Memaparkan catatan dengan label Makluman. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Makluman. Papar semua catatan

05 September, 2011

Raya dan Kunjungan Ziarah


Raya 2011
Alhamdu Lillah pada tahun ini,Raya di Rumah saya di Jeli agak meriah kerana kesemua adik beradik saya serta isteri dan abang ipar dapat berkumpul pada pagi raya pertama.
Tema Biru raya ke -4 sempenaMajlis Hari Raya Persatuan Silat Cekak Pusaka Hanafi Kelantan

Kunjungan Ziarah
Alhamdu Lillah,dengan Izin Allah dan Barakah Guruku,saya sempat menzirahi Al fadhil Ustaz Hj Yahya Othman bersama isteri dan anak-anak saya pada hari 01 September 2011 yang lepas.  Pada Awal Ramadhan, YM guru saya menelefon supaya menziarahi Ustaz Yahya bertujuan mengenang jasa beliau yang banyak mendidik saya semasa saya berada di Machang selama 4 tahun. Banyak isu dan perbincangan yang diutarakan oleh beliau. Beliau menghadiahkan kepada saya bukunya yang terbaru iaitu Himpunan Kertas Kerja Tarbiyyah.

Pesanan Penulis
1. Usrah dan tarbiyyah Insya Allah akan berjaya sekiranya naqib-naqib usrah yang benar-benar seorang Wilayyan Mursyidan
2. Bacalah ayat-ayat Alquran dan Alhadith dengan cermat dan betul, ulangi berkali kali,minta anggota usrah membacanya dengan betul, pastikan usrah benar-benar memahami dan menghayati.
3. Ketahuilah bahawa Sesungguhnya allah menyukai Orang-orang Bertaubat dan menyucikan diri dari Dosa. Marilah Bertaubat daripada Segala dosa dan menyakini balasan Allah kepada Mukmin adalah syurga.

Pesanaan dari Hamba yang Dhaif.
 Saya berharap kepada pembaca agar yakinlah bahawa setiap perlaksanaan usrah yang berjaya hanya berjalan akan lancar dengan IzinNYa sahaja.Ingatlah setiap perilaku kita Dia yang Izinkan.Niatlah dengan Ikhlas KeranaNya bilamana kalian melaksanakan Sunnah Rasulullah.Janganlah kalian menghina orang yang tidak sealiran dengan kalian. Jalan menuju kepada Allah banyak jalannya. Carilah Guru yang Mursyid lagi Siddiq yang dapat bimbing Kalian ke arah Maqam Hamba Allah.Hanya dengan ada guru kita boleh Kenal Jalan Muhammad dan Allah. Sekadar perkongsian dari hamba yang"tin Kosong yang tiris".
 Buku terbaru Ustaz Yahya

04 November, 2009

Jom seminar Bersama DR Shukri Abdullah

Klik untuk besarkan gambar

jom pakat ramai-ramai turun bagi mereka yang bergelar ibu bapa. berkongsi kejayaan Bersama Adik Nik Nur Madihah dan keluarga.

09 September, 2009

Ust Yahya

Setelah menerima mesej dari sahabat "Harapan beliau agar anak-anak usrah dapat bertemu beliau sebelum beliau pergi"... aku dan bersama sahabat-sahabat terus mengatur untuk menziarahi Al Fadhil Ust Yahya Othman... seorang Mursyid bagi kebanyakkan pejuang-pejuang Islam di dalam negara ini....

Beliau sukar untuk bangun secara bersendirian, dan terpaksa dipapah... Wajahnya ceria tatkala menerima kunjungan-kunjungan dan apabila berbicara, seolah-olah beliau sihat bugar..... segar menyampaikan amanah-amanah terutama kepada YB Baihaki yang turut serta dalam ziarah ini

dipetik dari Blog ayah pu ( http://www.lot250.blogspot.com/ )

Ulasan Alhawari
- Bila mendengar massage dari seorang sahabat mengenai Ust. yahya mengalir air mata saya kerana sudah setahun saya tidak mengunjungi beliau. Saya mengenali beliau semasa belajar di Kampus. Saya menganggap beliau sebagai Ayah, Guru Mursyid dan sahabat saya. Walaupun beliau sudah berusia namun pandangan dan pemikiran beliau masih sesuai digunapakai sampai sekarang.

- Apabila saya berbicara dengan beliau seolah-olah beliau telah memahami kehendak dan permasalahan di benak hati saya. Begitulah seorang Mursyid yang memahami isi hati muridnya.

- beliau sentiasa berpesan kepada saya bahawa jalan untuk mencapai sesuatu matlamat dalam perjuangan islam tiada jalan pintas,,kena membina Jambatan untuk sampai kepada Matlamat yang dituju.

Isyaa Allah saya akan menziarahi beliau sebelum menjelang Syawal nanti.Mudah-mudahan Allah panjangkan umur beliau

04 Ogos, 2009

Selamat Hari Lahir ke - 48 Buat Tuan Guruku




Detik 3 Ogos saban tahun sentiasa dalam ingatan Ahli Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia iaitu Hari Kelahiran YM Tuan Guru Hj Mohd Radzi Hj Hanafi yang merupakan Guru Utama Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia. Alhamdulillah Majlis Sambutan Ulangtahun kelahiran beliau telah selamat dilaksanakan dengan jayanya pada 3 Ogos 2009 yang lepas dengan dihadiri oleh ahli persatuan sekitar Lembah Klang.Program tersebut telah dilaksanakan di Rumah Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia Taman Melawati.





Ucapan YM Tuan Guru




Di dalam ucapan YM Tuan Guru beliau menyarankan supaya perkataan "Hari Jadi " ditukar kepada Hari Lahir, kerana hari jadi ini kurang sesuai digunakan kerana kejadian kita sudah lama diciptakan oleh Allah. Sebagai contoh penciptaan Ruh nabi Muhammad S.A.W, Roh nabi diciptakan lebih awal dari roh nabi adam,cumanya jasad Nabi Adam Allah jadikan lebih awal dari Jasad nabi Muhammad S.A.W.

PETIKAN UCAPAN YM TUAN GURU

" Bila kita sambut ulang tahun mengigatkan kita tentang kelahiran kita serta peranan kita sebagai seorang hamba Allah"

" Kita Boleh berdoa dan minta pada Allah dan jangan memaksa Allah terima doa kita "

" Bila kita berkawan dengan orang yang Soleh setiap barakah akan mengalir kepada kita "

" berhati- hati bila berkawan dengan orang yang derhaka kepada ibu bapa, takut-takut jikalau ruh derhaka terpiasa pada kita"

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


DOA SAMBUTAN ULANGTAHUN KELAHIRAN KE-48 YM TUAN GURU HAJI MD RADZI BIN HAJI HANAFI



بسم الله الرحمن الرحيم....

Ya Allah Ya Rahman,
Kami merafaq’kan syukur kepadaMu, dgn limpah kurnia dan keizinanMu, dapat kami berkumpul pd malam ini bersempena Sambutan Ulangtahun Hari Kelahiran yang ke -48, Yang Mulia Tuan Guru kami tersayang, Yang Mulia Hj Md Radzi B Hj Hanafi Al-Qodhi. Kami berdoa kepadaMu Ya Allah, semoga perjalanan majlis kami ini diberkati, dan dipermudahkan urusan.

Ya Hayyum Ya Qayyum,
Segala puji-pujian selayaknya ke atasMu. Kami mendoakan sebaik-baik perlindungan dan kesejahteraan buat Yang Mulia Tuan Guru kami serta ahli keluarga beliau, sepertimana Engkau memelihara orang-orang yang Engkau khendaki sebelum ini. Ampunkan lah dosa beliau, samada yg terdahulu atau yg akan datang. Engkau lah Tuhan Yg Maha Mengetahui, lagi Maha Pengasih dan Penyayang, tempat bergantung hati bagi orang-orang yg telah Engkau terangkan jalan mereka itu.

Ya Aziz Ya Ghaffar,
Berikanlah kekuatan dan sebaiknya pertolongan buat Tuan Guru kami, untuk terus memimpin perjuangan ini, untuk terus mendidik kami pada jalan yang Engkau tetapkan, dan peliharakan lah beliau dari cubaan kaum yang memudaratkan, yang sentiasanya datang dari pelbagai arah. Sesungguhnya tiada daya bagi kami, melainkan hanya dengan pertolongan dan keizinanMu Ya Allah.

Ya Zaljala liwal ikram,
Sesungguhnya terlalu banyak budi baik Yang Mulia Tuan Guru kami yg tidak dapat kami balas. Engkau lah Tuhan, yang padaMu sebaik-baik perhitungan terhadap barang yg tidak kami mampu dan ketahui. Engkaulah Tuhan yang berkuasa membolak balik hati, terangilah hati-hati kami untuk tetap dibelakang perjuangan Tuan Guru kami yang tersayang, Yang Mulia Tuan Guru Hj Md Radzi B Hj Hanafi Al-Qodhi.


13 Jun, 2009

Mahmoud Ahmadinejad PM Iran

Mahmoud Ahmadinejad, yang bukan seorang ulamak akhirnya keluar sebagai pemenang pilihanraya presiden Iran dengan keunggulan yang cukup jauh dari pesaing utamanya, mantan Perdana Menteri Mir Hossein Mousavi, Sabtu (13/6). Ahmadinejad menang dengan 61.6 peratus undi diikuti Mousavi dengan hanya meraup 32.5 peratus undi. Ahmadinejad berhak mendapat tahniah dunia, justeru terpilih menjadi Presiden Iran bagi penggal kedua sekalipun ia satu keputusan yang memeranjatkan banyak pihak. Dahulu beliau berupaya mengalahkan Ayatullah Akbar Hashemi Rafsanjani, seorang tokoh politik ulama yang terkemuka sejak kemenangan revolusi Islam pimpinan Khomeini hujung 1970an


Perkara pertama yang beliau isytiharkan selepas memegang jawatan Presiden adalah pemilikan hartanya yang ‘Besar’ iaitu sebuah kereta Peugeot 504 model tahun 1977, sebuah rumah lama yang kecil yang diwarisi daripada bapanya 40 tahun yang lalu di salah sebuah kawasan yang termiskin di Tehran, akaun simpanannya yang tidak berbaki dan sumber kewangan yang masuk ke dalam akaunnya hanyalah daripada gaji yang diterimanya sebagai seorang pensyarah di Universiti yang berjumlah hanya 250 Dolar Amerika sebulan.Beliau masih lagi tinggal di rumahnya yang lama itu. Itulah sahaja harta yang dimilikinya. Beginilah kehidupan seorang Presiden kepada salah sebuah negara yang terpenting di dunia ini, dari sudut lokasinya yang strategik, ekonomi, politik serta pemilikan sumber minyak dan sistem pertahanannya.


Beliau malah langsung tidak mengusik gaji Presidennya dengan sebuah hujjah bahawa segala kekayaan adalah menjadi hak milik negaranya dan beliau mempunyai amanah untuk memeliharanya.Salah satu perkara yang amat menakjubkan buat kakitangan-kakitangan di pejabatnya adalah sebuah beg yang sentiasa dibawa setiap hari. Di dalamnya mengandungi makanan sarapan paginya, sedikit roti sandwic atau roti biasa dengan minyak zaitun dan keju yang disediakan oleh isterinya. Beliau menikmati makanan-makanan tersebut dengan begitu ceria sekali.Dalam bab amanahnya kepada Allah, beliau tidak kisah untuk dirikan solat di mana saja hatta di tepi jalan sekalipun.Perubahan lain yang dilakukannya adalah menukar jet peribadinya sebagai seorang Presiden menjadi kapal terbang kargo untuk menjimatkan perbelanjaan daripada hasil wang rakyat dan beliau menegaskan bahawa beliau akan terbang menggunakan pesawat awam biasa pada kelas ekonomi.


Beliau kerap mengadakan mesyuarat dengan semua para menteri untuk mengetahui segala aktiviti mereka dan keberkesanan pelaksanaannya.Di samping itu, beliau juga telah menutup pejabat pengurus Presiden demi untuk memudahkan para menteri untuk berjumpa dengannya tanpa perlu meminta keizinan terlebih dahulu.Beliau telah membubarkan beberapa acara seperti majlis karpet merah untuk menyambut tetamu, sesi fotografi serta segala bentuk pengiklanan atau promosi peribadi sewaktu mengadakan lawatan ke pelbagai tempat di dalam negaranya.Setiap kali beliau perlu untuk menginap di hotel, beliau akan memastikan bahawa beliau hanya akan diberikan bilik tanpa katil yang besar kerana tidak gemar untuk tidur di atas katil sebaliknya lebih suka untuk tidur di atas lantai dengan sebuah tilam sederhana dan sehelai kain selimut.

Ahmadinijad mempunyai jiwa yang besar walupun beliau kerdil beliau terkenal dengan sifat berani mengutuk serangan Yahudi ke atas Plastine. Beliau berani mempertahankan hak2 warga Plastine dan Islam,Adakah Pemimpin Sekarang beranai mcm beliau??kita Perlukan pemimpin yang berani membela Islam, Ahmadenejad Idola saya sekeluarga ( ALhawari)

JPAM sebagai Kumpulan Satukan Perpaduan


Imej JPAM ditingkatkan sebagai kumpulan satukan perpaduan: Hishammuddin

KLUANG: Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mempertingkat imej Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) yang kini lebih berfungsi sebagai kumpulan sokongan bantuan bencana kepada kumpulan sukarelawan yang boleh menyatukan perpaduan kaum di negara ini. Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata JPAM yang ditubuhkan sejak zaman darurat dan konfrantasi dapat membantu kerajaan menjayakan konsep 1Malaysia sekali gus meringankan beban Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam mengawal keselamatan. "Walaupun kita berada dalam landskap baru, ancaman yang boleh menjejaskan perpaduan kaum tetap boleh berlaku seperti perbincangan isu perkauman yang tidak menjurus kepada kemenangan mana-mana pihak pun.


"Jadi, dalam keadaan ini kenapa kita tidak melihat dalam konteks yang lebih luas yang menumpukan perkara yang boleh menyatupadukan kaum. Ini bukan retorik atau sekadar cakap kosong dan saya harap perpaduan kaum menerusi JPAM ini dapat disemarakkan," katanya selepas majlis pelancaran pemuafakatan dan pemantapan perkahwinan anjuran Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dekat Paloh, di sini, hari ini

Hishammuddin yang juga Ahli Parlimen Sembrong, berkata beliau yakin peningkatan imej JPAM itu tidak membebankan tugas sedia ada kumpulan berkenaan dan usaha bersungguh-sungguh akan dilakukan bagi menarik generasi muda menyertai kumpulan itu

Sumber B.harian online

Alhawari : nampaknya JPAM akan mengubah fokus nya ke arah menarik ramai generasi Muda menyertai JPAMdan operasi hanya sebagai sampingan. mesti ada yang tidak bersetuju.walau apa pun anda yang bergelar pegawai atau anggota JPAm kenalah positif