23 April, 2009

Salam Ceria dan Mendapat Redha Ilhi

Pengenalan.

Alhamdulillah saya bersyukur ke hadrat Allah kerana dengan limpah nya saya diberi peluang untuk hidup berpandukan ajaran Islam yang mulia. Sebagaimana yang kita tahu, hidup beragama adalah lumrah hidup manusia di alam ini. Apa yang saya akan nukilkan adalah kisah hidup dan perkongsian pengalamna saya dengan anda semua. Saya adalah hamba Allah yang Keldil diberi aqal fikiran untuk mengenal diri dan pencipta.

Al Hawari

saya mengambil al hawari bersandarkan kepada hadis nabi " setiap Nabi mempunyai Hawariy. Hawariyku adalah Zubair ibnul Awwam".

Al Hawariyun berasal dari kata tunggal Hawariy yang mempunyai erti penolong. Jumlah wali Hawariy ini hanya ada satu orang sahaja di setiap zamannya. Jika seorang wali Hawariy meninggal, maka kedudukannya akan diganti orang lain. Di zaman Nabi hanya sahabat Zubair Bin Awwam saja yang mendapatkan darjat wali Hawariy Al hawari bermaksud "PENOLONG". Pembawa rahmat seluruh alam.Mudah mudah hidup keluarga kami memberi pertolongan kepada semua makhluk Allah dengan rahmat dan petunjuk dari Allah.

Harapan

Saya berharap agar dengan kewujudan blog ini akan dapat saya berkongsi pengalaman dan ilmu yang berguna ke arah mewujudkan masyarakat yang berguna, penyayang, menghayati agama dan suka menolong masyarakat yang lain tanpa menegnal erti penat dan letih.


sekian..

Tiada ulasan: