Alhamdu Lillah ,Syukur padamu ya Allah dengan Rahmat dan Kasih Sayangmu dapat juga saya menulis kisah ranjau kehidupan saya sebagai Hambamu Insya Allah. Bulan Ramadhan yang indah ini pelbagai kisah menarik saya cuba kongsi kan buat tatapan semua.
15 Ogos 2011, 15 Ramadhan 1432H
15 Ogos 2011 merupakan tarikh saya serta rakan-rakan sejawatan saya telah dinaikkan pangkat dan dipindahkan ke destinasi yang ditentukan oleh Pengurusan tertinggi. Saya telah ditempatkan di Akademi Latihan Pertahanan Awam Malaysia ( ALPHA) Bangi. Di sinilah saya mula-mula diajar dan dilatih mengenai ilmu Pertahanan Awam pada 21 Disember 2006. Pelbagai pengalaman dan suka duka di ALPHA saya tempuhi sepanjang 6 bulan saya berkursus.Di sini saya diamanahkan sebagai ketua Sekolah Pengurusan Paramedik yang dianggotai oleh 07 orang kakitangan termasuk saya. Sekolah ini melatih Pegawai dan anggota Pertahanan Awam seluruh negara mengenai berkaitan dengan kecemasan. Diantara kursus yang ditawarkan adalah Emergency Medical Trauma Technician, Kursus Asas Pertolongan Cemas, Kecederaan Domestik, Road Accident Management dan banyak lagi. Bidang ini merupakan bidang baru bagi saya.Banyak perkara yang perlu saya belajar dari pegawai saya.
Berminat
Sekiranya pembaca budiman, berminat untuk menganjurkan kursus mengenai rawatan awal kecemasan dan berkaitan paramedik hubungilah saya di email mamz_ks@yahoo.com. Insya Allah saya akan berkongsi ilmu ini kepada anda semua.






0 comments:
Catat Ulasan