06 Disember, 2016

Bismillah Alhamdu lillah

Terasa ingin menulis kembali, sekadar coretan alfaqil ila Allah
doakan saya konsisten berkongsi dengan gaya bahasa saya sendiri
saya hanya insan biasa, yang menulis keranaNya berbicara mengikut aturanNya.
.
Salam Kasih dari saya
arifzain sahabat anda

kg APAM Pasir Mas 
kelantan

02 Mac, 2012

 
Setiap orang Islam yang dalam keadaan hadas besar wajib untuk melakukan mandi wajib atau mandi junub ini. Apakah hikmah dan rahsia mandi wajib ini?

Mandi wajib adalah mandi yang perlu dilakukan oleh seseorang Muslim untuk membersihkan dirinya daripada hadas besar dan melibatkan perbuatan mandi dengan membasahi seluruh anggota badan. Hukum mandi wajib ataupun mandi junub adalah wajib ke atas orang Muslim untuk membersihkan dirinya daripada hadas besar.

Hikmah Di Sebalik Mandi Wajib

Adalah banyak diketahui oleh pakar sains bahawa di bawah kulit manusia terdapat banyak mikroorganisma yang hidup komensal. Mikroorganisma ini akan keluar dan berada di hujung rambut dan bulu roma setiap kali manusia berpeluh atau selepas melakukan hubungan kelamin dengan isteri @ suami. Sudah tentulah badan akan menjadi kotor dan organisma ini akan mudah berjangkit kepada orang lain apabila ia keluar dan berurusan tanpa mandi junub.

Bakteria ini jika sekiranya mempunyai peluang untuk menguasai badan kita ketika daya tahan badan manusia menjadi lemah akan mengambil kesempatan dan akan menjadi parasit dan boleh menyebabkan jangkitan di tubuh badan kita. Itulah sebabnya Islam menetapkan mandi junub sebagai cara pembersihan diri dan tubuh badan daripada tercemar daripada bakteria tadi. Keluar berjual-beli, makan, minum, berhubungan dan berinteraksi dengan orang lain dalam keadaan berjunub adalah makruh. Allah Yang Maha Mengetahui tentang makhluk yang diciptakannya ini telah menetapkan bahawa manusia mesti mandi wajib selepas setiap kali datang haid nifas dan bersetubuh.

Ia adalah bagi tujuan pembersihan dan penyucian diri. Apabila bakteria tadi terkena atau dikenakan padanya air yang dapat menghilangkanya dari badan, ia akan mati dan tidak dapat menjangkiti orang lain. Maka terselamatlah manusia daripada jangkitan dan wabak penyakit sekaligus dan meneruskan hidup dalam keadaan bersih dan sihat.

Tayammum Pengganti Mandi Wajib

Kenapakah tayammum dapat menggantikan mandi junub dan wudu’ ( dua jenis penyucian diri dalam Islam ) dalam keadaan air di tempat yang kering-kontang? Bakteria apabila terkena air akan mati disebabkan tekanan osmosis di dalam badannya sehingga air boleh menyerap masuk ke dalam badan dan akhirnya ia mati kerana mengalami overhydration. Begitu juga halnya apabila bakteria tadi didedahkan kepada keadaan yang terlalu kering dan kontang seperti apabila dikenakan padanya debu. Ia akan mati setelah air badannya keluar kerana tekanan osmosis lebih rendah daripada tekanan osmosis di luar badan menyebabkanya mati kerana air badan keluar dan kerana kekontangan fisiologi badan. – Oleh: Dr Jamnul Azhar Hj Mulkan

Mandi Wajib Mengikut Sunnah Rasulullah SAW

Segala amal ibadah yang hendak dilakukan sebaik-baiknya perlu mengikut jejak langkah Rasulullah SAW.
Al-Bukhari dan Muslim daripada Aisyah r.ha. meriwayatkan sebuah hadis mengenai cara Rasulullah SAW mandi dengan katanya yang bermaksud: “Apabila Nabi SAW mandi janabah, Baginda mulakan dengan membasuh kedua-dua tangannya.” (Hadis riwayat Muslim)

Menurut riwayat Muslim, “Kemudian Baginda mencurahkan air dengan tangan kanannya keatas tangan kirinya, lalu membasuh kemaluannya.”

Munurut hadis di sisi al-Bukhari yang diriwayatkan dripada Maimunah r.ha. “Rasulullah SAW apabila mandi jenabah, Baginda mulakan dengan membasuh kedua-dua tangannya. Kemudian Baginda menuang dengan tangan kanannya daripada tangan kirinya, lalu Baginda membasuh kemaluannya. Kemudian Baginda berwuduk sebagaimana wuduk sembahyang. Kemudian Baginda memasukkan jari-jarinya ke dalam air lalu menyelati dengannya pangkal-pangkal rambutnya. Kemudian Baginda mencurahkan air di atas kepala sebanyak tiga cebok tangannya ke seluruh badannya. Kemudian Baginda mencuci kedua-dua kakinya“ (Riwayat Muslim). Wallahualam.

-sumber dari hasnulhadiahmad.com

31 Januari, 2012

Salam Maulidur Rasul 1433H

SALAM MAULIDUR RASUL 1433H
Mudah-mudahan para pembaca yang budiman termasuk dari Golongan "IKHWAN" yang mana Baginda Amat Mengasihi golongan ini. Mereka tidak Pernah melihat Rasulullah tetapi MERAKA Yakin dan BERIMAN dengan Ajaran baginda.

Saya menyeru kepada sidang pembaca agar perbanyakkanlah selawat kepada baginda kerana Allah dan para malaikat berselawat kepda baginda,tanpa baginda siapalah kita.

Berkata YM guruku ; Allah tidak mempunyai isteri,anak,tidak beranak dan tidak diperanakkan,,Allah hanya mempunyai KEKASIH iaitu Muhammad Sollahualaihiwasallam,cara kita Kasih kepada baginda adalah kita perbanyakkan berselawat kepada beliau. Insya Allah mudah-mudahan kita diberkati oleh Nya.

Salam 1 Suara 1 hati,Takaful For U & Me

13 Januari, 2012

Tahniah Takaful Great Eastern

Tahniah Great Eastern kerana memenangi  memenangi anguerah Best New Takaful Operator 2011. Ingin mengetahui kehebatan Great Eastern Takaful, call saya di talian 014-8127721

09 Januari, 2012

Dosa Hutang

 
ISLAM membenar, malah mengharuskan seseorang itu berhutang ketika berdepan dengan kesusahan dan kesempitan hidup yang membabitkan masalah kewangan.


Pada masa sama, Islam memberi galakan kepada umatnya agar memberi bantuan dan pertolongan kepada mereka yang memerlukan dalam pelbagai bentuk seperti pinjaman secara hutang bagi meringankan beban yang ditanggung oleh mereka, lebih-lebih lagi dalam hal keperluan asasi.
Firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya orang lelaki yang bersedekah dan orang perempuan yang bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah (semata-mata untuk mendapatkan pahala) dengan pinjaman yang baik (ikhlas) akan digandakan balasannya dan mereka pula akan beroleh pahala yang mulia.” (Surah al-Hadid, ayat 18)
Firman Allah bermaksud: “Dan bertolong-tolonglah kamu pada jalan kebaikan dan ketakwaan dan janganlah bertolong-tolong pada perkara dosa dan permusuhan.” (Surah al-Maidah, ayat 2)
Namun, Islam begitu teliti dan memandang berat dalam soal memberi, menerima dan membayar semula hutang kerana ia membabitkan hubungan sesama manusia ketika hidup di dunia ini hingga ke akhirat kelak.
Mengapakah anda berhutang?
Ada banyak faktor yang menyebabkan seseorang itu terjebak dalam hutang antaranya ialah:
1 ) ingin memenuhi kehendak dan tuntutan hawa nafsu untuk memiliki sesuatu yang tidak mampu ditunaikan kecuali dengan berhutang.
2) Pengaruh daripada sahabat handai atau jiran tetangga yang sering memberi galakan untuk berhutang. Lantaran itu dia berbuat demikian, walaupun pada hakikat dirinya itu tidak memerlukan, tetapi hanya untuk berbangga dengan apa yang dimilikinya.
3) Sikap tidak berasa puas dan cukup dengan apa yang dimiliki dan sanggup berhutang demi memenuhi kehendak dan hajatnya tanpa memikirkan akibat yang mendatang.
4 )Kemudahan pinjaman yang disediakan oleh beberapa pihak tertentu seperti institusi kewangan dan perbankan bagi menggalakkan lagi amalan berhutang.
5)  Berkehendakkan sesuatu benda yang membabitkan kebendaan dengan cepat dan segera walaupun hakikatnya dia tidak mampu berbuat demikian.
Dalam hal ini jika perkara yang hendak dimiliki itu adalah keperluan asasi (dharuriat) seperti makanan, minuman, tempat tinggal, pakaian dan pelajaran, maka Islam membenarkan berhutang sebagaimana dalam sebuah hadis bermaksud: “Daripada Abu Hurairah berkata seseorang: Ya Rasulullah, pekerjaan apakah yang paling baik? Baginda bersabda Memasukkan kepada saudara kamu kegembiraan atau melunaskan hutangnya atau memberi roti (makanan) kepadanya.”
Jika perkara yang ingin dimiliki itu bukan perkara asasi atau penting dalam kehidupan seseorang itu, maka tidak perlulah dia berhutang. Ini kerana hanya akan menambahkan bebanan, lebih-lebih lagi jika membabitkan institusi kewangan dan perbankan yang mengamalkan sistem riba.
Kesan amalan berhutang.
l Penyakit berhutang ini jika diamalkan akan menjadi satu budaya dalam kehidupan manusia yang boleh mendatangkan kesan negatif kepada pemiutang seperti muflis. Ini disebabkan bebanan hutang yang tinggi serta gagal melunaskan hutangnya.
l Jiwa orang yang berhutang tidak akan tenteram dan aman, hidupnya dalam resah gelisah kerana dihantui bebanan dan tuntutan hutang yang tinggi.
l Seseorang yang terbeban dengan hutang akan memungkinkan dia melakukan pelbagai perkara yang dilarang oleh syarak seperti mencuri dan menjual maruah diri semata-mata untuk melunaskan hutangnya.
l Orang yang berhutang akan terikat hidupnya di dunia dan akan tergantung amalan dan rohnya selepas meninggal dunia hingga segala hutang piutangnya dilunaskan ketika hidup.
Sabda Rasulullah: “Jiwa orang mukmin akan tergantung dengan hutangnya (iaitu tidak dihukum selamat atau celaka) hingga dia menjelaskan hutangnya.”
Rasulullah pernah berwasiat kepada sahabat Baginda agar mengurangkan hutang seperti sabdanya : “Kurangkanlah dirimu daripada melakukan dosa, maka akan mudahlah bagimu ketika hendak mati. Kurangkanlah daripada berhutang nescaya kamu akan hidup bebas.”
l Amalan berhutang bukan saja membabitkan kehidupan dunia semata-mata, bahkan berpanjangan hingga ke hari akhirat.
Sabda Rasulullah: “Sesungguhnya sebesar-besar dosa di sisi Allah ketika seseorang hamba itu berjumpa dengan Allah nanti selepas dosa besar lain yang ditegah ialah seseorang lelaki yang berjumpa dengan Allah pada hari hisab dengan mempunyai hutang yang belum dijelaskan lagi.”
l Mereka yang berhutang walau sebanyak manapun amalan kebaikan yang dilakukan, ia tidak akan selamat di dunia dan akhirat, sekalipun dia mati syahid.
Sabda Rasulullah bermaksud: “Semua dosa orang yang mati syahid diampuni kecuali hutangnya.” (Hadis riwayat Bukhari, Tarmizi, An-Nasai’ dan Ibn. Majah)
Rasulullah sendiri tidak akan menyembahyangkan jenazah orang yang masih mempunyai hutang. Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Saidina Ali bahawa apabila didatangkan kepada Rasulullah satu jenazah, Baginda tidak akan bertanya mengenai amalan si mati, tetapi bertanya apakah si mati mempunyai hutang atau tidak. Jika si mati mempunyai hutang, Rasulullah menyuruh sahabatnya menyembahyangkan jenazah itu atau Baginda meminta sesiapa yang sanggup menaggung hutang si mati. Jika tiada, maka hutang itu akan diserah atau ditanggung oleh pihak Baitulmal. – Petikan buku Budaya Berhutang: Amalan Dan Akibatnya.

 terbitan Jabatan Agama Islam Selangor

04 Januari, 2012

TAUBAT

Taubat Nabi Adam a.s.

Diriwayatkan dari Hasan, ia berkata bahawa ketika Allah menerima taubat Nabi Adam a.s., para malaikat mengucapkan selamat kepadanya dan Jibril serta Mikail a.s. turun kepadanya seraya berkata, "Wahai Adam, tenanglah hatimu sebab Allah Taala telah menerima taubatmu."
Jawab Nabi Adam a.s., "Hai Jibril, jika sesudah taubat ini ada pertanyaan, maka di mana sebenarnya maqam (kedudukan) aku?"

Allah pun menurunkan wahyu kepada Nabi Adam a.s., "Hai Adam, Kuwariskan kepada keturunanmu jerih-payah dan upah, dan Kuwariskan taubat kepada mereka. Barangsiapa di antara mereka berdoa kepada-Ku, pasti Kukabulkan sebagaimana Aku mengkabulkan engkau, dan barangsiapa memohon ampunan-Ku, Aku tidak berlaku kikir ke atasnya. Sebab Aku dekat, dan pengampun dosa. Hai Adam, orang-orang yang bertaubat akan dibangkitkan dari kuburnya dalam keadaan suka ria dan tersenyum simpul di mana doa permohonan mereka dikabulkan."

Tuhan Maha Penerima Taubat

Diriwayatkan bahawa di kalangan Bani Israil ada seorang pemuda yang beribadat kepada Allah selama 20 tahun dan membuat maksiat kepada-Nya selama 20 tahun pula. Suatu hari dia melihat wajahnya di cermin, dan nampaklah janggutnya yang beruban. Dia merasakan dirinya telah tua dan sudah tentu telah dekat dengan kematian.

Keadaan itu menyebabkan hatinya merana, lalu mengeluh, "Hai Tuhanku, aku telah taat kepada-Mu selama 20 tahun, kemudian maksiat kepada-Mu selama 20 tahun pula. Andaikata aku kembali kepada-Mu, sudikah Engkau menerima-Ku?"
Kemudian dia mendengar suatu suara berkata, "Engkau telah mencintai-Ku, maka Aku pun mencintaimu. Engkau telah meninggalkan-Ku, maka Aku pun meninggalkanmu. Dan engkau telah maksiat kepada-Ku, maka engkau Kuberi waktu. Jikalau engkau kembali kepada-Ku, Aku terimalah engkau."

Pintu Taubat Sentiasa Terbuka

Seorang lelaki telah bertanya kepada Ibnu Mas`ud tentang seorang yang berdosa tapi menyesalinya, apakah bagi orang itu ada hak taubat. Ibnu Mas`ud berpaling daripadanya, kemudian menghadapnya semula dengan kedua matanya bercucuran air mata, lalu menjawab, "Sesungguhnya Syurga itu mempunyai lapan pintu yang seluruhnya kadang kala terbuka dan kadang kala terkunci, kecuali pintu taubat. Pada pintu ini ada malaikat yang diserahi tugas agar jangan menguncinya. Bertaubatlah, jangan berputus asa!"
Taubat Dengan Menebus Dosa

Pada umat sebelum Rasulullah SAW, ada seorang lelaki yang telah membunuh 99 orang. Suatu hari dia menanyakan tentang orang yang paling alim di dunia ini, lalu ditunjukkan kepadanya seorang rahib. Lelaki itu pergi berjumpa sang rahib dan mengatakan bahawa dirinya telah membunuh 99 orang, apakah masih berhak untuk taubat. Rahib itu mengatakan tidak. Lalu dibunuhnya sekali rahib tersebut dan dengan itu cukuplah seratus orang. Kemudian ia bertanya lagi siapa yang paling alim di dunia ini. Ditunjukkanlah kepadanya salah seorang alim, lalu ia pun mengaku kepada orang alim itu yang ia telah membunuh seratus orang, apakah ia boleh bertaubat.

Jawab orang alim itu, "Ya. Siapa yang dapat menghalang kamu daripada bertaubat? Pergilah ke kampung sekian, sekian. Di sana, orang-orangnya memuja Allah Taala. Menujulah kepada Allah bersama-sama mereka dan jangan kembali ke kampungmu. Sebab kampungmu adalah tanah jahat."
Di pertengahan jalan, lelaki itu telah meninggal dunia. Maka berselisihlah malaikat rahmat dan malaikat azab tentang siapa yang berhak menguruskannya.

Malaikat rahmat berkata, " Di hatinya telah ada taubat kepada Allah."

Malaikat azab pula berkata, "Dia belum berbuat kebaikan sama sekali."

Kemudian, Allah mendatangkan malaikat lain dalam rupa manusia biasa untuk memutuskan perkara itu. Jarak di antara lelaki itu dengan kedua buah kampung pun diukur. Ternyata ia lebih dekat dengan kampung yang sedang ditujuinya dengan kadar satu jengkal. Akhirnya ia pun diuruskan oleh malaikat rahmat. Oleh itu, jelaslah bahawa tidak ada keselamatan kecuali dengan lebih beratnya timbangan kebaikan walaupun hanya seberat satu atom. Kerana itu wajib bagi orang yang bertaubat untuk memperbanyakkan kebaikan bagi menebus dosa-dosanya.

03 Januari, 2012

Belajar Memahami Kaum Adam



Salam perjuangan untuk mencapai redha Ilahi, yang matlamat hidupku adalah membuat sesuatu perkara untuk mendapat Redha Ilahi. Di sini ingin saya berkongsi dengan anda semua mengenai lelaki. Mudah-mudahan usaha kecil ini akan menjadi saham saya di akhirat nanti. Jom mai kita berhenti sekejap menyingkap sedikit rahsia mengenai orang lelaki ni.

1.  Jika anda semua ingin disayangi sepenuh hati ( biasanya lelaki akan menyayagi sepenuh hati bila wanita mengahwininya  dan faham mengenai dirinya) maka, anda para wanita perlulah jangan bongkar Rahsia diri anda sendiri. Usah bagitahu si dia bahawa anda ramai peminat atau ramai kawan-kawan lelaki. kalu saya pun cemburu jugak ni. Tapi Alhamdulillah sudah dapat teman perkongsian hidup saya iaitu isteri saya.
         Lebihkan berbicara tentang masa depan dan dia adalah satu-satunya lelaki yang bertahta di hati anda. Tolong jangan cube membandingkan lelaki lain dihadapannya. So, ciba amalkan yea.pastikan Suami/tunang anda suka kannya.
2.   Jika anda berbicara pasal ibunya,janganlah cube menghina ibunya, orang lelaki ni pantang jika ibunya dihina,,waaupun lelaki ni sangat Jahat dia akan sensitif bila berbicara pasal ibunya.
3. Orang lelaki ni tidak suka sama sekali jika dipersalahkan meskipun dia bersalah. sebagai contoh anda ingin ke K.Lumpur dan suami anda memandu tiba-tiba beliau mengambil jalan short-cut tiba-tiba tersesat nak pi KL dari 6 jam jadi 12 jam. lalu anda asyik salahkan suami anda dan menceritakan kepada orang lain. Sebenarnya anda isteri mencari naas dengan nya.
4. Sokonglah dan tenangkan suami anda dikala beliau mengeluh, mengadu masalah, terlalu tertekan dengan kerjanya..jangan biarkan diri  anda bersikap negatif dikala beliau mengalami masalah..ingatlah para isteri dan wanita ,,SYURGa di bawah tapak kaki suamimu.. dikau adalah sayap kanan kejayaan suamimu,,
5. Secara jujurnya kecantikan bukanlah syarat bagi lelaki untuk jatuh hati terhadap seseorang wanita. Buktinya ramai pasangan yang tidak bahagia boleh kita lihat di mana-mana. para suami dan wanita,, Kecantikan hanya sementara je,,tak salah nak cari yang cantik yang Penting Beragama...dapat semua sifat-sifat yang nabi baitahu pun ok jugak tu..Orang lelaki ni pentinglkan sifat kewanitaan sejati yang anda miliki. Lelaki yang terlalu pentingkan rupa sebenarnya tidak jujur. Hindarilah lelaki seperti ini.jadi tidak timbul masalah sama ada anda cantik ataupun tidak. Sebuah kereta kalau boleh bergerak terlalu lancar tanpa sebarang masalah sama nilainya dengan kereta mewah atas maksud yang sama.
6. Jika anda rasa tertarik dengannya, berilah hint kepadanya. jangan berlagak langsung tak  ada apa-apa. Lelaki juga penuh dengan sifat malu dan kurang yakin. Bukan semua lelaki berani apabila pertama kali meluahkan perasaan kepada wanita apabila pertama kali bersua.

Pesanan saya buat kaum wanita


 Usah terlalu mudah untuk didampingi tetapi asah terlalu susah pula untuk didekati. Berada dan berkelakuan dalam keadaan -keadaan yang betul, selalunya memberi hasil yang betul.Kecemerlangan hidup kita banyak bergantung pada pasangan yang betul.
Maka, Binalah hubungan untuk matlamat yang jelas, iaitu PERKAHWINAN dan jadikan perkahwinan JAMBATAN menuju REDHA ILAHI

30 Disember, 2011

Perkongsian akhir 2011: Buku Keperibadian Muslim



Alhamdulillah Syukur pada Allah Pencipta ampunya Gerak sekalian Makluk di atas muka bumi ini, Dengan Rahmat dan kasih sayang NYa,Syafaat Kekasihnya Muhammad Al Mustafa, Barakah guruku,Karamah dan Hikmah Ibu dan Bapaku. Diizin olehNya untuk saya melabuhkan tirai penulisan saya untuk tahun 2011.

PERKONGSIAN

Sebelum saya berkahwin saya sempat menziarahi Murabbi saya Alfadhil Ustaz yahya Othman yang merupakan insan yang disegani oleh seluruh Mahasiswa dan pendokong gerakan Islam di Malaysia khususnya dan Dunia Amnya.

Beliau berpesan kepada saya supaya membeli buku "Keperibadian Muslim" yang di karang oleh DR Muhammad Ali Al-Hashimi. Di dalam buku tersebut amat bermakna bagi saya sebagai seorang manusia yang keldil lagi faqir.

Sedutan Kata-Kata Penulis ( MUQADDIMAH)
"Sebenarnya minatku untuk menulis tentang "Syaksiah Muslim yang beniar benar Islamik telah ada bertahun-tahun lamanya. Ini adalah timbul dari pemerhatiankuterhadap kebanyakan Muslimpada hari ini. Sebahagian dari mereka cuai dan sebahagian lagi melewati batas. Ada segolongan dari mereka sangat memetingkan satu urusan dan  melupakan urusan yang lain. Ada di antara mereka bersungguh- sungguh bersembahyang di barisan hadapan sekali di dalam masjid TETAPI tidak memperdulikan bau mulut merekayang busuk atau pun bau busuk dan daki- daki badab mereka. kamu dapati dia sebagai seorang yang taat kepada Allah , takut dan khusyuk kepad Allah tetai mencuaikan hubungan silaturrahim sesama manusia."

Nasihat.
Bagi yang meraka yang ingin menambah ilmu, saya menyeru agar anda membaca buku tersebut dan Mencari guru untuk bagi menghuraikan satu persatu akhlak islam sebagaimana yang di anjurkan oleh Kekasih Allah iaitu Nabi Muhammad Sollalahualaiwassalm.


Akhirkalam,
saya memohon maaf seandainya penulisan saya ini tidak memberi manfaat bagi sidang pembaca, ambilah yang baik sahaja kerana yang baik hanya dari yang Maha Esa dan yang lemah itu dari diri saya yang hina( Hakikatnya semua dari Allah). Peranan kitalah sebagai Makhluknya untuk berfikir dan mencari guru yang Mursyid lagi Siddiq untuk menunjukkan cahaya kepada nya.


28 Disember, 2011

Satu Persoalan ??


Minggu lepas sempat belaja topik baru..menarik jugak bila saya disoal.

1. Adakah anda takut mati??
2. Adakah anda takut sakit?
3. Adakah anda takut Cacat?
4. Adakah anda takut bila bersara?

Jawapannya apo yer..Jawapannya Sakit,,bila sakit kita akan kehilangan upaya untuk mencari nafkah buat anak isteri. jawapannya ada pada diri anda sendiri. 
Cuba anda bayangkan anda seorang peniaga burger full time income harian bersih RM 400 sehari, tiba-tiba Allah kurniakan ujian sakit Jantung , dah la rawatan mahal RM 80,000 ,anak nak sekolah lagi..dah la saving RM 10K.. Takaful diri tiada..anda hanya mampu berkata menyesalnya aku tak ambil takaful.
jadi fikir-fikirkanlah,,Anda mampu melakukan perubahan,JOM UBAH SEBELUM PADAH.

Jom Baca Jap..Perbezaan Takaful vs Insurans

Petikan dari website UZAR

13 September, 2011

Puasa Syawal dan Sejarah bulan syawal

Rosululloh SAW bersabda : “Barang siapa puasa Ramadhan kemudian dia mengikutkan puasa sunah enam hari pada bulan Syawal maka pahalanya seperti puasa satu tahun”. Dimana enam hari tersebut boleh dikerjakan secara berturut-turut atau diselang seling asal masih dalam bulan Syawal. Untuk itu marilah segera mengerjakan puasa sunat.

SEJARAH PADA BULAN SYAWAL
Banyak peristiwa besar yang berlaku dalam sirah nabi saw di bulan Syawal

1. Perang Bani Qainuqa' (2H)Ia bertujuan membersihkan negara Madinah daripada Yahudi

2. Perang Bani Sulaym (2H)200 tentera Islam menentang musuh dari Bani Sulaym dan Ghatfan. Musuh akhirnya lari dan mereka meninggalkan harta mereka kepada tentera Islam

3. Perang Uhud (3H)Seramai 700 tentera Islam menentang 2900 kafir Quraisy dan 100 bani Thaqif di Bukit Uhud.

4. Perang Khandaq (5H)3000 tentera Islam menghadapi kepungan 1000 tentera musuh daripada Quraisy, Sulaym, Fuzarah, Aysja' dan Ghatfan

5. Perang Hunyan (8H)Seramai 12,000 tentera Islam menghadapi kekuatan musuh dari kabilah Hawazun dan Thaqif di Lembah Awtas berhampiran negeri Taif yang membawa kepada kemenangan umat Islam.

6. Pengepungan Taif (8H)Seramai 12,000 tentera Islam berkuda dan berjalan kaki bertembung dengan kabilah Thaqif dan sebahagian Hawazun di Taif.

Lihatlah betapa pejuang Islam telah berjaya mengalahkan musuh di bulan Syawal. Bagimanakah kita yang cuma dituntut berperang selama 6 hari puasa sunat di bulan Syawal.

Adakah saya, anda, kita semua telah meraih kemenangan atau kita gagal? Berpuasalah semata-mata kerana Allah agar anda dirahmatinya,

Amer Alhawari
13 Syawal 1432
Bangi

05 September, 2011

Raya dan Kunjungan Ziarah


Raya 2011
Alhamdu Lillah pada tahun ini,Raya di Rumah saya di Jeli agak meriah kerana kesemua adik beradik saya serta isteri dan abang ipar dapat berkumpul pada pagi raya pertama.
Tema Biru raya ke -4 sempenaMajlis Hari Raya Persatuan Silat Cekak Pusaka Hanafi Kelantan

Kunjungan Ziarah
Alhamdu Lillah,dengan Izin Allah dan Barakah Guruku,saya sempat menzirahi Al fadhil Ustaz Hj Yahya Othman bersama isteri dan anak-anak saya pada hari 01 September 2011 yang lepas.  Pada Awal Ramadhan, YM guru saya menelefon supaya menziarahi Ustaz Yahya bertujuan mengenang jasa beliau yang banyak mendidik saya semasa saya berada di Machang selama 4 tahun. Banyak isu dan perbincangan yang diutarakan oleh beliau. Beliau menghadiahkan kepada saya bukunya yang terbaru iaitu Himpunan Kertas Kerja Tarbiyyah.

Pesanan Penulis
1. Usrah dan tarbiyyah Insya Allah akan berjaya sekiranya naqib-naqib usrah yang benar-benar seorang Wilayyan Mursyidan
2. Bacalah ayat-ayat Alquran dan Alhadith dengan cermat dan betul, ulangi berkali kali,minta anggota usrah membacanya dengan betul, pastikan usrah benar-benar memahami dan menghayati.
3. Ketahuilah bahawa Sesungguhnya allah menyukai Orang-orang Bertaubat dan menyucikan diri dari Dosa. Marilah Bertaubat daripada Segala dosa dan menyakini balasan Allah kepada Mukmin adalah syurga.

Pesanaan dari Hamba yang Dhaif.
 Saya berharap kepada pembaca agar yakinlah bahawa setiap perlaksanaan usrah yang berjaya hanya berjalan akan lancar dengan IzinNYa sahaja.Ingatlah setiap perilaku kita Dia yang Izinkan.Niatlah dengan Ikhlas KeranaNya bilamana kalian melaksanakan Sunnah Rasulullah.Janganlah kalian menghina orang yang tidak sealiran dengan kalian. Jalan menuju kepada Allah banyak jalannya. Carilah Guru yang Mursyid lagi Siddiq yang dapat bimbing Kalian ke arah Maqam Hamba Allah.Hanya dengan ada guru kita boleh Kenal Jalan Muhammad dan Allah. Sekadar perkongsian dari hamba yang"tin Kosong yang tiris".
 Buku terbaru Ustaz Yahya

27 Disember, 2010

Tahniah Buat Sahabat ku Che Din n Syidah


Akhirnya Kalian Bersatu juga...Mudah-Mudahan Berkekalan di Bawah Rahmat dan Kasih sayang Allah Buat Selama-lamanya..Tahniah dari kami Usrah Al-Hawari

JPAM era 60an

KP JPAM 1967..

Tabik Hormat awal 60 an seperti mana sekarg..Jangan Pertikai Plok,dah betul Apo yg dibuat oleh KP sekarang.tu pandangan saya lah



Pangkat mereka

Sekian berita untuk informasi anda

Pohon sumbangan


Kepada Yang Sudi.....
Mohd Zaidi Bin Mat Zaid,
Kampung Banggol Chicha,
17000 Pasir Mas,
Kelantan. 26 Disember 2010



Kepada :
Yang sudi membantuku,
Saudara yang budiman,



MEMOHON SUMBANGAN MELANJUTKAN PENGAJIAN DI YAMAN

Saya merujuk perkara di atas


2. Adalah dimaklumkan bahawa saya, Mohd Zaidi Bin Mat Zaid bersama dengan isteri saya yang kini sedang melanjutkan pengajian di Universiti Yamaniah (YAMAN) selama 4 tahun InsyaAllah. Saya dengan rendah diri ingin memohon sumbangan daripada pihak Saudara yang budiman bagi meneruskan pengajian di sini.



3. Untuk tujuan tersebut anggaran perbelanjaan yang saya perlukan sekarang adalah berjumlah RM54400.00 selama 4 tahun. Bersama dengan surat ini saya lampirkan dengan surat akuan pengajian saya di sini. Butiran lanjut mengenai perbelanjaan dan maklumat diri saya perincikan dalam Lampiran 1 dan Lampiran 2.



4. Justeru itu saya mengharapkan jasa baik Saudara agar dapat memberikan sumbangan yang seikhlas mungkin kepada saya bagi membolehkan saya melanjutkan lagi pengajian saya ke Yaman di peringkat Ijazah. Segala sumbangan bolehlah disalurkan secara tunai atau melalui nombor akaun bank saya seperti berikut :



MOHD ZAIDI BIN MAT ZAID
Nombor Akaun Maybank Islamic: 162366943939
Nombor Akaun Bank Simpanan Nasional: 03102-29-00004015-0



5. Saya amat berharap agar pihak Saudara dapat mempertimbangkan permohonan saya ini. Segala keperihatinan dan pertimbangan daripada pihak Saudara amatlah saya hargai. Semoga Saudara akan terus dilimpahkan rezeki yang halal lagi baik serta mendapat keberkatan daripada Allah S.W.T. Saya sudahi dengan dengan lafaz Jazakumullah khairan kathira.


Sekian, terima kasih



Yang benar,
...............................
(MOHD ZAIDI BIN MAT ZAID)



+60132041372/+967715005954 (YAMAN)
Lampiran 1



PERBELANJAAN UNTUK PENGAJIAN DI YAMAN (SETAHUN)



SEWA RUMAH



RM450.00 X 12 BULAN = RM 5400.00


VISA PELAJAR



RM100.00 X 2 ORANG = RM200.00


YURAN UNIVERSITI
RM1700.00



KITAB PENGAJIAN
RM1500.00



KOS SARA HIDUP
RM400.00 X 12 BULAN = RM 4800.00
JUMLAH
RM13600.00



JUMLAH (4 TAHUN) RM54400.00


Lampiran 2



MAKLUMAT DIRI



Nama : Mohd Zaidi Bin Mat Zaid
No. I/C : 870326-29-5259
T/Lahir : 26/03/1987
No. Surat Beranak : H 190019
Alamat : Kampung Banggol Chicha, 17000 Pasir Mas, Kelantan Darul Naim
Status : Berkahwin
Nama Isteri : Nurul Marjan Binti Mohd Nor
No. Telefon : +60132041372 (Malaysia) / +967711802596 / +967715005954 (Yaman)
Bil. Adik Beradik : 9 (5 lelaki, 4 perempuan)
Anak : ke-3
Pendidikan awal:
Bil.
Tempat Pengajian
Tahun
1.
Sek. Keb. Banggol Chicha, Pasir Mas Kelantan
1994-1999
2.
Sek. Men. Keb. Agama Falahiah
2000-2004
3.
Darul Quran (JAKIM)
2005-2008
4,
Universiti Yamaniah (Yaman)
2008- sekarang
Penglibatan:

07 Jun, 2010

Khasiat Bunga Cengkih


Mat mu nak bagi suara sedap ko?


Boleh jugak nak wat guane? mu kunyah bunga cengkih la suara mu sedap dan nafas panjang.



Kata kawan saya sewaktu kami sama-sama belajar alquran secara berlagu di rumah abe Man atau lebih dikenali sebagai Pok Man di Pondok Lubuk Tapah.



Di antara khasiat Bunga Cengkih ialah :
1. Paru-paru dapat berfungsi dengan baik yang membolehkan suara sentiasa lantang


2. Jantung berdegup dengan baik yang menjamin kesihatan


3. Mata dapat melihat dengan baik walau pun telah berusia


4. Gigi dapat tahan daripada gangguan ulat sehingga tahan lama


5. Otak sentiasa berkembang yang menguatkan ingatan berbanding suka minum ais atau pulut yang membawa kepada tertutupnya otak yang melemahkan ingatan


Cara makan


Sebaiknya 10 kuntum bunga cengkih sehari


Buat macam coklat dengan digigit dan dihisap airnya



"Seingat saya Tuan Guru Haji Hasyim Mengamalkan bunga cengkih ini sewaktu beliau berumur 17 tahun hingga sekarang. Beliau merupakan Tuan Guru Di Pondok Pasir Tumboh.




24 Mei, 2010

Suatu Hari Bersama Tuan Syeik

Tuan syeik Hj Mohd Radzi AlQadhi


"Alhamdulillah wabihinastaiin..."
Awal kalam yang selalu saya selalu acap kali saya dengar apabila tuan syeik saya memulakan sesuatu ucapan ataupun majlis. Rahsia dan Hikmah nya saya pun tidak mengetahuinya. Tapi alhamdulillah apabila saya mengamalkan nya alhamdu lillah banyak idea darinNya datang mencurah-curah.
Suatu ketika Bersama tuan Syeik
Baru-baru ini saya berpeluang untuk menghantar YM Tuan Syeik ke Majlis ijazah Ahli Asas di Darul Quran, Kuala Kubu Baru. Alhamdu Lillah banyak ilmu yang saya perolehi sepanjang dalam majlis tersebut, Di antara pesanan beliau :-
1) Beliau berpesan supaya tujuan utama kita belajar silat adalah untuk mempertahankan diri. Kerana diri kita adalah Amanah Allah. Hakikat belajar silat adalah untuk menjadi Hamba Allah yang Sejati.
2) Beliau juga menasihati para ahli baru supaya bersabar dalam matapelajaran silat. dalam cekak ada Gerak. dan tugas kitalah untuk kenal Tuan Empunya Gerak iaitu Allah. Nak kenal Allah kena melalui Guru yang Mursyid lagi siddiq.
3) Di dalam silat ini hanya hanya kita gerakkan kedua-dua tangan dan kaki kita.
Akhir Kalam JOM SILAT Cekak Hanafi.... kerana di dalamnya banyak ilmu yang dapat. kepada pejuang- pejuang ISLAM persiapakan dirimu dengan Ilmu pertahanan diri melalui silat. Usaha dahulu baru tawakkal.

17 Disember, 2009

Syukur PadaMu Ya Allah ( 2 )

Majlis Aqiqah dan membelah mulut @ Tahnik Nik Amanina oleh Abe Ya

( Anak Murid Allahyarham Tuan Guru Hj Abdullah Pondok Lubuk Tapah)

Sewaktu di Wad 12


- Suasana agak tegang dengan tangisan bayi-bayi yang baru lahir. Anak saya merupakan juara dalam pertandingan tersebut. Saya menjadi kaku tidak tahu apa yang perlu saya lakukan apabila amanina menangis begitu kuat sekali. Setelah selesai jururawat memandikan anak saya saya pun memegang amanina dan melaungkan azan dan iqamah. Teryata amanina diam seketika. Badan saya gementar untuk melaungkan azan kerana pertama kali bergelar seorang BABA kepada anak perempuan kami.Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.


- setelah jam 11 malam amanina tidak terhenti2 menangis sampaikan saya dan isteri tidak tahu berbuat apa-apa. Umminya telah menyusukan beliau namun setelah kenyang masih lagi menangis. Kami memeriksa perut dikhuatiri kembung perut, didapati tiada apa-apa berlaku. Di saat bayi-bayi lain sedang tidur.. amanina terus menangis. Saya dan isteri kaku dan terpaksa memangil jururawat bertugas untuk memeriksa bayi kami. Alhamdulillah amanina diam seketika apabila beliau dipangku oleh " nurse". Pada malam pertama di wad, saya terpaksa belajar menukar lampin bayi dan membersihkan najis dan sebagainya. Mula-mula rasa payahnya,,namun saya kuatkan semangat untuk memperlajari nya. Isteri saya masih lemah untuk memegang bayi bahkan untuk menukar lampin bayi pun tidak boleh. Sayalah yang terpaksa melakukan semuanya. Alhamdulillah Allah bagi kekuatan pada saya.
- Pada keesokkam harinya saya bergegas ke Jaafar Rawas untuk membeli Air zam-zam untuk dimandi dan disuapkan kepada bayi saya. Khasiat air zam zam hanya Allah yang tahu. Apabila Amanina menangis, saya menyuapkan air zam zam dan menyapu air tersebut di ubun-ubunnya.
-
- Pada waktu malam hanya penjaga perempuan sahaja dibenarkan masuk. tapi saya terpaksa meredah masuk kerana fikirkan bayi saya yang sedang menangis. Terpaksalah saya dan isteri bergilir meredakan tangisan amanina. Beratnya hati apabila di saat bayi lain sedang tidur bayi kami menangis. Walau bagaimanapun saya sentiasa memberi motivasi dan positif dengan keadaan.
- Pada hari ketiga Dr Kanak- kanak memeriksa bayi saya dan didapati mempunyai kesan penyakit kuning yang tidak serius. Amanina di tahan di Wad 2 bagi bayi yang kena kuning selama 10 jam. Alhamdulillah keesokkan harinya tanda tanda tersebut semakin hilang.
Syukur padamu Ya Allah segala ujian mu memberi rahmat kepada ku dan isteri. Mudah-mudahan dengan Pemberian anak mendekatkan lagi hati kami kepadamu Ya Allah

16 Disember, 2009

Syukur Padamu Ya Allah


Nik Amanina Al- Hawari


Alhamdulillah Syukur tidak terhingga pada Allah yang Maha Esa kerana memberi keselamatan dan kesejahteraan kepada isteri saya melahirkan anak pertama kami pada 06 Disember yang lalu.




Di saat kelahiran Puteriku

Pada 03 Disember yang lalu saya bergegas ke pejabat bos saya untuk memohon cuti gantian selama 3 hari untuk membuat persiapan menyambut anak pertama saya. Alhamdulillah cuti diluluskan dan saya bergegas ke stesen bas putra untuk balik ke kelantan dengan kadar segera. Setelah sampai di Pasir Mas isteri saya menelefon saya bahawa beliau sakit perut,namum saya memberitahunya supaya bersabar kerana saya sedang menunggu "prebet sapu " untuk balik ke rumah mertua saya.Setelah bersalaman dengan kedua dua mertua, saya dan abang ipar saya bergegas ke Hospital Sultanah Zainab 2 untuk membawa isteri ke dewan bersalin dengan kadar segera. Setelah diperiksa, jururawat yang bertugas memberitahu saya bahwa isteri saya terpaksa di tahan di dalam wad untuk penjagaan rapi.


Semasa Berurusan di Wad 24

Setelah selesai pendaftaran, saya bergegas ke wad 24 HSZ2 untuk melihat keadaan isteri saya dan alangkah terkejutnya saya apabila mendapati isteri saya hanya dibekalkan katil tambahan sahaja. Perasaan dan emosi saya mula terganggu disebabkan layanan sedemikian.Di dalam otak saya memikirkan kenapa layanan di hospital Ampang lebih elok dari HSZ2. Setelah menunggu beberapa jam barulah isteri saya dimasukkan ke wad 12 bagi kakitangan kerajaan. Alhamdulillah.
Ketika di bilik Bersalin
PAda jam 10.00pg isteri saya dimasukkan ke bilik bersalin kerana saluran peranakan mula terbuka 4cm. Saya dibenarkan masuk bersama isteri saya. Suasana agak pilu apabila saya melihat isteri saya mengadu sakit. Saya meminta beliau selawat dan beristighfar banyak- banyak. Setelah tiba solat asar saya meminta mertua saya menggantikan tempat saya dan berharap agar isteri saya cepat bersalin. Setelah solat asar Dr Pakar memanggil saya meminta isteri saya dibedah dengan segera kerana jantung bayi saya agak lemah. Saya dan isteri terpaksa akur dengan saranan Doktor.
Alhamdulillah tepat jam 7.10 malam bayi saya selamat dilahirkan secara pembedahan.. Syukur padamu Ya Allah.
Di Wad 12 pertama kali menyambut anak saya sendiri.......bersambung