kuwariskan taubat kepada mereka. Barangsiapa di antara mereka berdoa kepada-Ku, pasti Kukabulkan sebagaimana Aku mengkabulkan engkau, dan barangsiapa memohon ampunan-Ku, Aku tidak berlaku kikir ke atasnya. Sebab Aku dekat, dan pengampun dosa. Hai Adam, orang-orang yang bertaubat akan dibangkitkan dari kuburnya dalam keadaan suka ria dan tersenyum simpul di mana doa permohonan mereka dikabulkan."

Tuhan Maha Penerima Taubat

Diriwayatkan bahawa di kalangan Bani Israil ada seorang pemuda yang beribadat kepada Allah selama 20 tahun dan membuat maksiat kepada-Nya selama 20 tahun pula. Suatu hari dia melihat wajahnya di cermin, dan nampaklah janggutnya yang beruban. Dia merasakan dirinya telah tua dan sudah tentu telah dekat dengan kematian.

Keadaan itu menyebabkan hatinya merana, lalu mengeluh, "Hai Tuhanku, aku telah taat kepada-Mu selama 20 tahun, kemudian maksiat kepada-Mu selama 20 tahun pula. Andaikata aku kembali kepada-Mu, sudikah Engkau menerima-Ku?"
Kemudian dia mendengar suatu suara berkata, "Engkau telah mencintai-Ku, maka Aku pun mencintaimu. Engkau telah meninggalkan-Ku, maka Aku pun meninggalkanmu. Dan engkau telah maksiat kepada-Ku, maka engkau Kuberi waktu. Jikalau engkau kembali kepada-Ku, Aku terimalah engkau."

Pintu Taubat Sentiasa Terbuka

Seorang lelaki telah bertanya kepada Ibnu Mas`ud tentang seorang yang berdosa tapi menyesalinya, apakah bagi orang itu ada hak taubat. Ibnu Mas`ud berpaling daripadanya, kemudian menghadapnya semula dengan kedua matanya bercucuran air mata, lalu menjawab, "Sesungguhnya Syurga itu mempunyai lapan pintu yang seluruhnya kadang kala terbuka dan kadang kala terkunci, kecuali pintu taubat. Pada pintu ini ada malaikat yang diserahi tugas agar jangan menguncinya. Bertaubatlah, jangan berputus asa!"
Taubat Dengan Menebus Dosa

Pada umat sebelum Rasulullah SAW, ada seorang lelaki yang telah membunuh 99 orang. Suatu hari dia menanyakan tentang orang yang paling alim di dunia ini, lalu ditunjukkan kepadanya seorang rahib. Lelaki itu pergi berjumpa sang rahib dan mengatakan bahawa dirinya telah membunuh 99 orang, apakah masih berhak untuk taubat. Rahib itu mengatakan tidak. Lalu dibunuhnya sekali rahib tersebut dan dengan itu cukuplah seratus orang. Kemudian ia bertanya lagi siapa yang paling alim di dunia ini. Ditunjukkanlah kepadanya salah seorang alim, lalu ia pun mengaku kepada orang alim itu yang ia telah membunuh seratus orang, apakah ia boleh bertaubat.

Jawab orang alim itu, "Ya. Siapa yang dapat menghalang kamu daripada bertaubat? Pergilah ke kampung sekian, sekian. Di sana, orang-orangnya memuja Allah Taala. Menujulah kepada Allah bersama-sama mereka dan jangan kembali ke kampungmu. Sebab kampungmu adalah tanah jahat."
Di pertengahan jalan, lelaki itu telah meninggal dunia. Maka berselisihlah malaikat rahmat dan malaikat azab tentang siapa yang berhak menguruskannya.

Malaikat rahmat berkata, " Di hatinya telah ada taubat kepada Allah."

Malaikat azab pula berkata, "Dia belum berbuat kebaikan sama sekali."

Kemudian, Allah mendatangkan malaikat lain dalam rupa manusia biasa untuk memutuskan perkara itu. Jarak di antara lelaki itu dengan kedua buah kampung pun diukur. Ternyata ia lebih dekat dengan kampung yang sedang ditujuinya dengan kadar satu jengkal. Akhirnya ia pun diuruskan oleh malaikat rahmat. Oleh itu, jelaslah bahawa tidak ada keselamatan kecuali dengan lebih beratnya timbangan kebaikan walaupun hanya seberat satu atom. Kerana itu wajib bagi orang yang bertaubat untuk memperbanyakkan kebaikan bagi menebus dosa-dosanya.

03 Januari, 2012

Belajar Memahami Kaum Adam



Salam perjuangan untuk mencapai redha Ilahi, yang matlamat hidupku adalah membuat sesuatu perkara untuk mendapat Redha Ilahi. Di sini ingin saya berkongsi dengan anda semua mengenai lelaki. Mudah-mudahan usaha kecil ini akan menjadi saham saya di akhirat nanti. Jom mai kita berhenti sekejap menyingkap sedikit rahsia mengenai orang lelaki ni.

1.  Jika anda semua ingin disayangi sepenuh hati ( biasanya lelaki akan menyayagi sepenuh hati bila wanita mengahwininya  dan faham mengenai dirinya) maka, anda para wanita perlulah jangan bongkar Rahsia diri anda sendiri. Usah bagitahu si dia bahawa anda ramai peminat atau ramai kawan-kawan lelaki. kalu saya pun cemburu jugak ni. Tapi Alhamdulillah sudah dapat teman perkongsian hidup saya iaitu isteri saya.
         Lebihkan berbicara tentang masa depan dan dia adalah satu-satunya lelaki yang bertahta di hati anda. Tolong jangan cube membandingkan lelaki lain dihadapannya. So, ciba amalkan yea.pastikan Suami/tunang anda suka kannya.
2.   Jika anda berbicara pasal ibunya,janganlah cube menghina ibunya, orang lelaki ni pantang jika ibunya dihina,,waaupun lelaki ni sangat Jahat dia akan sensitif bila berbicara pasal ibunya.
3. Orang lelaki ni tidak suka sama sekali jika dipersalahkan meskipun dia bersalah. sebagai contoh anda ingin ke K.Lumpur dan suami anda memandu tiba-tiba beliau mengambil jalan short-cut tiba-tiba tersesat nak pi KL dari 6 jam jadi 12 jam. lalu anda asyik salahkan suami anda dan menceritakan kepada orang lain. Sebenarnya anda isteri mencari naas dengan nya.
4. Sokonglah dan tenangkan suami anda dikala beliau mengeluh, mengadu masalah, terlalu tertekan dengan kerjanya..jangan biarkan diri  anda bersikap negatif dikala beliau mengalami masalah..ingatlah para isteri dan wanita ,,SYURGa di bawah tapak kaki suamimu.. dikau adalah sayap kanan kejayaan suamimu,,
5. Secara jujurnya kecantikan bukanlah syarat bagi lelaki untuk jatuh hati terhadap seseorang wanita. Buktinya ramai pasangan yang tidak bahagia boleh kita lihat di mana-mana. para suami dan wanita,, Kecantikan hanya sementara je,,tak salah nak cari yang cantik yang Penting Beragama...dapat semua sifat-sifat yang nabi baitahu pun ok jugak tu..Orang lelaki ni pentinglkan sifat kewanitaan sejati yang anda miliki. Lelaki yang terlalu pentingkan rupa sebenarnya tidak jujur. Hindarilah lelaki seperti ini.jadi tidak timbul masalah sama ada anda cantik ataupun tidak. Sebuah kereta kalau boleh bergerak terlalu lancar tanpa sebarang masalah sama nilainya dengan kereta mewah atas maksud yang sama.
6. Jika anda rasa tertarik dengannya, berilah hint kepadanya. jangan berlagak langsung tak  ada apa-apa. Lelaki juga penuh dengan sifat malu dan kurang yakin. Bukan semua lelaki berani apabila pertama kali meluahkan perasaan kepada wanita apabila pertama kali bersua.

Pesanan saya buat kaum wanita


 Usah terlalu mudah untuk didampingi tetapi asah terlalu susah pula untuk didekati. Berada dan berkelakuan dalam keadaan -keadaan yang betul, selalunya memberi hasil yang betul.Kecemerlangan hidup kita banyak bergantung pada pasangan yang betul.
Maka, Binalah hubungan untuk matlamat yang jelas, iaitu PERKAHWINAN dan jadikan perkahwinan JAMBATAN menuju REDHA ILAHI