13 Jun, 2009

JPAM sebagai Kumpulan Satukan Perpaduan


Imej JPAM ditingkatkan sebagai kumpulan satukan perpaduan: Hishammuddin

KLUANG: Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mempertingkat imej Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) yang kini lebih berfungsi sebagai kumpulan sokongan bantuan bencana kepada kumpulan sukarelawan yang boleh menyatukan perpaduan kaum di negara ini. Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata JPAM yang ditubuhkan sejak zaman darurat dan konfrantasi dapat membantu kerajaan menjayakan konsep 1Malaysia sekali gus meringankan beban Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam mengawal keselamatan. "Walaupun kita berada dalam landskap baru, ancaman yang boleh menjejaskan perpaduan kaum tetap boleh berlaku seperti perbincangan isu perkauman yang tidak menjurus kepada kemenangan mana-mana pihak pun.


"Jadi, dalam keadaan ini kenapa kita tidak melihat dalam konteks yang lebih luas yang menumpukan perkara yang boleh menyatupadukan kaum. Ini bukan retorik atau sekadar cakap kosong dan saya harap perpaduan kaum menerusi JPAM ini dapat disemarakkan," katanya selepas majlis pelancaran pemuafakatan dan pemantapan perkahwinan anjuran Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dekat Paloh, di sini, hari ini

Hishammuddin yang juga Ahli Parlimen Sembrong, berkata beliau yakin peningkatan imej JPAM itu tidak membebankan tugas sedia ada kumpulan berkenaan dan usaha bersungguh-sungguh akan dilakukan bagi menarik generasi muda menyertai kumpulan itu

Sumber B.harian online

Alhawari : nampaknya JPAM akan mengubah fokus nya ke arah menarik ramai generasi Muda menyertai JPAMdan operasi hanya sebagai sampingan. mesti ada yang tidak bersetuju.walau apa pun anda yang bergelar pegawai atau anggota JPAm kenalah positif

Tiada ulasan: