Detik 3 Ogos saban tahun sentiasa dalam ingatan Ahli Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia iaitu Hari Kelahiran YM Tuan Guru Hj Mohd Radzi Hj Hanafi yang merupakan Guru Utama Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia. Alhamdulillah Majlis Sambutan Ulangtahun kelahiran beliau telah selamat dilaksanakan dengan jayanya pada 3 Ogos 2009 yang lepas dengan dihadiri oleh ahli persatuan sekitar Lembah Klang.Program tersebut telah dilaksanakan di Rumah Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia Taman Melawati.
Ucapan YM Tuan Guru
Di dalam ucapan YM Tuan Guru beliau menyarankan supaya perkataan "Hari Jadi " ditukar kepada Hari Lahir, kerana hari jadi ini kurang sesuai digunakan kerana kejadian kita sudah lama diciptakan oleh Allah. Sebagai contoh penciptaan Ruh nabi Muhammad S.A.W, Roh nabi diciptakan lebih awal dari roh nabi adam,cumanya jasad Nabi Adam Allah jadikan lebih awal dari Jasad nabi Muhammad S.A.W.
PETIKAN UCAPAN YM TUAN GURU
" Bila kita sambut ulang tahun mengigatkan kita tentang kelahiran kita serta peranan kita sebagai seorang hamba Allah"
" Kita Boleh berdoa dan minta pada Allah dan jangan memaksa Allah terima doa kita "
" Bila kita berkawan dengan orang yang Soleh setiap barakah akan mengalir kepada kita "
" berhati- hati bila berkawan dengan orang yang derhaka kepada ibu bapa, takut-takut jikalau ruh derhaka terpiasa pada kita"
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
DOA SAMBUTAN ULANGTAHUN KELAHIRAN KE-48 YM TUAN GURU HAJI MD RADZI BIN HAJI HANAFI
بسم الله الرحمن الرحيم....
Ya Allah Ya Rahman,
Kami merafaq’kan syukur kepadaMu, dgn limpah kurnia dan keizinanMu, dapat kami berkumpul pd malam ini bersempena Sambutan Ulangtahun Hari Kelahiran yang ke -48, Yang Mulia Tuan Guru kami tersayang, Yang Mulia Hj Md Radzi B Hj Hanafi Al-Qodhi. Kami berdoa kepadaMu Ya Allah, semoga perjalanan majlis kami ini diberkati, dan dipermudahkan urusan.
Ya Hayyum Ya Qayyum,
Segala puji-pujian selayaknya ke atasMu. Kami mendoakan sebaik-baik perlindungan dan kesejahteraan buat Yang Mulia Tuan Guru kami serta ahli keluarga beliau, sepertimana Engkau memelihara orang-orang yang Engkau khendaki sebelum ini. Ampunkan lah dosa beliau, samada yg terdahulu atau yg akan datang. Engkau lah Tuhan Yg Maha Mengetahui, lagi Maha Pengasih dan Penyayang, tempat bergantung hati bagi orang-orang yg telah Engkau terangkan jalan mereka itu.
Ya Aziz Ya Ghaffar,
Berikanlah kekuatan dan sebaiknya pertolongan buat Tuan Guru kami, untuk terus memimpin perjuangan ini, untuk terus mendidik kami pada jalan yang Engkau tetapkan, dan peliharakan lah beliau dari cubaan kaum yang memudaratkan, yang sentiasanya datang dari pelbagai arah. Sesungguhnya tiada daya bagi kami, melainkan hanya dengan pertolongan dan keizinanMu Ya Allah.
Ya Zaljala liwal ikram,
Sesungguhnya terlalu banyak budi baik Yang Mulia Tuan Guru kami yg tidak dapat kami balas. Engkau lah Tuhan, yang padaMu sebaik-baik perhitungan terhadap barang yg tidak kami mampu dan ketahui. Engkaulah Tuhan yang berkuasa membolak balik hati, terangilah hati-hati kami untuk tetap dibelakang perjuangan Tuan Guru kami yang tersayang, Yang Mulia Tuan Guru Hj Md Radzi B Hj Hanafi Al-Qodhi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan