26 April, 2009

Usrah Alhawari







Ayahanda dan Bonda Tercinta




Bersama Isteri,kakak dan adik beradik perempuanku..





bersama Bonda,Isteri dan mertua ku

Suatu Hari DI Pesta Buku.



Niat Pagi Sabtu..
25 April yang lepas saya dan isteri telah berkunjung ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur untuk meninjau bahan- bahan Ilmiah yang perlu di beli. Kami berdua membonceng menaiki motosikal sahaja, maklumlah baru kahwin,,Alhamdulillah sampai juga ke PWTC untuk berkunjung ke gerai pameran.
Sampai sahaja di Pintu masuk, ramai orang berduyung- duyung masuk untuk ke gerai buku. di antara penulis yang sempat saya bersua; ustaz hasrizal (saifulislam.com ), ustaz amal dan Ustaz Riduan Mat Noor. Memang murah betul buku di sana. Namun hanya 2 biji buku yang sempat saya beli iaitu Bawa hatimu Kepada Tuhan ( Ust. Amal ) dan Bercinta sampai ke Syurga ( Ust. Hazrizal )
Makan Tengahari...
Penatnya dan lapar rasanya hari ni..luah saya kepada isteri,saya pun mencadangkan supaya hari ini kami makan tengahari di Kedai Nasi Ayam dato' Keramat. Alhamdulillah kenyang rasanya.Selepas solat zohor saya dan isteri menuju ke kediaman kami di ampang.

24 April, 2009

Catatan Di Hari Jumaat

Pagi.........

Selepas bersarapan bersama isteri saya, saya terus ke pejaabt dengan memboceng motor JKR 6309 untuk menunaikan amanah sebagai seorang pekerja. pagi ini sangat memenatkan fikiran saya kerana ada mesyuarat dengan pengurusan. Pada saya mesyuarat panjag sangat, saya dilantik untuk mengendalikan urusan dan persiapan Dewan di bilik mesyuarat Utama..

mesyuarat berjalan Lancar tapi sebarang keputusan tidak dapat di capai,,Bilakah jabatanku ini ingin berubah,apa yang Pasti sudah ada Team Muda yang akan mengubah segalanya...saya bersyukur tapi adakan menjadi kenyataan.


sekian,,sekadar luahan mengisi masa lapang setelah penat bermesyuarat

23 April, 2009

Salam Ceria dan Mendapat Redha Ilhi

Pengenalan.

Alhamdulillah saya bersyukur ke hadrat Allah kerana dengan limpah nya saya diberi peluang untuk hidup berpandukan ajaran Islam yang mulia. Sebagaimana yang kita tahu, hidup beragama adalah lumrah hidup manusia di alam ini. Apa yang saya akan nukilkan adalah kisah hidup dan perkongsian pengalamna saya dengan anda semua. Saya adalah hamba Allah yang Keldil diberi aqal fikiran untuk mengenal diri dan pencipta.

Al Hawari

saya mengambil al hawari bersandarkan kepada hadis nabi " setiap Nabi mempunyai Hawariy. Hawariyku adalah Zubair ibnul Awwam".

Al Hawariyun berasal dari kata tunggal Hawariy yang mempunyai erti penolong. Jumlah wali Hawariy ini hanya ada satu orang sahaja di setiap zamannya. Jika seorang wali Hawariy meninggal, maka kedudukannya akan diganti orang lain. Di zaman Nabi hanya sahabat Zubair Bin Awwam saja yang mendapatkan darjat wali Hawariy Al hawari bermaksud "PENOLONG". Pembawa rahmat seluruh alam.Mudah mudah hidup keluarga kami memberi pertolongan kepada semua makhluk Allah dengan rahmat dan petunjuk dari Allah.

Harapan

Saya berharap agar dengan kewujudan blog ini akan dapat saya berkongsi pengalaman dan ilmu yang berguna ke arah mewujudkan masyarakat yang berguna, penyayang, menghayati agama dan suka menolong masyarakat yang lain tanpa menegnal erti penat dan letih.


sekian..