16 Disember, 2009

Syukur Padamu Ya Allah


Nik Amanina Al- Hawari


Alhamdulillah Syukur tidak terhingga pada Allah yang Maha Esa kerana memberi keselamatan dan kesejahteraan kepada isteri saya melahirkan anak pertama kami pada 06 Disember yang lalu.




Di saat kelahiran Puteriku

Pada 03 Disember yang lalu saya bergegas ke pejabat bos saya untuk memohon cuti gantian selama 3 hari untuk membuat persiapan menyambut anak pertama saya. Alhamdulillah cuti diluluskan dan saya bergegas ke stesen bas putra untuk balik ke kelantan dengan kadar segera. Setelah sampai di Pasir Mas isteri saya menelefon saya bahawa beliau sakit perut,namum saya memberitahunya supaya bersabar kerana saya sedang menunggu "prebet sapu " untuk balik ke rumah mertua saya.Setelah bersalaman dengan kedua dua mertua, saya dan abang ipar saya bergegas ke Hospital Sultanah Zainab 2 untuk membawa isteri ke dewan bersalin dengan kadar segera. Setelah diperiksa, jururawat yang bertugas memberitahu saya bahwa isteri saya terpaksa di tahan di dalam wad untuk penjagaan rapi.


Semasa Berurusan di Wad 24

Setelah selesai pendaftaran, saya bergegas ke wad 24 HSZ2 untuk melihat keadaan isteri saya dan alangkah terkejutnya saya apabila mendapati isteri saya hanya dibekalkan katil tambahan sahaja. Perasaan dan emosi saya mula terganggu disebabkan layanan sedemikian.Di dalam otak saya memikirkan kenapa layanan di hospital Ampang lebih elok dari HSZ2. Setelah menunggu beberapa jam barulah isteri saya dimasukkan ke wad 12 bagi kakitangan kerajaan. Alhamdulillah.
Ketika di bilik Bersalin
PAda jam 10.00pg isteri saya dimasukkan ke bilik bersalin kerana saluran peranakan mula terbuka 4cm. Saya dibenarkan masuk bersama isteri saya. Suasana agak pilu apabila saya melihat isteri saya mengadu sakit. Saya meminta beliau selawat dan beristighfar banyak- banyak. Setelah tiba solat asar saya meminta mertua saya menggantikan tempat saya dan berharap agar isteri saya cepat bersalin. Setelah solat asar Dr Pakar memanggil saya meminta isteri saya dibedah dengan segera kerana jantung bayi saya agak lemah. Saya dan isteri terpaksa akur dengan saranan Doktor.
Alhamdulillah tepat jam 7.10 malam bayi saya selamat dilahirkan secara pembedahan.. Syukur padamu Ya Allah.
Di Wad 12 pertama kali menyambut anak saya sendiri.......bersambung

3 ulasan:

ABD RAHMAN berkata...

betapa besar pengorbanan seorng ibu,,,
tahniah buat kak linda dan akhi arif

zaza@mamaHanin berkata...

salam..
amboii.. dah bertukar add blog pun xbtau ehh.. nk kena nih.. nnti kena belanja ana dan suami ana makan nih.. hehehe..
zaujah mcm mana? kena selalu bagi moral support nih sbb operation mmg susah nk jg compare those having normal delivery... papepun, TAHNIAH dan bergelar ABI ngan UMMI.. semoga diberkati selalu..

psss:cumelll betul baby yerr.. ikut abi ke ummi tu?

alhawari berkata...

ana dah bagitau hari tu. enti je yang tak save.apa-pun terima kasih sudi ziarah blog ana

Terdapat ralat dalam alat ini