30 September, 2009

Buku Terbaru Ust Yahya Hj othman



Bergambar bersama Al Fadhil Ust yahya hj othman


Alhamdulillah saya bersyukur pada Allah kerana di beri kesempatan menzirahi guru saya iaitu Al Fadhil ust. Yahya Othman sehari sebelum sambutan Aidilfitri.Kehadiran saya dan sahabat-sahabat di sambut dengan begitu baik. Ust Yahya bersemangat bila berbicara bersama orang muda lebih-lebih lagi mereka yang selalu mengikuti usrah beliau.





TULISAN Terbaru






Sewaktu saya berkunjung ke rumah beliau kami dihidangkan dengan ilmu-ilmu yang bermanfaat untuk diamalkan dalam kehidupan seharian. Tulisan terbaru beliau ialah Wasiat rasulullah Kepda Sayyidina Ali Karramallahuwajhah.





Di antara saranan ust. Yahya :



  • Saudaraku : Ketahuilah Bahawa kitab kecil ini mengandungi nas Wasiat Rasulullah kepada Sayyidina Ali KarramaAllahuwajhah yang ditarbiyyah dari kecil lagi





  • Wasiat ini adalah bahan Tarbiyyah Nabawiyyah yang pertama khusus daripada Insan Khatamul Anbia' wal Mursalin kepada Insan yang khusus juga iaitu saidina Ali bin abi Talib : Sepupunya, menantunya , Ketua Panglima Perangnya dan Khalifahnya.





  • Dengarlah Pesanan rasulullah kepada Ali: Wahai Ali Ingatlah wasiatku ini, sepertimana aku ingatinya daripada Jibril daripada Tuhan Maha Suci segala NamaNya tiada tuhan SelainNya.
  • Saudaraku. Nah ! Saya pula sampaikan kepada saudara

Walaupun ada dikalangan anak usrah beliau mengkritik tulisan ini,dengan menyatakan wasiat ini adalah daripada Syiah.. Namun saya mengambilnya sebagai Ingatan serta Muhasabah Ust Yahya kepada saya serta sahabat- sahabat yang lain. Ingatlah saudaraku dalam dunia akhir zaman ini payah untuk kita mencari guru yang boleh mendidik rohani dan keperibadian kita untuk dekat dengan Allah.

Sejuk hati saya dapat berjumpa dengan beliau,Sebelum balik beliau memberitahu ada dua buah buku lagi akan keluar yang sedang dalam semakan, Di antaranya kepimpinan menurut Islam.

Di antara Wasiat dalam buku beliau :

Wasiat 63 : Tanda - tanda orang Soleh

" Bagi orang soleh ada tiga tanda.

1 ) sentiasa memperbaiki hubungan dengan Allah dengan amalan soleh

2) Sentiasa memperbaiki agamanya dengan beramal soleh

3 ) sentiasa redha kepada manusia apa yang dia redha untuk dirinya sendiri..

Ayuhlah sahabatku carilah sebanyak mungkin mutiara daripada orang orang yang hampir dengan Allah sebelum kita dicabut nyawa oleh Yang Maha Pencipta.

Akhukum fi Islam : Alhawari, Ampang

3 ulasan:

Tuan Safuan (KIAS) berkata...

Salam. Saya sudah membaca wasiat tersebut. Ia tiada kaitan dengan Syiah. Namun ia haram disebarkan, kerana ia bukanlah hadis Nabi s.a.w., bahkan hadis maudhuk (palsu). Hanya Allah SWT pemberi taufiq dan hidayah.

alhawari berkata...

Sila Hubungi alfadhil Ust Yahya sekiranya Haram disebarkan.

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum wbt

bagaimana caranya sekiranya saya mahu menghubungi Ustaz Yahya?
please pm me ir_mys[at]yahoo.com

wassalam