17 Disember, 2009

Syukur PadaMu Ya Allah ( 2 )

Majlis Aqiqah dan membelah mulut @ Tahnik Nik Amanina oleh Abe Ya

( Anak Murid Allahyarham Tuan Guru Hj Abdullah Pondok Lubuk Tapah)

Sewaktu di Wad 12


- Suasana agak tegang dengan tangisan bayi-bayi yang baru lahir. Anak saya merupakan juara dalam pertandingan tersebut. Saya menjadi kaku tidak tahu apa yang perlu saya lakukan apabila amanina menangis begitu kuat sekali. Setelah selesai jururawat memandikan anak saya saya pun memegang amanina dan melaungkan azan dan iqamah. Teryata amanina diam seketika. Badan saya gementar untuk melaungkan azan kerana pertama kali bergelar seorang BABA kepada anak perempuan kami.Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.


- setelah jam 11 malam amanina tidak terhenti2 menangis sampaikan saya dan isteri tidak tahu berbuat apa-apa. Umminya telah menyusukan beliau namun setelah kenyang masih lagi menangis. Kami memeriksa perut dikhuatiri kembung perut, didapati tiada apa-apa berlaku. Di saat bayi-bayi lain sedang tidur.. amanina terus menangis. Saya dan isteri kaku dan terpaksa memangil jururawat bertugas untuk memeriksa bayi kami. Alhamdulillah amanina diam seketika apabila beliau dipangku oleh " nurse". Pada malam pertama di wad, saya terpaksa belajar menukar lampin bayi dan membersihkan najis dan sebagainya. Mula-mula rasa payahnya,,namun saya kuatkan semangat untuk memperlajari nya. Isteri saya masih lemah untuk memegang bayi bahkan untuk menukar lampin bayi pun tidak boleh. Sayalah yang terpaksa melakukan semuanya. Alhamdulillah Allah bagi kekuatan pada saya.
- Pada keesokkam harinya saya bergegas ke Jaafar Rawas untuk membeli Air zam-zam untuk dimandi dan disuapkan kepada bayi saya. Khasiat air zam zam hanya Allah yang tahu. Apabila Amanina menangis, saya menyuapkan air zam zam dan menyapu air tersebut di ubun-ubunnya.
-
- Pada waktu malam hanya penjaga perempuan sahaja dibenarkan masuk. tapi saya terpaksa meredah masuk kerana fikirkan bayi saya yang sedang menangis. Terpaksalah saya dan isteri bergilir meredakan tangisan amanina. Beratnya hati apabila di saat bayi lain sedang tidur bayi kami menangis. Walau bagaimanapun saya sentiasa memberi motivasi dan positif dengan keadaan.
- Pada hari ketiga Dr Kanak- kanak memeriksa bayi saya dan didapati mempunyai kesan penyakit kuning yang tidak serius. Amanina di tahan di Wad 2 bagi bayi yang kena kuning selama 10 jam. Alhamdulillah keesokkan harinya tanda tanda tersebut semakin hilang.
Syukur padamu Ya Allah segala ujian mu memberi rahmat kepada ku dan isteri. Mudah-mudahan dengan Pemberian anak mendekatkan lagi hati kami kepadamu Ya Allah

16 Disember, 2009

Syukur Padamu Ya Allah


Nik Amanina Al- Hawari


Alhamdulillah Syukur tidak terhingga pada Allah yang Maha Esa kerana memberi keselamatan dan kesejahteraan kepada isteri saya melahirkan anak pertama kami pada 06 Disember yang lalu.




Di saat kelahiran Puteriku

Pada 03 Disember yang lalu saya bergegas ke pejabat bos saya untuk memohon cuti gantian selama 3 hari untuk membuat persiapan menyambut anak pertama saya. Alhamdulillah cuti diluluskan dan saya bergegas ke stesen bas putra untuk balik ke kelantan dengan kadar segera. Setelah sampai di Pasir Mas isteri saya menelefon saya bahawa beliau sakit perut,namum saya memberitahunya supaya bersabar kerana saya sedang menunggu "prebet sapu " untuk balik ke rumah mertua saya.Setelah bersalaman dengan kedua dua mertua, saya dan abang ipar saya bergegas ke Hospital Sultanah Zainab 2 untuk membawa isteri ke dewan bersalin dengan kadar segera. Setelah diperiksa, jururawat yang bertugas memberitahu saya bahwa isteri saya terpaksa di tahan di dalam wad untuk penjagaan rapi.


Semasa Berurusan di Wad 24

Setelah selesai pendaftaran, saya bergegas ke wad 24 HSZ2 untuk melihat keadaan isteri saya dan alangkah terkejutnya saya apabila mendapati isteri saya hanya dibekalkan katil tambahan sahaja. Perasaan dan emosi saya mula terganggu disebabkan layanan sedemikian.Di dalam otak saya memikirkan kenapa layanan di hospital Ampang lebih elok dari HSZ2. Setelah menunggu beberapa jam barulah isteri saya dimasukkan ke wad 12 bagi kakitangan kerajaan. Alhamdulillah.
Ketika di bilik Bersalin
PAda jam 10.00pg isteri saya dimasukkan ke bilik bersalin kerana saluran peranakan mula terbuka 4cm. Saya dibenarkan masuk bersama isteri saya. Suasana agak pilu apabila saya melihat isteri saya mengadu sakit. Saya meminta beliau selawat dan beristighfar banyak- banyak. Setelah tiba solat asar saya meminta mertua saya menggantikan tempat saya dan berharap agar isteri saya cepat bersalin. Setelah solat asar Dr Pakar memanggil saya meminta isteri saya dibedah dengan segera kerana jantung bayi saya agak lemah. Saya dan isteri terpaksa akur dengan saranan Doktor.
Alhamdulillah tepat jam 7.10 malam bayi saya selamat dilahirkan secara pembedahan.. Syukur padamu Ya Allah.
Di Wad 12 pertama kali menyambut anak saya sendiri.......bersambung

02 Disember, 2009

Urusan Kaunter & Layanan Staff Bank Rakyat Lemah



Salam ceria dan motivasi untuk anda semua. Sudah lama saya tidak menulis dalam blog saya, namun alhamdulillah Allah masih lagi memberi kekuatan kepada saya untuk bangkit untuk berkongsi kepada rakan-rakan yang setia bersama saya.



Bank Rakyat ( BR )



saya tidak nafikan pada awalnya penubuhan Bank Rakyat semua perkidmatan yang disediakan amat memuaskan, namun apabila saya berkunjung ke sebuah Bank Rakyat sekitar Kuala Lumpur amat mengecewakan saya. Sebagai Contoh semasa saya bertanya mengenai maklumat pinjaman saya penjaga kaunter memberitahu " en kena isi borang dan prosess dalam masa 7 hari, kata brother yang menjaga kaunter sambil muka yang masam tanya senyuman. Selepas 7 hari yang berlalu saya menelefon dari pejabat mengenai status dan kakitangan perempuan BR menyatakan sudah siap dan boleh datang ambil di BR berkenaan. Saya pun bergegas ke BR tersebut dan mengambil nombor untuk menunggu giliran saya. Setibanya saya di kaunter tersebut saya dimaklumkan bahawa maklumat tersebut dalam proses kelulusan. Saya pun memaklumkan kepada beliau saya telah menelefon dari pejabat saya dan kakitangan yang menjawab telefon menyatakan bahawa penyata pinjaman saya sudah siap. Hampir 15 minit saya menunggu barulah saya dibenarkan berjumpa dengan pegawai kanan bahagian pembayaran. Pengurus tersebut bertanya kenapa nak berpindah ke Bank Lain. saya menjawab BR layanan tak mesra dan rate tinggi. Dia pun berkata LAYANAN TAK PENTING,,yang penting kadar rendah..heh,,apalah nak jadi dengan BR.Layanan lah paling penting barulah pelanggan tertarik dengan BR kamu.

Cadangan Saya
Saya berharap agar sesiapa yang membaca tulisan ini terutama kakitangan BR agar muhasabah balik sejajar dengan konsep BR 100% ISLAMIC, BUKN sekadar sistem sahaja ISLAM tapi kakitangan perlu juga diterap nilai ISLAM. Samalah saya menungur kakitangan Jabatan Agama Islam Negeri Kelantan, saya berkata " jangan sampai kamu yang merosakkan nama baik kerajaan negeri kelantan, Tok Guru Puas dok Royak ( beritahu) kerja Kena ITQAN ( Konsisten ), Ubudiyyah ( Rasa kita ni Hamba Allah dan Allah duk perhati kita dan Masuliyyah ( rasa tanggungjawab). Ingatlah Islam BUKAN sekadar sebutan di mulut sahaja tapi penghayatan perlu diutamakan. Salam menuju redha Allah

abuzaid alhawari
Ampang