Memaparkan catatan dengan label luahan hati. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label luahan hati. Papar semua catatan

04 Januari, 2012

TAUBAT

Taubat Nabi Adam a.s.

Diriwayatkan dari Hasan, ia berkata bahawa ketika Allah menerima taubat Nabi Adam a.s., para malaikat mengucapkan selamat kepadanya dan Jibril serta Mikail a.s. turun kepadanya seraya berkata, "Wahai Adam, tenanglah hatimu sebab Allah Taala telah menerima taubatmu."
Jawab Nabi Adam a.s., "Hai Jibril, jika sesudah taubat ini ada pertanyaan, maka di mana sebenarnya maqam (kedudukan) aku?"

Allah pun menurunkan wahyu kepada Nabi Adam a.s., "Hai Adam, Kuwariskan kepada keturunanmu jerih-payah dan upah, dan Kuwariskan taubat kepada mereka. Barangsiapa di antara mereka berdoa kepada-Ku, pasti Kukabulkan sebagaimana Aku mengkabulkan engkau, dan barangsiapa memohon ampunan-Ku, Aku tidak berlaku kikir ke atasnya. Sebab Aku dekat, dan pengampun dosa. Hai Adam, orang-orang yang bertaubat akan dibangkitkan dari kuburnya dalam keadaan suka ria dan tersenyum simpul di mana doa permohonan mereka dikabulkan."

Tuhan Maha Penerima Taubat

Diriwayatkan bahawa di kalangan Bani Israil ada seorang pemuda yang beribadat kepada Allah selama 20 tahun dan membuat maksiat kepada-Nya selama 20 tahun pula. Suatu hari dia melihat wajahnya di cermin, dan nampaklah janggutnya yang beruban. Dia merasakan dirinya telah tua dan sudah tentu telah dekat dengan kematian.

Keadaan itu menyebabkan hatinya merana, lalu mengeluh, "Hai Tuhanku, aku telah taat kepada-Mu selama 20 tahun, kemudian maksiat kepada-Mu selama 20 tahun pula. Andaikata aku kembali kepada-Mu, sudikah Engkau menerima-Ku?"
Kemudian dia mendengar suatu suara berkata, "Engkau telah mencintai-Ku, maka Aku pun mencintaimu. Engkau telah meninggalkan-Ku, maka Aku pun meninggalkanmu. Dan engkau telah maksiat kepada-Ku, maka engkau Kuberi waktu. Jikalau engkau kembali kepada-Ku, Aku terimalah engkau."

Pintu Taubat Sentiasa Terbuka

Seorang lelaki telah bertanya kepada Ibnu Mas`ud tentang seorang yang berdosa tapi menyesalinya, apakah bagi orang itu ada hak taubat. Ibnu Mas`ud berpaling daripadanya, kemudian menghadapnya semula dengan kedua matanya bercucuran air mata, lalu menjawab, "Sesungguhnya Syurga itu mempunyai lapan pintu yang seluruhnya kadang kala terbuka dan kadang kala terkunci, kecuali pintu taubat. Pada pintu ini ada malaikat yang diserahi tugas agar jangan menguncinya. Bertaubatlah, jangan berputus asa!"
Taubat Dengan Menebus Dosa

Pada umat sebelum Rasulullah SAW, ada seorang lelaki yang telah membunuh 99 orang. Suatu hari dia menanyakan tentang orang yang paling alim di dunia ini, lalu ditunjukkan kepadanya seorang rahib. Lelaki itu pergi berjumpa sang rahib dan mengatakan bahawa dirinya telah membunuh 99 orang, apakah masih berhak untuk taubat. Rahib itu mengatakan tidak. Lalu dibunuhnya sekali rahib tersebut dan dengan itu cukuplah seratus orang. Kemudian ia bertanya lagi siapa yang paling alim di dunia ini. Ditunjukkanlah kepadanya salah seorang alim, lalu ia pun mengaku kepada orang alim itu yang ia telah membunuh seratus orang, apakah ia boleh bertaubat.

Jawab orang alim itu, "Ya. Siapa yang dapat menghalang kamu daripada bertaubat? Pergilah ke kampung sekian, sekian. Di sana, orang-orangnya memuja Allah Taala. Menujulah kepada Allah bersama-sama mereka dan jangan kembali ke kampungmu. Sebab kampungmu adalah tanah jahat."
Di pertengahan jalan, lelaki itu telah meninggal dunia. Maka berselisihlah malaikat rahmat dan malaikat azab tentang siapa yang berhak menguruskannya.

Malaikat rahmat berkata, " Di hatinya telah ada taubat kepada Allah."

Malaikat azab pula berkata, "Dia belum berbuat kebaikan sama sekali."

Kemudian, Allah mendatangkan malaikat lain dalam rupa manusia biasa untuk memutuskan perkara itu. Jarak di antara lelaki itu dengan kedua buah kampung pun diukur. Ternyata ia lebih dekat dengan kampung yang sedang ditujuinya dengan kadar satu jengkal. Akhirnya ia pun diuruskan oleh malaikat rahmat. Oleh itu, jelaslah bahawa tidak ada keselamatan kecuali dengan lebih beratnya timbangan kebaikan walaupun hanya seberat satu atom. Kerana itu wajib bagi orang yang bertaubat untuk memperbanyakkan kebaikan bagi menebus dosa-dosanya.

17 Disember, 2009

Syukur PadaMu Ya Allah ( 2 )

Majlis Aqiqah dan membelah mulut @ Tahnik Nik Amanina oleh Abe Ya

( Anak Murid Allahyarham Tuan Guru Hj Abdullah Pondok Lubuk Tapah)

Sewaktu di Wad 12


- Suasana agak tegang dengan tangisan bayi-bayi yang baru lahir. Anak saya merupakan juara dalam pertandingan tersebut. Saya menjadi kaku tidak tahu apa yang perlu saya lakukan apabila amanina menangis begitu kuat sekali. Setelah selesai jururawat memandikan anak saya saya pun memegang amanina dan melaungkan azan dan iqamah. Teryata amanina diam seketika. Badan saya gementar untuk melaungkan azan kerana pertama kali bergelar seorang BABA kepada anak perempuan kami.Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.


- setelah jam 11 malam amanina tidak terhenti2 menangis sampaikan saya dan isteri tidak tahu berbuat apa-apa. Umminya telah menyusukan beliau namun setelah kenyang masih lagi menangis. Kami memeriksa perut dikhuatiri kembung perut, didapati tiada apa-apa berlaku. Di saat bayi-bayi lain sedang tidur.. amanina terus menangis. Saya dan isteri kaku dan terpaksa memangil jururawat bertugas untuk memeriksa bayi kami. Alhamdulillah amanina diam seketika apabila beliau dipangku oleh " nurse". Pada malam pertama di wad, saya terpaksa belajar menukar lampin bayi dan membersihkan najis dan sebagainya. Mula-mula rasa payahnya,,namun saya kuatkan semangat untuk memperlajari nya. Isteri saya masih lemah untuk memegang bayi bahkan untuk menukar lampin bayi pun tidak boleh. Sayalah yang terpaksa melakukan semuanya. Alhamdulillah Allah bagi kekuatan pada saya.
- Pada keesokkam harinya saya bergegas ke Jaafar Rawas untuk membeli Air zam-zam untuk dimandi dan disuapkan kepada bayi saya. Khasiat air zam zam hanya Allah yang tahu. Apabila Amanina menangis, saya menyuapkan air zam zam dan menyapu air tersebut di ubun-ubunnya.
-
- Pada waktu malam hanya penjaga perempuan sahaja dibenarkan masuk. tapi saya terpaksa meredah masuk kerana fikirkan bayi saya yang sedang menangis. Terpaksalah saya dan isteri bergilir meredakan tangisan amanina. Beratnya hati apabila di saat bayi lain sedang tidur bayi kami menangis. Walau bagaimanapun saya sentiasa memberi motivasi dan positif dengan keadaan.
- Pada hari ketiga Dr Kanak- kanak memeriksa bayi saya dan didapati mempunyai kesan penyakit kuning yang tidak serius. Amanina di tahan di Wad 2 bagi bayi yang kena kuning selama 10 jam. Alhamdulillah keesokkan harinya tanda tanda tersebut semakin hilang.
Syukur padamu Ya Allah segala ujian mu memberi rahmat kepada ku dan isteri. Mudah-mudahan dengan Pemberian anak mendekatkan lagi hati kami kepadamu Ya Allah

16 Disember, 2009

Syukur Padamu Ya Allah


Nik Amanina Al- Hawari


Alhamdulillah Syukur tidak terhingga pada Allah yang Maha Esa kerana memberi keselamatan dan kesejahteraan kepada isteri saya melahirkan anak pertama kami pada 06 Disember yang lalu.




Di saat kelahiran Puteriku

Pada 03 Disember yang lalu saya bergegas ke pejabat bos saya untuk memohon cuti gantian selama 3 hari untuk membuat persiapan menyambut anak pertama saya. Alhamdulillah cuti diluluskan dan saya bergegas ke stesen bas putra untuk balik ke kelantan dengan kadar segera. Setelah sampai di Pasir Mas isteri saya menelefon saya bahawa beliau sakit perut,namum saya memberitahunya supaya bersabar kerana saya sedang menunggu "prebet sapu " untuk balik ke rumah mertua saya.Setelah bersalaman dengan kedua dua mertua, saya dan abang ipar saya bergegas ke Hospital Sultanah Zainab 2 untuk membawa isteri ke dewan bersalin dengan kadar segera. Setelah diperiksa, jururawat yang bertugas memberitahu saya bahwa isteri saya terpaksa di tahan di dalam wad untuk penjagaan rapi.


Semasa Berurusan di Wad 24

Setelah selesai pendaftaran, saya bergegas ke wad 24 HSZ2 untuk melihat keadaan isteri saya dan alangkah terkejutnya saya apabila mendapati isteri saya hanya dibekalkan katil tambahan sahaja. Perasaan dan emosi saya mula terganggu disebabkan layanan sedemikian.Di dalam otak saya memikirkan kenapa layanan di hospital Ampang lebih elok dari HSZ2. Setelah menunggu beberapa jam barulah isteri saya dimasukkan ke wad 12 bagi kakitangan kerajaan. Alhamdulillah.
Ketika di bilik Bersalin
PAda jam 10.00pg isteri saya dimasukkan ke bilik bersalin kerana saluran peranakan mula terbuka 4cm. Saya dibenarkan masuk bersama isteri saya. Suasana agak pilu apabila saya melihat isteri saya mengadu sakit. Saya meminta beliau selawat dan beristighfar banyak- banyak. Setelah tiba solat asar saya meminta mertua saya menggantikan tempat saya dan berharap agar isteri saya cepat bersalin. Setelah solat asar Dr Pakar memanggil saya meminta isteri saya dibedah dengan segera kerana jantung bayi saya agak lemah. Saya dan isteri terpaksa akur dengan saranan Doktor.
Alhamdulillah tepat jam 7.10 malam bayi saya selamat dilahirkan secara pembedahan.. Syukur padamu Ya Allah.
Di Wad 12 pertama kali menyambut anak saya sendiri.......bersambung

02 Disember, 2009

Urusan Kaunter & Layanan Staff Bank Rakyat Lemah



Salam ceria dan motivasi untuk anda semua. Sudah lama saya tidak menulis dalam blog saya, namun alhamdulillah Allah masih lagi memberi kekuatan kepada saya untuk bangkit untuk berkongsi kepada rakan-rakan yang setia bersama saya.



Bank Rakyat ( BR )



saya tidak nafikan pada awalnya penubuhan Bank Rakyat semua perkidmatan yang disediakan amat memuaskan, namun apabila saya berkunjung ke sebuah Bank Rakyat sekitar Kuala Lumpur amat mengecewakan saya. Sebagai Contoh semasa saya bertanya mengenai maklumat pinjaman saya penjaga kaunter memberitahu " en kena isi borang dan prosess dalam masa 7 hari, kata brother yang menjaga kaunter sambil muka yang masam tanya senyuman. Selepas 7 hari yang berlalu saya menelefon dari pejabat mengenai status dan kakitangan perempuan BR menyatakan sudah siap dan boleh datang ambil di BR berkenaan. Saya pun bergegas ke BR tersebut dan mengambil nombor untuk menunggu giliran saya. Setibanya saya di kaunter tersebut saya dimaklumkan bahawa maklumat tersebut dalam proses kelulusan. Saya pun memaklumkan kepada beliau saya telah menelefon dari pejabat saya dan kakitangan yang menjawab telefon menyatakan bahawa penyata pinjaman saya sudah siap. Hampir 15 minit saya menunggu barulah saya dibenarkan berjumpa dengan pegawai kanan bahagian pembayaran. Pengurus tersebut bertanya kenapa nak berpindah ke Bank Lain. saya menjawab BR layanan tak mesra dan rate tinggi. Dia pun berkata LAYANAN TAK PENTING,,yang penting kadar rendah..heh,,apalah nak jadi dengan BR.Layanan lah paling penting barulah pelanggan tertarik dengan BR kamu.

Cadangan Saya
Saya berharap agar sesiapa yang membaca tulisan ini terutama kakitangan BR agar muhasabah balik sejajar dengan konsep BR 100% ISLAMIC, BUKN sekadar sistem sahaja ISLAM tapi kakitangan perlu juga diterap nilai ISLAM. Samalah saya menungur kakitangan Jabatan Agama Islam Negeri Kelantan, saya berkata " jangan sampai kamu yang merosakkan nama baik kerajaan negeri kelantan, Tok Guru Puas dok Royak ( beritahu) kerja Kena ITQAN ( Konsisten ), Ubudiyyah ( Rasa kita ni Hamba Allah dan Allah duk perhati kita dan Masuliyyah ( rasa tanggungjawab). Ingatlah Islam BUKAN sekadar sebutan di mulut sahaja tapi penghayatan perlu diutamakan. Salam menuju redha Allah

abuzaid alhawari
Ampang

23 Oktober, 2009

3 Hari di Hospital ampang




AlHamdulillah lega rasanya isteri kesayangan saya sudah keluar dari wad. Saya terpaksa balik awal untuk menguruskan isteri saya yang dimasukkan ke dalam wad 4D di Hospital Ampang, Selangor. Beliau dimasukkan ke dalam wad kerana baby kami kurang bergerak di dalam kandungan ke tahap paling minimum. Alhamdulillah...setelah dirawat dan dijaga oleh Doktor yang bertugas baby kembali aktif.

Kelam Kabut

Saya pada awalnya agak kelam kabut kerana isteri kena tahan di wad kerana mungkin pertama kali bertungkus lumus berulang alik dari tempat kerja ke Hospital Ampang. Kami pada awalnya beranggapan perkara biasa bila bayi dalam kandungan tidak aktif. Isteri saya tekun menanda pergerakan baby setiap hari di dalam kertas yang diberi oleh jururawat yang memeriksanya setiap minggu.

Setelah tiba di Klinik Kesihatan Ampang, isteri saya menuju ke bilik rawatan seperti biasa. apabila tiba di bilik rawatan untuk diperiksa maka, isteri saya diarah supaya segera ke Hospital Ampang untuk diperiksa oleh Dr sakit puan.Setelah diperiksa, Dr yang bertugas mengarahkan isteri saya supaya dimasukkan ke dalam wad untuk pemeriksaan rapi.

Hati saya geluh resah bila isteri saya menelefon saya yang menyatakan beliau kena tahan di dalam wad.

Nasihat saya kepada para ibu dan bakal bapa

1. Bersegeralah berjumpa Dr apabila isteri anda mengadu baby dalam kandungan beliau tidak aktif bergerak kerana kelewatan anda berbuat demikian akan menyebabkan baby dalam kandungan akan lemas

2. fahamilah cara menanda pergerakan baby. Bertanyalah kepada doktor yang merawat isteri anda. Mungkin nasihat Jururawat yang baru tidak tepat.
3. Sikap ingin tahu mengenai tanda-tanda bersalin amat digalakkan oleh para suami mengetahuinya.

11 Oktober, 2009

Selamat Menyambut Ulang Tahun Perkahwinan Pertama Buatmu Sayang

gambar kenangan 11 okt. 2008

Alhamdulillah segala pujian saya panjatkan pada Allah kerana telah dipanjangkan umur bersama isteri yang dicintai kerana rahmatNya.Namun 11 Oktober 2008 bersamaan 11 Syawal 1429 merupakan detik bersejarah bila sah menjadi seorang suami. Banyak ujian dan cabaran yang saya tempuhi semasa majlis kami dilaksanakan.




Sejarah yang tidak dapat dilupakan



Masih segar dalam ingatan saya, saya mengharungi air banjir samasa dalam perjalanan ke rumah isteri saya. Saya sepatutnya tiba di rumah isteri saya jam 2 ptg, tapi tiba-tiba Allah uji saya sekeluarga. Saya dan keluarga ( abah dan 3 orang adik saya) tiba di rumah isteri saya jam 8.00 malam. Walaupun sebak melihat isteri saya, namun saya kuatkan semangat untuk bertemu dengannya. Alhamdulillah banyak hikmah disebalik ujian yang menimpa kami.Saya bersyukur dan berterima kasih kepada jiran dan sahabat-sahabat saya kerana sanggup hadir mengiringi saya ke rumah pengantin perempuan.

Pengalaman Mengharungi Air Banjir

Saya terpaksa menaiki bot tentera sejauh 300 meter seterusnya menaiki teksi " kereta sewa" sehingga Kg Nibong dan perjalanan kami tersekat kerana arus deras. Kemudian saya dan abah saya terpaksa menahan " Pajero Pacuan Empat Roda" kerana hanya kenderaan berat sahaja yang boleh melalui jalan tersebut. Kami hanya ditumpangkan 5KM sahaja. Kami solat Asar berjamaah namun saya hanya mampu berdoa agar kami dipermudahkan segala..

Selepas solat Asar saya menahan beberapa kereta namun kami menemui kegagalan. Namun hampir 1 jam kami menunggu kenderaan namun tiada kenderaan yang ingin menumpangkan kami. Alhamdulillah selang beberapa minit ada sebuah kancil yang ingin menghantar saya dan abah serta adik-adik ke kediaman lama kami ke Pondok Lubuk Tapah. kami tiba di rumah jam 7.30 malam dan sebaik sahaja selepas solat rombongan saya bertolak ke Rumah pengantin perempuan. Sedih bercampur gembira saya dibuatnya,Namun kesyukuran pada Allah tetap saya panjatkan kerana diberi keizinan Allah sampai juga saya ke rumah isteri walaupun jam 8.30 malam. Inilah peristiwa yang bersejarah dalam hidup saya.

Buat Isteri ku tersayang..
Terima kasih buatmu kerana menerima daku seadanya

Syukur ku panjatkan padamu Ya Allah Engkau Izinkan kami bersatu hati mencari RedhaMU



Ya Allah bantulah daku dalam mendidik isteri dan zuriat-zuriatku yang bakal menyambung perjuangan ini.



ku pohon padaMu bantulah daku dalam menguruskan bahtera untuk menuju RedhaMu Ya Allah.



Sabda Nabi S.A.W : sebaik - baik isteri adalah jika kamu memandangnya membuat hatimu tenang, jika kamu perintah dia mentaatimu,dan jika kamu tinggal maka dia akan menjaga untukmu harta dan dirinya,



mudah mudahan dikau wahai isteriku termasuk dikalangan mereka yang dinaugi Arasyhnya di akhirat kelak.

Allahumma ina nas aluka Redhaka wal Jannah,,Ya Allah aku memohon RedhaMU dan SyurgaMu.
Ameen Ya Rabbal 'Alamin..

30 September, 2009

Buku Terbaru Ust Yahya Hj othman



Bergambar bersama Al Fadhil Ust yahya hj othman


Alhamdulillah saya bersyukur pada Allah kerana di beri kesempatan menzirahi guru saya iaitu Al Fadhil ust. Yahya Othman sehari sebelum sambutan Aidilfitri.Kehadiran saya dan sahabat-sahabat di sambut dengan begitu baik. Ust Yahya bersemangat bila berbicara bersama orang muda lebih-lebih lagi mereka yang selalu mengikuti usrah beliau.





TULISAN Terbaru






Sewaktu saya berkunjung ke rumah beliau kami dihidangkan dengan ilmu-ilmu yang bermanfaat untuk diamalkan dalam kehidupan seharian. Tulisan terbaru beliau ialah Wasiat rasulullah Kepda Sayyidina Ali Karramallahuwajhah.





Di antara saranan ust. Yahya :



  • Saudaraku : Ketahuilah Bahawa kitab kecil ini mengandungi nas Wasiat Rasulullah kepada Sayyidina Ali KarramaAllahuwajhah yang ditarbiyyah dari kecil lagi





  • Wasiat ini adalah bahan Tarbiyyah Nabawiyyah yang pertama khusus daripada Insan Khatamul Anbia' wal Mursalin kepada Insan yang khusus juga iaitu saidina Ali bin abi Talib : Sepupunya, menantunya , Ketua Panglima Perangnya dan Khalifahnya.





  • Dengarlah Pesanan rasulullah kepada Ali: Wahai Ali Ingatlah wasiatku ini, sepertimana aku ingatinya daripada Jibril daripada Tuhan Maha Suci segala NamaNya tiada tuhan SelainNya.
  • Saudaraku. Nah ! Saya pula sampaikan kepada saudara

Walaupun ada dikalangan anak usrah beliau mengkritik tulisan ini,dengan menyatakan wasiat ini adalah daripada Syiah.. Namun saya mengambilnya sebagai Ingatan serta Muhasabah Ust Yahya kepada saya serta sahabat- sahabat yang lain. Ingatlah saudaraku dalam dunia akhir zaman ini payah untuk kita mencari guru yang boleh mendidik rohani dan keperibadian kita untuk dekat dengan Allah.

Sejuk hati saya dapat berjumpa dengan beliau,Sebelum balik beliau memberitahu ada dua buah buku lagi akan keluar yang sedang dalam semakan, Di antaranya kepimpinan menurut Islam.

Di antara Wasiat dalam buku beliau :

Wasiat 63 : Tanda - tanda orang Soleh

" Bagi orang soleh ada tiga tanda.

1 ) sentiasa memperbaiki hubungan dengan Allah dengan amalan soleh

2) Sentiasa memperbaiki agamanya dengan beramal soleh

3 ) sentiasa redha kepada manusia apa yang dia redha untuk dirinya sendiri..

Ayuhlah sahabatku carilah sebanyak mungkin mutiara daripada orang orang yang hampir dengan Allah sebelum kita dicabut nyawa oleh Yang Maha Pencipta.

Akhukum fi Islam : Alhawari, Ampang

09 September, 2009

Ust Yahya

Setelah menerima mesej dari sahabat "Harapan beliau agar anak-anak usrah dapat bertemu beliau sebelum beliau pergi"... aku dan bersama sahabat-sahabat terus mengatur untuk menziarahi Al Fadhil Ust Yahya Othman... seorang Mursyid bagi kebanyakkan pejuang-pejuang Islam di dalam negara ini....

Beliau sukar untuk bangun secara bersendirian, dan terpaksa dipapah... Wajahnya ceria tatkala menerima kunjungan-kunjungan dan apabila berbicara, seolah-olah beliau sihat bugar..... segar menyampaikan amanah-amanah terutama kepada YB Baihaki yang turut serta dalam ziarah ini

dipetik dari Blog ayah pu ( http://www.lot250.blogspot.com/ )

Ulasan Alhawari
- Bila mendengar massage dari seorang sahabat mengenai Ust. yahya mengalir air mata saya kerana sudah setahun saya tidak mengunjungi beliau. Saya mengenali beliau semasa belajar di Kampus. Saya menganggap beliau sebagai Ayah, Guru Mursyid dan sahabat saya. Walaupun beliau sudah berusia namun pandangan dan pemikiran beliau masih sesuai digunapakai sampai sekarang.

- Apabila saya berbicara dengan beliau seolah-olah beliau telah memahami kehendak dan permasalahan di benak hati saya. Begitulah seorang Mursyid yang memahami isi hati muridnya.

- beliau sentiasa berpesan kepada saya bahawa jalan untuk mencapai sesuatu matlamat dalam perjuangan islam tiada jalan pintas,,kena membina Jambatan untuk sampai kepada Matlamat yang dituju.

Isyaa Allah saya akan menziarahi beliau sebelum menjelang Syawal nanti.Mudah-mudahan Allah panjangkan umur beliau

31 Julai, 2009

SYahid Kerana Berhijab






Pada masa yang sama, saya lebih amat tersentak lagi marah dengan pembunuhan Dr Marwa el-Sherbini. Si pembunuh manusia celaka bernama Alex W, penganggur dan penyokong parti pro Nazi German, dia yang berasal dari Russia sebelum itu didapati bersalah mengucapkan kata-kata kurang sopan serta maki hamun kepada Dr Marwa di khalayak ramai pada bulan November yang lalu. Si celaka menjerit melolong kepada Marwa, melaungkan kata "terrorist" dan "Islamist whore" sewaktu berada di Dresden park. Ketika itu, Marwa meminta izin untuk meletakkan anaknya di buaian di taman berkenaan, tetapi si celaka tersebut tidak membenarkan, lalu pertengkaran terjadi.




Si celaka itu diheret oleh Marwa ke mahkamah dan dijatuhkan hukuman Euro 780. Namun si celaka ini membuat rayuan yang menyebabkan ia bertemu wajah sekali lagi dengan Marwa di mahkamah. Dengan pisau di tangannya si celaka ini menyerbu Marwa yang sedang mengandung tiga bulan lalu menikamnya sebanyak 18 kali di dalam mahkamah di hadapan hakim!.Peristiwa ini berlaku pada 1 Julai 2009 yang lalu.




Satu susana yang tidak masuk dek aqal, bagaimana boleh si celaka ini membawa pisau di dalam sebuah mahkamah? Dan bagaimana ia boleh menikam sebanyak 18 kali tanpa gangguan segera dari pengawal dan orang sekelilingnya. Suami Marwa tangkas menerpa untuk membantu namun rupanya mereka terlupa sedang berada di ‘medan perang'. Suaminya ditembak oleh pihak polis semasa ingin membantu isterinya, sedangkan si celaka pembunuh dibiar hidup. Polis menggunakan alas an murahan apabila berkata ‘tersilap sangka', mereka sangkakan suaminya adalah pembunuh. Syeikh al-Azhar Syeikh Muhammad Tantawy mendesak pihak Germany untuk mengenakan tindakan berat kepada si pembunuh. Namun sejauh manakah seriusnya mahkamah akan bertindak terhadap si pembunuh, tidak dapat dipastikan?







Adalah wajar jika dapat pelajar Islam di Germany bergabung tenaga dengan umat Islam di tempat masing-masing menghantar memorandum mendesak tindakan keras ke atas si pembunuh.!
Malangnya, berita ini langusng tidak dihebahkan dan disneypakan dari media barat khususnya. BBC senyap sunyi, sedangkan berita mahkamah Dubai yang menjatuhakn hukuman kepada dua warga British yang mengadakan hubungan seks terbuka di pantai Dubai, dihebohkan, mahkamah dubai dikritik seolah melakukan satu tindakan jahat.




Namun, kisah wanita Islam yang mengandung di tikam di dalam sebuah mahkamah di hadapan hakim di sebuah Negara yang membangun kononnya tidak langsung diambil endah. Teringat saya kepada pengalaman bertamu di beberapa daerah di Germany, tidak disangka begitu hodoh wajah sebenar negara tersebut, lebih khusus sebenarnya kepada bangsa Rusia, yang mana warga Rusia sememangnya terkenal sebagai amat bersifat perkauman lagi berjiwa ganas dengan selainnya. Kepada para pelajar Malaysia di Germany dan Russia, jagalah diri anda sebaik-baiknya.




THAILAND & URUMQHI CHINA




Selain berita itu, kita juga mengeluh panjang membaca berita pembunuhan umat Islam beramai-ramai di Selatan Thailand dan juga kezaliman serta penindasan di Bandar Urumqhi, China. Semua maklumat ini amat patut mendapat perhatian kita dan pemimpin negara-negara umat Islam. Berkenaan peristiwa berdarah di China, Kerajaan Turki telah berusaha melaksanakan tanggungjawab mereka Presiden mereka, Recep Tayyib Erdogan, [1] mengutuk tindakan China secara terbuka, malah menyeru pemboikotan barangan dari Negara China, selain itu menawarkan visa bagi pemimpin masyarakat Islam Urumqhi yang berada di dalam buangan di Washington, Rebiya Kadeer. Kita masih menunggu sebarang kenyataan dan tindakan pimpinan Negara kita.




Dalam kejadian terbaru di Urumqi dalam wilayah Xinjiang, dianggarkan 1,000 hingga 3,000 penunjuk perasaan berhimpun di Dataran Rakyat. Mereka membantah kematian beberapa pekerja kilang alat permainan akibat perkelahian antara kaum Uighur dengan kaum Han China pada 25 Jun lalu.




Angka kematian akibat pergaduhan antara penduduk Han Cina dan Islam Uighur meningkat kepada 184 orang. Menurut laporan BBC yang berat sebelah melaporkan bahawa jumlah kaum Han yang terbunuh adalah lebih besar dari penduduk Muslim, malah diprovok dengan laporan sebahagian yang terbunuh adalah wanita. Sedangkan sumber-sumber lain mengatakan jumlah sebenar kematian penduduk Muslim tidak didedahkan dengan sebenar.




Situasi buruk itu kelihatan berubah sedikit demi sedikit sehingga kelihatan berubah menjadi tindakan penghapusan etnik, keadaan ini memaksa majoriti umat Islam meninggalkan kawasan tersebut agar tidak disakiti dan dibunuh.




Puak Etnik Han pula berarak di jalan di sini awal minggu ini sambil memegang pisau, kapak, pisau pemotong daging dan senjata buatan lain berazam untuk membalas dendam ke atas etnik Uighur. Dilaporkan bahawa pemberita menyaksikan samseng Han menyerang dua penduduk Uighur dalam serangan berasingan tetapi warga Uighur mendakwa banyak lagi serangan berlaku walaupun kehadiran anggota keselamatan. Polis rusuhan dan tentera terus memenuhi bandar ini.




DITINDAS PUNCA TIDAK PUAS HATI MUSLIM




Kebanyakan mereka kecewa dengan layanan kerajaan yang lebih mengutamakan penduduk majoriti daripada kaum Han. Kaum Han bukan sahaja menguasai ekonomi, tetapi juga budaya dan tradisional China. Selain itu, masjid-majsid juga telah diarahkan untuk ditutup.




Umat Islam di Xinjiang adalah penduduk asal dan menguasai wilayah Xinjiang namun kini mereka dipandang sebagai penduduk kelas kedua. Mereka ini bukan sahaja ditindas kerana agama tetapi lebih terarah kepada cubaan asimilasi dan dominasi oleh China.




Kebanyakan perniagaan dikuasai oleh penduduk Han dan rumah-rumah penduduk Uighur telah dimusnahkan untuk memberi laluan kepada kemasukan kaum Han. Kebanyakan peluang pekerjaan turut dikuasai oleh puak Han. Lebih menyedihkan budaya kaum Uighur telah diketepikan dan mereka kini umpama golongan minoriti yang terpaksa menumpang di wilayah sendiri walaupun hakikatnya adalah sebaliknya.




Kaum Uighur mengatakan kebanyakan dasar-dasar kerajaan tidak berlaku adil kepada mereka demi memberi tempat kepada penghijrahan kaum Han Cina ke wilayah Xinjiang dan ini telah menimbulkan ketegangan etnik dan menaburkan benih-benih keganasan.




Dari segi kemanusiaan penindasan sebegini tidak seharusnya berlaku. Kaum Uighur hanya mahukan keadilan dan hak mereka dikembalikan. Namun laungan mereka ini tidak mendapat sebarang pembelaan dari kerajaan China. Sesungguhnya pihak berkuasa China tidak harus menyalahkan kaum Islam Uighur sahaja dalam setiap rusuhan yang berlaku. Sebaliknya mereka perlu kembali memberikan keadilan dan kebebasan kepada penduduk asal Xinjiang ini.




Kaum Uighur ini ditindas dari menikmati hasil dari kawasan mereka seperti gas, minyak dan 121 jenis mineral dan 148 jenis yang dikeluarkan oleh China. Regim komunis di sana turut membakar buku-buku berkaitan ilmu Islam, mengganggu masjid dan berusaha menghapuskan Islam dari kawasan kaya terbabit.[2]




KESIMPULAN




Semoga kita lebih celik dengan beberapa peritiswa hitam dan pembunuhan zalim terhadap umat Islam. Penindasan umat Islam kini berada di mana-mana. Kami yang berada di UK sebenarnya turut merasai sikap perkauman yang diamalkan oleh warga Britain ini. Sebuah akhbar Islam di UK, pernah melaporkan lebih 50% pelajar Islam di sekolah-sekolah seluruh UK mengalami pengalaman dicerca dan diejek dengan bahasa perkauman dan kebencian kepada Islam.




Anak saya sendiri pernah mengalaminya ketika berada Wales dan juga di Leicester. Tudung yang dipakai oleh anak perempuan saya pernah diejek budak lelaki tahun 5 sebagai ‘ayam'.! Cermin tingkap rumah seorang rakan saya pernah dibaling batu oleh beberapa orang budak sekolah, demikian juga cermin belakang kereta MPV Honda saya yang pecah akibat sifat perkauman ini. Ini adalah web yang sangat baik untuk memberikan informasi berkenaan kezaliman yang berlaku kepada Muslim di seluruh dunia, di barat khususnya. Info anti Islam di Barat .




Kalau sifat perkauman ini dikira logik di negara barat, tetapi amat malang sebenarnya ia juga wujud di Negara-negara Arab yang merasakan diri mereka lebih mulia daripada bukan arab. Pelajar Malaysia kerap diperleceh di Jordan, Mesir dan lain-lain Negara. Malah sebahagian ulama berbangsa Arab juga tidak kurang kuat sikap perkaumannya. JIka itulah di Negara umat Islam sendiri, tidak hairanlah ia berlaku di Negara bukan Islam.




Buanglah sikap perkauman yang merugikan ini, Islam tidak menghalang cinta kepada Negara dan kaum, namun mestilah ia berada di belakang cinta Allah, Rasul dan jihad di jalanNya. Firman Allah swt :-




Ertinya : Jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatiri kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan Rasul-Nya dan (dari) berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya."" Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang fasik ( At-Taubat : 24 )




Akhirnya, sama-sama kita berdoa agar mereka yang terkorban di Xinjiang, Thailand dan Dr Marwa di beri keampunan dan diberi ganjaran yang sebaiknya oleh Allah swt. Juga buat seluruh umat Islam yang berjuang dan dizalimi sejak zaman baginda Nabi s.a.w sehinggalah kini.
Sekian

Zaharuddin Ab Rahman
www.zaharuddin.net

30 Julai, 2009

Lulus juga Akhirnya


gambar dari cikgu azahan


Alhamdulillah syukur pada Allah akhirnya saya Lulus dan mendapat lesen memandu kereta pada 29 Julai 2009. Setelah setahun lebih menunggu. Banyak dugaan yang saya hadapi sepanjang tempoh belajar memandu bermula pada hari pertama dan sehinggalah lulus ujian.


Hari Pertama

Apabila hari pertama saya tiba di sebuah sekolah memandu seorang cikgu "A" meminta saya memandu kereta terus tanpa menerangkan aspek aspek penting sebelum memndu kereta. Terkejut perut saya dibuatnya. Semasa saya memandu cikgu yang mengajar saya tertidur dan membiarkan saya memandu keseorangan.dah la, jalan yang saya kena memandu macam ular dan agak sibuk dengan kenderaan berat. Hanya Allah yang tahu.

Setelah 3 kali perjumpaan, cikgu yang mengajar saya pun berhenti dari sekolah memandu berkenaan, dan yang mengambil alih untuk mengajar saya adalah cikgu B.Setelah tamat belajar, saya meminta diadakan pra test dan cikgu "c" yang mengendalikan ujian ke atas saya. Saya ditegur kerana banyak kesalahan jalanraya yang saya buat. Dalam hati kecil saya berkata, kenapa 2 orang cikgu saya sebelum ni tidak mengajar saya pasal itu dan ini. Pelik jugak,,dah 8 jam belajar memandu tiada seorang pun yang tegur.


Tip-Tip Semasa hendak Parking

Ini tip yang diberi oleh cikgu " B " semasa saya mengambil kelas tambahan dengan cikgu B

1. If nak masuk parking

  • Pusing Kiri habis dan tengok 7 Tiang di cermin sisi kanan
  • Kemudian P using kanan 2 kali dan Undur serta pastikan tayar belakang atas garisan
  • Kemudian Pusing Kanan Habis dan pastikan tayar hadapan atas garisan
  • pusing Kiri Habis serta masukkan Gear 1..(free gear,tarik Hand Break dan Angkat tangan kepada pegawai JPJ)

2. Keluar

  • Pusing kiri habis ( Undur )
  • Pusing Kanan Habis ( Gear 1 )

Saya ucapkan terima kasih kepada cikgu sekolah memandu yang bertungkus lumus mengajar saya hingga saya Lulus Ujian JPJ.Sepanjang saya menjadi pelajar kalian saya dapat belajar,berfikir dan mengenali kalian semua secara tidak langsung.



26 Julai, 2009

Saya dikuarantin



Semalam saya menghadiri Majlis Perasmian Penutup Kadet peringkat kebangsaan di Bukit Katil Melaka.Setelah habis program tersebut , didapati 5 orang pelajar yang positif H1N1 dan pihak Jabatan Kesihatan mengisytiharkan kawasan Kem Perkhemahan tersebut ditutup dan semua peserta perkhemahan termasuk urusetia dikuarantin di rumah masing-masing selama 7hari.Para peserta dan urusetia dinasihatkan tidak keluar dari rumah serta tidak berjumpa dengan luar serta menghadiri tempat keramaian.



Walaubagaimanapun bos kesayangan saya meminta saya masuk kerja kerana banyak kertas kerja yang terpaksa disiapkan dengan segera sekiranya saya tidak mempunyai masalah kesihatan tetapi saya terpaksa dikuarantin di rumah selama 7 hari maka kerja-kerja tersebut terpaksa disiapkan di rumah.



Pelajar-pelajar Bersorak



Setelah diumumkan oleh Pegawai Kesihatan bahawa semua pelajar dan urusetia tidak dibenarkan hadir ke sekolah atau tempat kerja masing-masing maka kedengaran terikan dan sorakan di kalangan pelajar. Saya dan beberapa orang urusetia risau apabila mendengar kami terpaksadikuarantin di rumah kerana memikirkan timbunan kerja di pejabat.Namun kami terpaksa akur dengan arahan demi menjaga kasihatan rakan - rakan yang lain di pejabat.

Di antara gejala-gejala H1N1




  1. Sukar bernafas / kadar pernafasan yang cepat

  2. Batuk / kahak berdarah

  3. Sakit dada berterusan

  4. Cirit birit dan muntah berterusan

  5. Demam yang berterusan lebih 3 hari / berulang selepas 3 hari

  6. Tingkah laku yang luar biasa, kekeliruan, kurang daya tindak balas dan sawan

  7. Merasa pening apabila berdiri/ kurang membuang air kecil

Sekiranya anda mempunyai gejala-gejala berkenaan, cepat-cepatlah ke Klinik Kesihatan yang berhampiran.Saya berdoa agar Allah kuatkan hati kami semua agar dijauhkan penyakit ini berjangkit kepada kami dan rakyat malaysia amnya.amin Ya Rabbal alamin


14 Julai, 2009

Demam Selsema



Alhamdulillah hari ini rasa sihat dan berpeluh sedikit badan saya setelah tiga hari demam disebabkan jangkitan virus " Viral Infection"( istilah yang digunakan oleh DR setelah merawat keadaan saya).
Saya demam apabila balik dari Negeri Perak kerana ada urusan kerja pada hari jumaat dan sabtu yang lalu.


Terima Kasih Buat Isteri Tersayang

Saya terharu dengan sikap isteri saya sanggup tidak pergi kerja kerana ingin menjaga saya di rumah. Saya juga terpaksa mengambil cuti sakit kerana keadaan saya yang tidak mengizinkan membawa kenderaan ke pejabat. Isteri sayalah yang menguruskan saya semasa berada di rumah.Sepanjang perkahwinan hampir setahun, sebanyak dua kali saya demam yang agak teruk berbanding sebelum ini.Alhamdulillah Allah mengurniakan seorang isteri yang memahami diri saya ini.Walaupun isteri saya sudah 5 bulan hamil namum beliau tidak "kekok " untuk menguruskan saya.Mudah-mudah Allah merahmatimu.
Kenangan Sakit semasa di kampus
(sahabat karib saya : Zamzuri)
Semasa zaman sebelum menjejak kaki di Universiti, emak saya lah yang sentiasa berada di sisi saya semasa saya sakit. Semasa berada di sekolah rendah, saya Sebulan tidak ke sekolah kerana Gestrik.. Penyakit saya datang kembali semasa saya berada di universiti. Sahabat karib sayalah tempat saya mengadu sakit iaitu Zamzuri ( Prof Zam pada Link saya). Beliau juga menghantar saya ke hospital kerana badan saya lemah dan sukar untuk bernafas. Segala jasa sahabat-sahabat saya yang pernah mengambil berat terhadap diri saya, saya ucapkan jutaan terima kasih. Tidak lupa kepada siswi-siswi yang sentiasa mengambil berat tentang diri saya semasa program dilaksanakan. Semasa program berlangsung di kampus saya sentiasa disajikan air susu oleh urusetia kerana mereka memahami keadaan penyakit saya.

Seingat saya, sahabat saya zamzuri pernah empat kali terlibat dengan kemalangan jalan raya sepanjang persahabatan saya dengan beliau. Saya juga pernah menaiki motosikal bersama beliau dan motosikal kami terhumbang di dalam longkang kedai mak cik di hadapan Uitm Machang. Motosikal beliau terhumbang ke dalam longkang besar. Alhamdulillah kami berdua tidak cedera parah, hanya luka sedikit sahaja.

Demam Suatu Hikmah
saya dapatkan rasakan hikmat Allah mengurniakan penyakit demam kepada saya. Walaupun suara saya 'serak ' dan tubuh tak bermaya namun saya masih lagi mampu mengadu kepadaNYA.Syukur padamu Ya Allah diKau Kurniakan kepadaku Isteriku yang Solehah dan sahabat-sahabat yang bertaqwa kepadaMU.

05 Julai, 2009

Pengalaman Berurusan dengan JHEIK


Di mana silapnya??



Alhamdulillah saya pertama kali berkunjung ke Jabatan hal Ehwal Agama Islam Kelantan ( JHEAIK) beberapa bulan yang lalu bersama isteri saya.Saya ke sana kerana ingin mengambil sijil nikah dan kad Nikah Pintar yang dijanjikan oleh kakitangan sebelum ini. polisi proses sijil nikah selama 4 bulan dan bergantung kepada Imam Mukim. Apa yang menyedihkan saya, saya ke JHEIK selepas 8 bulan berkahwin kerana untuk menuntut Sijil Nikah dan Kad pintar berkenaan TAPI saya dimaklumkan daripada kakitangan berkenaan bahawa Data Pribadi saya tiada di dalam Komputer JHEIK dan kakitangan berkenaan meminta saya datang balik ke Pejabat pada bulan Ogos nanti..


PERSOALAN..

1. Apa yang saya ingin persoalkan kenapa pihak yang berkenaan tidak menyiapkan dalam tempoh yang singkat sebagai contoh Passpot dan Kad pengenalan pada hari ini. Belajarlah dari agensi yang telah berjaya dalam mengendalikannya. Sekiranya tidak cukup kakitangan cubelah wujudkan kakitangan kontrak bagi menjaga KUALITI perkhidmatan di JHAEIK..


2. Sekiranya polisi JHEIK dapat menyiapakan sijil dalam tempoh yang ditetapkan, CUBALAH menepatinya. Kasihanlah kepada mereka yang bekerja di luar kelantan yang balik bercuti semata-mata urusan sijil NAMUN menghampakan mereka.

Kesimpulan dan Cadangan

1.Saya berharap agar pihak pentadbiran JHEIK dapat memepertingkatkan lagi KUALITI pengurusan Pengeluaran SIJIL NIKAH dan KAD NIKAH PINTAR . Wujudlah suasana Mesra Pelanggan apabila berada di kaunter kerana saya melihat terutamanya di Bahagian Pengambilan Sijil Nikah , Kakitangannya Kurang Mesra Pelanggan.

2. Wujudkan Sistem Nombor Giliran apabila berurusan di kaunter pengambilan sijil bagi mengelakkan daripada pelanggan tidak berebut semasa berurusan di kaunter.Apa yang menyedihkan saya ramai yang berebut semasa berurusan.

Saya yakin dan percaya JHEIK boleh ke hadapan dengan membuat Kajian terperinci mengenai aduan pelanggan dan meminta pandangan pelanggan terhadap sistem perkhidmatan yang disediakan oleh JHEIK

30 Jun, 2009

Buka Minda


Apa Khabar Iman saudara??adakah kita Gementar dan sesak Nafas bila mendengar suami atau isteri kita membaca Alquran..Adakah kita Istghfar kita beristighfar sekurang- kurangnya 70 kali pada hari ini, Jika tidak,,, Tepuk dada kita tanyalah Iman kita masing masing..

Tauhid : Perlu Di Ketahui Vs Perlu dihayati

Rata-rata kita tahu apa itu ilmu tauhid,anak-anak diajar dari kecil hingga dewasa.Masuk Universiti atau kumpulan usrah diajar tauhid Uluhiyyah dan tauhid Rububiyyah bagi mereka yang baru mula hendak berjinak dengan islam. Kenapakah dikalangan agamawan dan ilmuan yang mengetahu mengenai tauhid ini masih GAGAL menahan diri mereka daripada melakukan kemungkaran.Seseorang yang mumpunyai PhD atau Ijazah Syariah tidak mampu menahan diri mereka dari kemungkaran jika mereka tidak menghayatinya dan memantapkan dengan Iman. Asas ilmu islam berkisar kepada Feqah, Tasawuf dan Aqidah ( tauhid)


Guru : Murabbi atau taklim ??


Mengajar dan mendidik merupakan dua perkataan yang berbeza. ramai yang beranggapan bahawa mendidik dan mengajar adalah sama. Saya berpandangan adalah BEZA sama sekali. Mengajar lebih bermatlamat kepada ilmu yang diajar dan diluahkan oleh seorang guru diterjemahkan melalui akal pelajar-pelajar nya kepada kertas peperiksaan.Manakala Murabbi bermatlamat mendidik jiwa pelajarnya supaya TERKESAN apa yang diajarkannya. Kita perlu berfikir siapakah yang layak mendidik para MURABBI ini?? Bagaimanakah Caranya untuk melahirkkan murabbi ini?? Satu persoalan yang harus direnungi bersama..
Kesan Didikan..
Saya terkenang kisah saya semasa mula- mula menjajaki sekolah agama Arabiah Mas ( sekarang dikenali Maahad Muhammadi pasir Mas ) suatu ketika dahulu,Kehidupan saya semasa peralihan sebelum peperiksaan pertengahan tahun saya dan rakan- rakan asyik sibuk membuat toyol untuk dimasukkan di dalam baju, songkok dan macam- macam gaya yang kami buat. Maklumlah kejutan budaya melihat matapelajaran bahasa arab dan agama sebanyak belasan matapelajaran, Apabila peperiksaan akhir pada tahun yang sama seorang Ustazah mula menghidu dikalangan kami yang meniru atau membawa nota dalam peperiksaan lalu beliau membaca sepotong hadis yang bermaksud " Sesiapa yang menipu BUKAN dari golongan Kami". Tersentak saya bila mendengar hadis itu. Bermula dari saat itu saya meninggalkan amalan membawa nota atau toyol di dalam peperiksaan hinggalah sekarang. lebih baik saya gagal dalam peperiksaan daripada saya berjaya dengan hasil kejayaan yang saya menipu diri saya sendiri. Syukur pada Allah di atas nikmat keberkatan yang Allah berikan kepada saya hasil KEBERKATAN para guru saya yang mengajar. Buka Mata,Minda anda dengan banyakkan berfikir tentang Nikmat yang Allah berikan kepada kita

26 Jun, 2009

Alhamdulillah..

Alhamdulillah,,Keputusan peperiksaan yang hilang awal tahun lepas akhirnya dijumpai jua. saya ucapkan berbanyak terima kasih kepada Bahagian Sumber Manusia kerana bertungkus lumus mencarinya dan berhubung dengan Jab. Perkhidmatan Awam.Kecekapan anda amat saya hargai. saya juaga memanjatkan syukur pada Allah kerana Mesyuarat bahagian saya yang saya nantikan akan dilaksanakan pada minggu depan. Banyak isu yang perlu saya bangkitkan,jika tidak dibangkitkan akan menjejaskan prestasi saya sebagai penjawat awam

19 Jun, 2009

3 insan yang ku Kenali Meninggalkan Alam fana Ini


Alhamdulillah syukur pada Allah daku dibangkitkan dari tidur pagi ini dengan rahmat dan Kasih sayang Nya.,Setiap manusia yang bernyawa WAJIB akan melalui kematian. Bayangkan Allah bagi 2 minit untuk kita rasai kematian tentunya kita tak nak bilo mengetahui seksanya bila ruh kita dicabut oleh malaikat Izrail.


12 Jun 2009 ( Allahyarham Ust Muzdi Awang )



Satu Kehilangan besar bagi dunia tarannum apabila kehilangan Permata yang berkilau iaitu Ust. Muzdi Awang yang merupakan tenaga pengajar Al Quran di Maahad Pasir Mas dan merupakan Hakim Fasohah Peringkat Negeri Kelantan. Saya mengenali Allahyarham semenjak belajar di Arabiah Pasir Mas pada awal 1995 dan sempat belajar secara direct semenjak yahun 1999 hingga 2002. Semenjak saya menyewa bersebelahan dengan rumah lama allahyarham, sayalah yang selalu di minta oleh allahyarham untuk menjaga rumah beliau semasa beliau bercuti ke kampung. sayangnya sekali saya tidak sempat menghadiri solat jenazah allahyarham.Mudah-mudahan roh beliau di tempatkan dikalangan orang yang muttaqin dan dinaungi Arash Allah semasa di padang Mahsyar nanti.



Suami emak saudara (Allahyarham Pak Adik @ Rosli ) 16 Jun 2009



Allahyarham meninggalkan seorang suri rumah dan 5 orang anak..Allahyarham meniggalkan dunia ini berumur awal 40 an.,saya terkenang nasib sepupu saya yang masih lagi kecil tapi telah kehilangan seorang ayah yang disayangidi mana mereka akan bergantung kasih.Pada awal cuti sekolah saya tidak sempat menziarahi allahyarham yang terlantar di hospital kerana jadual terlalu padat.Saya hanya sempat menyediakan air penawar yang saya buat sendiri hasil yang doanya saya ambil dari guru saya iaitu Tuan Guru Hj Mohd Radzi Al Qodhi.. saya doakan agar ruh beliau di tempatkan di kalangan orang-orang yang soleh.



Allahyarhamah Nor idah Md Diah - 18 Jun 2009



Allahyarhamah merupakan seorang yang ceria dan berani mengeluarkan idea walaupun baru bekerja di pejabat semasa saya di tugaskan di sebuah pejabat di daerah Muar suatu ketika dahulu. Allahyarhamah meninggal akibat kemalangan jalan raya ketika pulang dari bekerja. Umur Allahyarhamah 26 tahun dan bakal mendirikan rumahtangga pada akhir tahun ini.Tapi Allah menyayangi Allahyarhamah. Saya Terkejut dan mengeluarkan air mata ketika mendapat berita kematian allahyarhamah daripada sahabat saya. Saya hanya mampu membaca Yaasin dan doa dari jarak jauh untuk Allahyarhamah.Semuanya ada hikmah yang tersembunyi untuk direnungi oleh semua orang.,Hanya Alalh yang dapat membalas jasa Allahyarhamah sewaktu beliau berkhidmat sebagai Personal assistant ( PA ) saya selama 1 tahun. Al fatihah...Mudah mudah ruh allahyarhamah di temapatkan di tempat yang terpuji.

( Allahyarhamah Noridah md diah )

Kehidupan berlangsung tanpa disadari dari detik ke detik. Apakah anda tidak menyadari bahawa hari-hari yang anda lewati justru semakin mendekatkan anda kepada kematian sebagaimana juga yang berlaku bagi orang lain?


Seperti yang tercantum dalam ayat Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kemudian hanyalah kepada Kami kamu dikembalikan.” (QS. 29:57)



tiap orang yang pernah hidup di muka bumi ini ditakdirkan untuk mati. Tanpa kecuali, mereka semua akan mati, tiap orang. Saat ini, kita tidak pernah menemukan jejak orang-orang yang telah meninggal dunia. Mereka yang saat ini masih hidup dan mereka yang akan hidup juga akan menghadapi kematian pada hari yang telah ditentukan. Walaupun demikian, masyarakat pada umumnya cenderung melihat kematian sebagai suatu peristiwa yang terjadi secara kebetulan saja.
Coba renungkan seorang bayi yang baru saja membuka matanya di dunia ini dengan seseorang yang sedang mengalami sakaratul maut. Keduanya sama sekali tidak berkuasa terhadap kelahiran dan kematian mereka. Hanya Allah yang memiliki kuasa untuk memberikan nafas bagi kehidupan atau untuk mengambilnya.




Semua makhluk hidup akan hidup sampai suatu hari yang telah ditentukan dan kemudian mati; Allah menjelaskan dalam Quran tentang prilaku manusia pada umumnya terhadap kematian dalam ayat berikut ini:

Katakanlah: “Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang gaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.” (QS. 62:8)










14 Jun, 2009

Hilangnya Permata Gerakan Islam- Dr Fathi Yakan




Alfatihah......


Semalam dunia Gerakan Islam dikejutkan dengan kematian Tokoh Gerakan Islam iaitu Dr Fathi Yakan yang meninggal dunia pada umurnya 76 tahun. Beliau merupakan pengarang buku : Kenapa saya Perlu Intima' Dengan Islam,Buku yang cukup hebat pada pandangan saya. Saya didedahkan dengan buku ini sewaktu tingkatan 4 semasa belajar di Maahad Muhammadi Pasir Mas. saya dan rakan-rakan satu Usrah agak terlewat mendapat maklumat menganai Tokoh Gerakan Islam setelah kami berusia 17 tahun.Perkara ini berlaku kerana sepanjang kami terlibat dengan usrah di sekolah hanya di tekankan kepada ibadah semata-mata, Alhamdulillah apabila Guru Penasihat Beralih Kepimpinan barulah saya di dedahkan dengan hal - hal berkaitan dengan Gerakan Islam.

Pengalaman Bersama Ust, Yahya Othman

( Permata yang semakin dilupai )

Semasa di alam kampus saya diperkenalkan dengan Ust Yahya Othman yang mana beliau merupakan seorang ahli Gerakan yang terbuka dan hebat, suatu ketika saya pernah bertanya kepada ust Yahya kenapa beliau tidak memakai serban.


Jawab beliau


" Ilmu ana tak tinggi lagi Syeikh"


alangkah terkejutnya saya seorang yang hebat tapi wara' disudut percakapan dan amalan. Seorang sahabat saya pernah disoal oleh beliau apakah aktiviti dakwah ditemapt Kerja anda?

Sahabat saya menjawab." payah ust nak bercerita pasal dakwah di tempat kerja ana lebih- lebih lagi di KL.

ust yahya bertanya beliau." Enta Pernah mengajak mereka solat Jamaah? Pernah bagi Tazkirah tentang maksud bacaan di dalam solat?

Saya dan sahabat saya terdiam...mengenangkan kami tidak tebuka soal dakwah dan mengajak manusia kepada Allah.

Pesanan Ust Yahya Othman

" Dalam dakwah kita perlu membina jambatan untuk sampai kepada matlamat ( iaitu mengajak manusia mengenal diri dan Allah ), Peringkat dakwah perlukan peringkat-peringkat bukannya express."



Sepanjang Perkenalan dengan ust Yahya, saya sempat mempelajari buku Almarhum Fathi Yakan iaitu "Abjadiyyat" yang menceritakan Kepentingan Berorganisasi, kepentingan Tarbiyyah Ammah, Hazar dan sebagainya.

Bersambung,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,

10 Jun, 2009

DP 1160- Terkenang Jasamu


Alhamdulillah selama 04 hari iaitu pada 03 hingga 07 Jun 2009 saya pulang ke kampung halaman temapt kelahiran saya di Kg Berdang Jeli Kelantan. Namun teringat motosikal lama saya yang saya gunakan semasa saya menuntut di UiTM cawangan Kelantan.





Hanya motosikal ini saya mampu Miliki.


Saya membeli motosikal ini dengan kawan ayah saya beharga RM 350 dengan menggunakan wang PTPTN.nak beli yang mahal tunai tak kesampaian.namun dengan adanya motosikal ini dapat saya menadah kitab dan berulang alik dari Machang ke pasir Mas seminggu sekali untuk menjalankan amanah saya sebagai Naqib di sebuah sekolah sekitar Pasir Mas. Alhamdulillah Allah bagi jalan keluar. Walaupun DP 1160 buruk pada pandangan umum namun di hati saya banyak kenangan saya lalui bersamanya.




DP 1160- Bila menggunakan pelincir Maxoil & plug splitfire






Apabila saya menukar citarasa minyak pelincir biasa kepada Maxoil,memang power DP1160 bergerak di atas jalan rasa.dari 80km/jam naik jadi 100km/jam.,Setelah menggunakan minyak pelincir Maxoil rasa kelainan enjin motosikal saya.jadi saya menyeru anda semua cubelah Maxoil hari ini untuk dapatkan kelainan pada enjine motosila, kereta anda.

DP 1160- Dari Machang ke KB


Setelah saya berpuas hati menggunakan barang Automobil dan kesihatan syarikat Maxcare Success saya pun membuka stokis syarikat tersebut di Machang berbekalkan modal RM 10,000.


Alhamdulillah sambutan amat menggalakkan dari para pelajar UiTm terutamanya Product Extra- Sharp. Hari-hari saya berulang alik dari Machang ke Kb untuk mendapatkan bekalan extra sharp ini. Jasamu DP 1160 tetapku kenang.

Nasib DP 1160 sekarang
Setelah saya pulang ke Jeli, DP 1160 dibiarkan bersendirian tanpa ada manusia pun memboncengnya.Sedih..Begitulah jika kita pernah berjasa dahulunya namun kita akan ditinggalkan juga akhir nya oleh manusia, Tapi Allah lain daripada manusia,Dia akan sentiasa mengigati kita jika kita mengigati Nya.













12 Mei, 2009

Jadilah Diri Anda Sendiri

Jika Anda tidak tapat menjadi meranti di puncat bukit
Jadilah aur di lembah, tapi jadilah aur yang teranggun di sisi bukit,
Kalau bukan pokok, Aur saja pun jadi...

Jika anda tidak boleh menjadi rimbun, jadilah rumput dan
hiasilah jalan di mana-mana.
Jika anda tak dapat menjadi haruan, jadilah sepat...
Tapi,,jadilah sepat yang lincah di dalam paya.

Bukan semua boleh menjadi nakhoda..
lainnya harus mengikut saja
Pasti ada sesuatu untuk semua..
kerana ada tugas yang berat dan ada tugas yang ringan
antaranya dibuat yang mana lebih berdekatan..

Jika anda tidak dapat menjadi bulan, jadilah bintang..
jika anda tidak boleh menjadi jagung,, jadilah keledek
bukannnya mengikut besar anda kalah atau menang
JAdilah dirimu sendiri yang terbaik

alhawari : gerakkanlah singa di dalam diri anda supaya dia sedar anda adalah makhluk ciptaan Allah yang terbaik.. Kaji, kenal, fahamkanknalah dirimu supaya kamu lebih dekat denganNya.