Pertama Sekali saya ingin ucapkan tahniah kepada adik -adik saya yang akan menjejaki Alam kampus tidak lama lagi. Ingatlah wahai adik-adikku Jadikan Alam kampus untuk kita mempelajari Sebanyak mungkin Ilmu Allah ini.,,Ikhlask an Niat kalian Kerana Allah apabila kalian ingin menuntut Ilmu Bukannya untuk mengejar Segulung Ijazah semata- mata. Ingatlah bahawa Keberkatan Ilmu penting untuk kita terus hidup sebagai hamba Allah di muka bumi ini.
" Berpersatuanlah apabila berada di Kampus "
- Saya menyeru kepada adik-adikku supaya berpersatuanlah ketika berada di kampus, Sekiranya kalian berkeseorangan makan mudahlah syaitan untuk menggoda kalian untuk ke arah kemaksiatan"
- Dekatilah Majlis- majlis ilmu atau Halaqah-halaqah usrah untuk memajukan diri kalian ke arah keredhaan Allah. Di kampus kalian bebas melakukan apa sahaja.. Banyak Pelajar sekolah agama hanyut mengikut suasana.Berhati hatilah adik- adikku..
- Jadilah kalian seperti Ikan di lautan walaupun laut itu masin namun ikan- ikan tidak berubah rasanya,ikan tetap manis walaupun setelah sekian lama berada di lautan..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan