26 April, 2009

Suatu Hari DI Pesta Buku.



Niat Pagi Sabtu..
25 April yang lepas saya dan isteri telah berkunjung ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur untuk meninjau bahan- bahan Ilmiah yang perlu di beli. Kami berdua membonceng menaiki motosikal sahaja, maklumlah baru kahwin,,Alhamdulillah sampai juga ke PWTC untuk berkunjung ke gerai pameran.
Sampai sahaja di Pintu masuk, ramai orang berduyung- duyung masuk untuk ke gerai buku. di antara penulis yang sempat saya bersua; ustaz hasrizal (saifulislam.com ), ustaz amal dan Ustaz Riduan Mat Noor. Memang murah betul buku di sana. Namun hanya 2 biji buku yang sempat saya beli iaitu Bawa hatimu Kepada Tuhan ( Ust. Amal ) dan Bercinta sampai ke Syurga ( Ust. Hazrizal )
Makan Tengahari...
Penatnya dan lapar rasanya hari ni..luah saya kepada isteri,saya pun mencadangkan supaya hari ini kami makan tengahari di Kedai Nasi Ayam dato' Keramat. Alhamdulillah kenyang rasanya.Selepas solat zohor saya dan isteri menuju ke kediaman kami di ampang.

Tiada ulasan: