16 September, 2009

Genap Umurku 27 & Hikam



16 September merupakan hari muhasabah buat saya, setelah 27 tahun Allah panjangkan umur saya sebagai hambaNya..Banyak perkara yang baru dan menarik ( hanya bersifat sementara ) saya kecapi semua nya di bawah kehandak Allah.. Saya hanya melakukan solat hajat memohon dipanjangkan umur di dalam ketaatan serta diberi kefahaman Al quran melalui Hidayatullah agar dapat mendidik diri, keluarga serta masyarakat tentang Keesaan Allah.
Saya bersyukur kepadanya agar peluang yang diberikan kepada saya untuk berjumpa dengan orang yang dekat pada tahun ini,berkekalan hingga akhirat..
KitaB Hikam Syarahan Syeikh Said hawa
Pada awal September yang lepas sahabat saya memperkenalkan kepada saya mengenai Kitab syarah Al Hikam Syarahan oleh Said Hawa. Alhamdulillah kandungan syarahan oleh said Hawwa yang diterjemahkan oleh Dr Basri b. Ibrahim Al Azhari amat mudah difahami dan maksud yang hendak disampaikan amat berguna buat saya. Sewaktu di Pondok Lubuk Tapah saya tidak sempat menghabiskan kitab Hikkam ini,Dahulu saya belajar kitab ini melalui Allahyarham Tuan Guru Haji Abdullah ( Selama 2 tahun) tidak sempat khatam, pok Su Hamid di Bachok. Namun alhamdulillah melalui pendedahan awal daripada mereka saya sedikit sebanyak dapat memahami kandungannya.
Apabila Said Hawa syarah Hikkam, gaya ulasan beliau adalah mudah dan senang difahami. beliau juga mengaitkan dengan Uslub haraki.Ini tidak menghairankan kita kerana beliau merupakan tokoh pemimpin gerakan Ikhwanul Muslimin di Jordan.

Saya berharap agar sahabat- sahabat yang pernah mempelajari tasawuf dapat melapangkan masa untuk meneliti gaya ulasan Syeik said Hawa dari Uslub haraki agar kita dapat jadikan jiwa kita mukmin yang haraki dan sufi..

Salam Ramadhan dan pecutan terakhir untuk tingkatkan ibadah...

Tiada ulasan: