Memaparkan catatan dengan label Cerita. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Cerita. Papar semua catatan

03 Januari, 2012

Belajar Memahami Kaum Adam



Salam perjuangan untuk mencapai redha Ilahi, yang matlamat hidupku adalah membuat sesuatu perkara untuk mendapat Redha Ilahi. Di sini ingin saya berkongsi dengan anda semua mengenai lelaki. Mudah-mudahan usaha kecil ini akan menjadi saham saya di akhirat nanti. Jom mai kita berhenti sekejap menyingkap sedikit rahsia mengenai orang lelaki ni.

1.  Jika anda semua ingin disayangi sepenuh hati ( biasanya lelaki akan menyayagi sepenuh hati bila wanita mengahwininya  dan faham mengenai dirinya) maka, anda para wanita perlulah jangan bongkar Rahsia diri anda sendiri. Usah bagitahu si dia bahawa anda ramai peminat atau ramai kawan-kawan lelaki. kalu saya pun cemburu jugak ni. Tapi Alhamdulillah sudah dapat teman perkongsian hidup saya iaitu isteri saya.
         Lebihkan berbicara tentang masa depan dan dia adalah satu-satunya lelaki yang bertahta di hati anda. Tolong jangan cube membandingkan lelaki lain dihadapannya. So, ciba amalkan yea.pastikan Suami/tunang anda suka kannya.
2.   Jika anda berbicara pasal ibunya,janganlah cube menghina ibunya, orang lelaki ni pantang jika ibunya dihina,,waaupun lelaki ni sangat Jahat dia akan sensitif bila berbicara pasal ibunya.
3. Orang lelaki ni tidak suka sama sekali jika dipersalahkan meskipun dia bersalah. sebagai contoh anda ingin ke K.Lumpur dan suami anda memandu tiba-tiba beliau mengambil jalan short-cut tiba-tiba tersesat nak pi KL dari 6 jam jadi 12 jam. lalu anda asyik salahkan suami anda dan menceritakan kepada orang lain. Sebenarnya anda isteri mencari naas dengan nya.
4. Sokonglah dan tenangkan suami anda dikala beliau mengeluh, mengadu masalah, terlalu tertekan dengan kerjanya..jangan biarkan diri  anda bersikap negatif dikala beliau mengalami masalah..ingatlah para isteri dan wanita ,,SYURGa di bawah tapak kaki suamimu.. dikau adalah sayap kanan kejayaan suamimu,,
5. Secara jujurnya kecantikan bukanlah syarat bagi lelaki untuk jatuh hati terhadap seseorang wanita. Buktinya ramai pasangan yang tidak bahagia boleh kita lihat di mana-mana. para suami dan wanita,, Kecantikan hanya sementara je,,tak salah nak cari yang cantik yang Penting Beragama...dapat semua sifat-sifat yang nabi baitahu pun ok jugak tu..Orang lelaki ni pentinglkan sifat kewanitaan sejati yang anda miliki. Lelaki yang terlalu pentingkan rupa sebenarnya tidak jujur. Hindarilah lelaki seperti ini.jadi tidak timbul masalah sama ada anda cantik ataupun tidak. Sebuah kereta kalau boleh bergerak terlalu lancar tanpa sebarang masalah sama nilainya dengan kereta mewah atas maksud yang sama.
6. Jika anda rasa tertarik dengannya, berilah hint kepadanya. jangan berlagak langsung tak  ada apa-apa. Lelaki juga penuh dengan sifat malu dan kurang yakin. Bukan semua lelaki berani apabila pertama kali meluahkan perasaan kepada wanita apabila pertama kali bersua.

Pesanan saya buat kaum wanita


 Usah terlalu mudah untuk didampingi tetapi asah terlalu susah pula untuk didekati. Berada dan berkelakuan dalam keadaan -keadaan yang betul, selalunya memberi hasil yang betul.Kecemerlangan hidup kita banyak bergantung pada pasangan yang betul.
Maka, Binalah hubungan untuk matlamat yang jelas, iaitu PERKAHWINAN dan jadikan perkahwinan JAMBATAN menuju REDHA ILAHI

28 Disember, 2011

Satu Persoalan ??


Minggu lepas sempat belaja topik baru..menarik jugak bila saya disoal.

1. Adakah anda takut mati??
2. Adakah anda takut sakit?
3. Adakah anda takut Cacat?
4. Adakah anda takut bila bersara?

Jawapannya apo yer..Jawapannya Sakit,,bila sakit kita akan kehilangan upaya untuk mencari nafkah buat anak isterijawapannya ada pada diri anda sendiri. 
Cuba anda bayangkan anda seorang peniaga burger full time income harian bersih RM 400 sehari, tiba-tiba Allah kurniakan ujian sakit Jantung , dah la rawatan mahal RM 80,000 ,anak nak sekolah lagi..dah la saving RM 10K.. Takaful diri tiada..anda hanya mampu berkata menyesalnya aku tak ambil takaful.
jadi fikir-fikirkanlah,,Anda mampu melakukan perubahan,JOM UBAH SEBELUM PADAH.

27 Disember, 2010

Tahniah Buat Sahabat ku Che Din n Syidah


Akhirnya Kalian Bersatu juga...Mudah-Mudahan Berkekalan di Bawah Rahmat dan Kasih sayang Allah Buat Selama-lamanya..Tahniah dari kami Usrah Al-Hawari

07 Jun, 2010

Khasiat Bunga Cengkih


Mat mu nak bagi suara sedap ko?


Boleh jugak nak wat guane? mu kunyah bunga cengkih la suara mu sedap dan nafas panjang.



Kata kawan saya sewaktu kami sama-sama belajar alquran secara berlagu di rumah abe Man atau lebih dikenali sebagai Pok Man di Pondok Lubuk Tapah.



Di antara khasiat Bunga Cengkih ialah :
1. Paru-paru dapat berfungsi dengan baik yang membolehkan suara sentiasa lantang


2. Jantung berdegup dengan baik yang menjamin kesihatan


3. Mata dapat melihat dengan baik walau pun telah berusia


4. Gigi dapat tahan daripada gangguan ulat sehingga tahan lama


5. Otak sentiasa berkembang yang menguatkan ingatan berbanding suka minum ais atau pulut yang membawa kepada tertutupnya otak yang melemahkan ingatan


Cara makan


Sebaiknya 10 kuntum bunga cengkih sehari


Buat macam coklat dengan digigit dan dihisap airnya



"Seingat saya Tuan Guru Haji Hasyim Mengamalkan bunga cengkih ini sewaktu beliau berumur 17 tahun hingga sekarang. Beliau merupakan Tuan Guru Di Pondok Pasir Tumboh.




17 Disember, 2009

Syukur PadaMu Ya Allah ( 2 )

Majlis Aqiqah dan membelah mulut @ Tahnik Nik Amanina oleh Abe Ya

( Anak Murid Allahyarham Tuan Guru Hj Abdullah Pondok Lubuk Tapah)

Sewaktu di Wad 12


- Suasana agak tegang dengan tangisan bayi-bayi yang baru lahir. Anak saya merupakan juara dalam pertandingan tersebut. Saya menjadi kaku tidak tahu apa yang perlu saya lakukan apabila amanina menangis begitu kuat sekali. Setelah selesai jururawat memandikan anak saya saya pun memegang amanina dan melaungkan azan dan iqamah. Teryata amanina diam seketika. Badan saya gementar untuk melaungkan azan kerana pertama kali bergelar seorang BABA kepada anak perempuan kami.Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.


- setelah jam 11 malam amanina tidak terhenti2 menangis sampaikan saya dan isteri tidak tahu berbuat apa-apa. Umminya telah menyusukan beliau namun setelah kenyang masih lagi menangis. Kami memeriksa perut dikhuatiri kembung perut, didapati tiada apa-apa berlaku. Di saat bayi-bayi lain sedang tidur.. amanina terus menangis. Saya dan isteri kaku dan terpaksa memangil jururawat bertugas untuk memeriksa bayi kami. Alhamdulillah amanina diam seketika apabila beliau dipangku oleh " nurse". Pada malam pertama di wad, saya terpaksa belajar menukar lampin bayi dan membersihkan najis dan sebagainya. Mula-mula rasa payahnya,,namun saya kuatkan semangat untuk memperlajari nya. Isteri saya masih lemah untuk memegang bayi bahkan untuk menukar lampin bayi pun tidak boleh. Sayalah yang terpaksa melakukan semuanya. Alhamdulillah Allah bagi kekuatan pada saya.
- Pada keesokkam harinya saya bergegas ke Jaafar Rawas untuk membeli Air zam-zam untuk dimandi dan disuapkan kepada bayi saya. Khasiat air zam zam hanya Allah yang tahu. Apabila Amanina menangis, saya menyuapkan air zam zam dan menyapu air tersebut di ubun-ubunnya.
-
- Pada waktu malam hanya penjaga perempuan sahaja dibenarkan masuk. tapi saya terpaksa meredah masuk kerana fikirkan bayi saya yang sedang menangis. Terpaksalah saya dan isteri bergilir meredakan tangisan amanina. Beratnya hati apabila di saat bayi lain sedang tidur bayi kami menangis. Walau bagaimanapun saya sentiasa memberi motivasi dan positif dengan keadaan.
- Pada hari ketiga Dr Kanak- kanak memeriksa bayi saya dan didapati mempunyai kesan penyakit kuning yang tidak serius. Amanina di tahan di Wad 2 bagi bayi yang kena kuning selama 10 jam. Alhamdulillah keesokkan harinya tanda tanda tersebut semakin hilang.
Syukur padamu Ya Allah segala ujian mu memberi rahmat kepada ku dan isteri. Mudah-mudahan dengan Pemberian anak mendekatkan lagi hati kami kepadamu Ya Allah

16 Disember, 2009

Syukur Padamu Ya Allah


Nik Amanina Al- Hawari


Alhamdulillah Syukur tidak terhingga pada Allah yang Maha Esa kerana memberi keselamatan dan kesejahteraan kepada isteri saya melahirkan anak pertama kami pada 06 Disember yang lalu.




Di saat kelahiran Puteriku

Pada 03 Disember yang lalu saya bergegas ke pejabat bos saya untuk memohon cuti gantian selama 3 hari untuk membuat persiapan menyambut anak pertama saya. Alhamdulillah cuti diluluskan dan saya bergegas ke stesen bas putra untuk balik ke kelantan dengan kadar segera. Setelah sampai di Pasir Mas isteri saya menelefon saya bahawa beliau sakit perut,namum saya memberitahunya supaya bersabar kerana saya sedang menunggu "prebet sapu " untuk balik ke rumah mertua saya.Setelah bersalaman dengan kedua dua mertua, saya dan abang ipar saya bergegas ke Hospital Sultanah Zainab 2 untuk membawa isteri ke dewan bersalin dengan kadar segera. Setelah diperiksa, jururawat yang bertugas memberitahu saya bahwa isteri saya terpaksa di tahan di dalam wad untuk penjagaan rapi.


Semasa Berurusan di Wad 24

Setelah selesai pendaftaran, saya bergegas ke wad 24 HSZ2 untuk melihat keadaan isteri saya dan alangkah terkejutnya saya apabila mendapati isteri saya hanya dibekalkan katil tambahan sahaja. Perasaan dan emosi saya mula terganggu disebabkan layanan sedemikian.Di dalam otak saya memikirkan kenapa layanan di hospital Ampang lebih elok dari HSZ2. Setelah menunggu beberapa jam barulah isteri saya dimasukkan ke wad 12 bagi kakitangan kerajaan. Alhamdulillah.
Ketika di bilik Bersalin
PAda jam 10.00pg isteri saya dimasukkan ke bilik bersalin kerana saluran peranakan mula terbuka 4cm. Saya dibenarkan masuk bersama isteri saya. Suasana agak pilu apabila saya melihat isteri saya mengadu sakit. Saya meminta beliau selawat dan beristighfar banyak- banyak. Setelah tiba solat asar saya meminta mertua saya menggantikan tempat saya dan berharap agar isteri saya cepat bersalin. Setelah solat asar Dr Pakar memanggil saya meminta isteri saya dibedah dengan segera kerana jantung bayi saya agak lemah. Saya dan isteri terpaksa akur dengan saranan Doktor.
Alhamdulillah tepat jam 7.10 malam bayi saya selamat dilahirkan secara pembedahan.. Syukur padamu Ya Allah.
Di Wad 12 pertama kali menyambut anak saya sendiri.......bersambung

04 November, 2009

Jom seminar Bersama DR Shukri Abdullah

Klik untuk besarkan gambar

jom pakat ramai-ramai turun bagi mereka yang bergelar ibu bapa. berkongsi kejayaan Bersama Adik Nik Nur Madihah dan keluarga.

04 Ogos, 2009

Selamat Hari Lahir ke - 48 Buat Tuan Guruku




Detik 3 Ogos saban tahun sentiasa dalam ingatan Ahli Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia iaitu Hari Kelahiran YM Tuan Guru Hj Mohd Radzi Hj Hanafi yang merupakan Guru Utama Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia. Alhamdulillah Majlis Sambutan Ulangtahun kelahiran beliau telah selamat dilaksanakan dengan jayanya pada 3 Ogos 2009 yang lepas dengan dihadiri oleh ahli persatuan sekitar Lembah Klang.Program tersebut telah dilaksanakan di Rumah Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia Taman Melawati.





Ucapan YM Tuan Guru




Di dalam ucapan YM Tuan Guru beliau menyarankan supaya perkataan "Hari Jadi " ditukar kepada Hari Lahir, kerana hari jadi ini kurang sesuai digunakan kerana kejadian kita sudah lama diciptakan oleh Allah. Sebagai contoh penciptaan Ruh nabi Muhammad S.A.W, Roh nabi diciptakan lebih awal dari roh nabi adam,cumanya jasad Nabi Adam Allah jadikan lebih awal dari Jasad nabi Muhammad S.A.W.

PETIKAN UCAPAN YM TUAN GURU

" Bila kita sambut ulang tahun mengigatkan kita tentang kelahiran kita serta peranan kita sebagai seorang hamba Allah"

" Kita Boleh berdoa dan minta pada Allah dan jangan memaksa Allah terima doa kita "

" Bila kita berkawan dengan orang yang Soleh setiap barakah akan mengalir kepada kita "

" berhati- hati bila berkawan dengan orang yang derhaka kepada ibu bapa, takut-takut jikalau ruh derhaka terpiasa pada kita"

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


DOA SAMBUTAN ULANGTAHUN KELAHIRAN KE-48 YM TUAN GURU HAJI MD RADZI BIN HAJI HANAFI



بسم الله الرحمن الرحيم....

Ya Allah Ya Rahman,
Kami merafaq’kan syukur kepadaMu, dgn limpah kurnia dan keizinanMu, dapat kami berkumpul pd malam ini bersempena Sambutan Ulangtahun Hari Kelahiran yang ke -48, Yang Mulia Tuan Guru kami tersayang, Yang Mulia Hj Md Radzi B Hj Hanafi Al-Qodhi. Kami berdoa kepadaMu Ya Allah, semoga perjalanan majlis kami ini diberkati, dan dipermudahkan urusan.

Ya Hayyum Ya Qayyum,
Segala puji-pujian selayaknya ke atasMu. Kami mendoakan sebaik-baik perlindungan dan kesejahteraan buat Yang Mulia Tuan Guru kami serta ahli keluarga beliau, sepertimana Engkau memelihara orang-orang yang Engkau khendaki sebelum ini. Ampunkan lah dosa beliau, samada yg terdahulu atau yg akan datang. Engkau lah Tuhan Yg Maha Mengetahui, lagi Maha Pengasih dan Penyayang, tempat bergantung hati bagi orang-orang yg telah Engkau terangkan jalan mereka itu.

Ya Aziz Ya Ghaffar,
Berikanlah kekuatan dan sebaiknya pertolongan buat Tuan Guru kami, untuk terus memimpin perjuangan ini, untuk terus mendidik kami pada jalan yang Engkau tetapkan, dan peliharakan lah beliau dari cubaan kaum yang memudaratkan, yang sentiasanya datang dari pelbagai arah. Sesungguhnya tiada daya bagi kami, melainkan hanya dengan pertolongan dan keizinanMu Ya Allah.

Ya Zaljala liwal ikram,
Sesungguhnya terlalu banyak budi baik Yang Mulia Tuan Guru kami yg tidak dapat kami balas. Engkau lah Tuhan, yang padaMu sebaik-baik perhitungan terhadap barang yg tidak kami mampu dan ketahui. Engkaulah Tuhan yang berkuasa membolak balik hati, terangilah hati-hati kami untuk tetap dibelakang perjuangan Tuan Guru kami yang tersayang, Yang Mulia Tuan Guru Hj Md Radzi B Hj Hanafi Al-Qodhi.


26 Julai, 2009

Saya dikuarantin



Semalam saya menghadiri Majlis Perasmian Penutup Kadet peringkat kebangsaan di Bukit Katil Melaka.Setelah habis program tersebut , didapati 5 orang pelajar yang positif H1N1 dan pihak Jabatan Kesihatan mengisytiharkan kawasan Kem Perkhemahan tersebut ditutup dan semua peserta perkhemahan termasuk urusetia dikuarantin di rumah masing-masing selama 7hari.Para peserta dan urusetia dinasihatkan tidak keluar dari rumah serta tidak berjumpa dengan luar serta menghadiri tempat keramaian.



Walaubagaimanapun bos kesayangan saya meminta saya masuk kerja kerana banyak kertas kerja yang terpaksa disiapkan dengan segera sekiranya saya tidak mempunyai masalah kesihatan tetapi saya terpaksa dikuarantin di rumah selama 7 hari maka kerja-kerja tersebut terpaksa disiapkan di rumah.



Pelajar-pelajar Bersorak



Setelah diumumkan oleh Pegawai Kesihatan bahawa semua pelajar dan urusetia tidak dibenarkan hadir ke sekolah atau tempat kerja masing-masing maka kedengaran terikan dan sorakan di kalangan pelajar. Saya dan beberapa orang urusetia risau apabila mendengar kami terpaksadikuarantin di rumah kerana memikirkan timbunan kerja di pejabat.Namun kami terpaksa akur dengan arahan demi menjaga kasihatan rakan - rakan yang lain di pejabat.

Di antara gejala-gejala H1N1




  1. Sukar bernafas / kadar pernafasan yang cepat

  2. Batuk / kahak berdarah

  3. Sakit dada berterusan

  4. Cirit birit dan muntah berterusan

  5. Demam yang berterusan lebih 3 hari / berulang selepas 3 hari

  6. Tingkah laku yang luar biasa, kekeliruan, kurang daya tindak balas dan sawan

  7. Merasa pening apabila berdiri/ kurang membuang air kecil

Sekiranya anda mempunyai gejala-gejala berkenaan, cepat-cepatlah ke Klinik Kesihatan yang berhampiran.Saya berdoa agar Allah kuatkan hati kami semua agar dijauhkan penyakit ini berjangkit kepada kami dan rakyat malaysia amnya.amin Ya Rabbal alamin


04 Julai, 2009

Alhawari Bersama AADK







Alhamdulillah syukur pada Allah kerana saya berjaya menamatkan Larian sejauh 7Km bersempena dengan Hari Antidadah Antarabangsa bertempat di Hadapan Perbadanan Putrajaya. Walaupun penat dan kaki saya terseliuh namun dapat juga tamatkan larian tersebut dengan pertolongan ILAHI dan saya cuba bermain dengan minda saya.


Bangun Awal..

Saya terpaksa bangun seawal 5 pagi untuk berkumpul di hadapan pejabat saya bersama rakan- rakan sekerja. Perjanjian awal ,seawal jam 6 kami akan bertolak ke putrajaya tapi masih ada yang tidak dapat menepati masa. Mungkin begini sikap orang melayu Islam. Bagi saya perkara ini tidak sepatutnya berlaku kerana kesian kat kawan- kawan lain yang menunggu.Larian bermula pada jam 7.30pagi dan saya sampai digarisan penamat hampir jam 10 pagi. Pemenang larian tersebut bagi ketogori Lelaki dan wanita dimenangi oleh warga Kenya.



terima kasih di atas pemberian baju larian oleh AADK



Kaki Terseliauh


Saya terpaksa berjalan sahaja tanpa berlari kerana kaki saya sakit mungkin lama tidak berlari jauh. Sambil berjalan sempat berkenalan dengan peserta larian yang sama nasib dengan saya. Namanya Mahadzir. saya sempat berbual dengannya. Akhirnya kami sampai ke garisan penamat dan menerima sijil dan cenderamata. Tak dapat juga menjadi juara. Sampai saat ini kaki saya masih sakit.

Nombor Larian pada baju saya