02 Disember, 2009

Urusan Kaunter & Layanan Staff Bank Rakyat Lemah



Salam ceria dan motivasi untuk anda semua. Sudah lama saya tidak menulis dalam blog saya, namun alhamdulillah Allah masih lagi memberi kekuatan kepada saya untuk bangkit untuk berkongsi kepada rakan-rakan yang setia bersama saya.



Bank Rakyat ( BR )



saya tidak nafikan pada awalnya penubuhan Bank Rakyat semua perkidmatan yang disediakan amat memuaskan, namun apabila saya berkunjung ke sebuah Bank Rakyat sekitar Kuala Lumpur amat mengecewakan saya. Sebagai Contoh semasa saya bertanya mengenai maklumat pinjaman saya penjaga kaunter memberitahu " en kena isi borang dan prosess dalam masa 7 hari, kata brother yang menjaga kaunter sambil muka yang masam tanya senyuman. Selepas 7 hari yang berlalu saya menelefon dari pejabat mengenai status dan kakitangan perempuan BR menyatakan sudah siap dan boleh datang ambil di BR berkenaan. Saya pun bergegas ke BR tersebut dan mengambil nombor untuk menunggu giliran saya. Setibanya saya di kaunter tersebut saya dimaklumkan bahawa maklumat tersebut dalam proses kelulusan. Saya pun memaklumkan kepada beliau saya telah menelefon dari pejabat saya dan kakitangan yang menjawab telefon menyatakan bahawa penyata pinjaman saya sudah siap. Hampir 15 minit saya menunggu barulah saya dibenarkan berjumpa dengan pegawai kanan bahagian pembayaran. Pengurus tersebut bertanya kenapa nak berpindah ke Bank Lain. saya menjawab BR layanan tak mesra dan rate tinggi. Dia pun berkata LAYANAN TAK PENTING,,yang penting kadar rendah..heh,,apalah nak jadi dengan BR.Layanan lah paling penting barulah pelanggan tertarik dengan BR kamu.

Cadangan Saya
Saya berharap agar sesiapa yang membaca tulisan ini terutama kakitangan BR agar muhasabah balik sejajar dengan konsep BR 100% ISLAMIC, BUKN sekadar sistem sahaja ISLAM tapi kakitangan perlu juga diterap nilai ISLAM. Samalah saya menungur kakitangan Jabatan Agama Islam Negeri Kelantan, saya berkata " jangan sampai kamu yang merosakkan nama baik kerajaan negeri kelantan, Tok Guru Puas dok Royak ( beritahu) kerja Kena ITQAN ( Konsisten ), Ubudiyyah ( Rasa kita ni Hamba Allah dan Allah duk perhati kita dan Masuliyyah ( rasa tanggungjawab). Ingatlah Islam BUKAN sekadar sebutan di mulut sahaja tapi penghayatan perlu diutamakan. Salam menuju redha Allah

abuzaid alhawari
Ampang

1 ulasan:

Mohd Zulkifli Shafie berkata...

Memang lemah dan teruk customer service bank rakyat. Kalau rating 1-10, ana boleh bagi cuma 2/10. CIMB 4/10, dan maybank 6/10. Kalau Ar-Rajhi, layak bagi 8/10!

Ana pun dah give-up berurusan dengan BR Taman Melawati. Telefon 20kali belum tentu dia angkat. Tak caya, try call general line dia.

Ana pernah hantar email kepada bahagian aduan BR, tapi langsung tak ada reply. Rasa macam nak tulis artikel jer dalam blog sebagai testimoni pengguna betapa teruknya customer service BR. Tapi fikir punya fikir, biarla.. bersabar dulu.. mungkin kalau ramai blogger tulis komen pasal teruknya customer service BR, baru BR akan ambil tindakan..

Em, ana pun tak pasti, Internal Auditor BR ada audit ke tidak cust. service dia.. kalau audit, sure fail!

Wallahu a'lam.