17 Mei, 2009

Manusia genius- bersifat sang labah-labah

Salam Ceria dan Motivasi,, Harap anda semua berada di bawah rahmat dan keredhaan Allah. Kisah seterusnya yang ingin dikongsikan bersama anda semua ialah berkenaan dengan labah-labah ataupun dalam bahasa omputihnya dipanggil "spider".Sesungguhnya setiap makhluk yang diciptakan oleh Allah s.w.t mempunyai hikmah dan kegunaannya di dalam hidup kita.Begitu juga dengan labah-labah.Apa yang istimewanya makhluk Allah ini?hmmm.....


Sarang labah-labah

Untuk pengetahuan kita bersama, labah-labah merupakan salah satu serangga yang diciptakan oleh Allah taala yang mempunyai sifat yang sangat unik dan istimewa serta kreatif.Lihat sajalah pada jaringan sarangnya yang begitu teliti dan cantik. Mampukah kita sebagai manusia menghasilkan sarang labah-labah sepertimana yang dibuat oleh labah-labah itu?Sudah tentu tidak, tetapi kita boleh mengambil sifat yang ada pada sang labah-labah itu untuk dijadikan motivasi pada diri kita.


Sang labah-labah

Daripada hasil pembacaan saya di dalam buku yang bertajuk "Membina Karisma" yang ditulis oleh saudara Ahmad Naim Jaafar, sang labah-labah adalah kuasa pemikiran genius yang dapat menghubungkan konsep yang rumit dan kompleks. Ini bermakna individu yang mempunyai sifat yang ada pada labah-labah adalah individu yang suka menghubungkan sesuatu konsep yang rumit dan kompleks. Mereka juga memiliki kemahiran luar biasa bagi menggabungkan banyak perkara menjadi satu gagasan yang hebat.

Ciri-ciri sang labah-labah

1. Pengetahuan yang luas

Individu yang mempunyai ciri pertama yang ada pada sang labah-labah adalah individu
yang berpengetahuan luas. Kita akan dapati bahawa tiada perkara yang individu ini tidak tahu. Individu ini mengetahui terlalu banyak perkara dan maklumat yang diperolehi oleh mereka samada melalui pembacaan ataupun pembelajaran mereka sendiri. Kelebihan individu ini adalah mereka dapat mengingat fakta dan teori dalam jangka masa yang singkat.


2. Meminjam idea

Ciri kedua yang ada pada sang labah-labah adalah mereka suka meminjam idea daripada orang lain. Ini tidak bermakna mereka mengakui bahawa idea yang dipinjam itu adalah daripada mereka tetapi mereka hanya meminjam idea tersebut untuk digabungkan dengan idea mereka sendiri bagi menghasilkan sesuatu yang lebih mantap dan lebih baik.

3. Kemahiran membuat kaitan dan jaringan

Ciri terakhir yang ada pada sang labah-labah adalah mereka mempunyai kemahiran membuat kaitan dan jaringan yang kreatif sepertimana jaringan atau sarang yang dibuat oleh labah-labah.

Akhir kalam,,


Contohilah sikap labah-labah yang tidak pernah putus asa dalam membuat sesuatu perkara.Alangkah indahnya ciptaan Allah ini, membuat kita BERFIKIR, Meneliti setiap ciptaaanya.

Tiada ulasan: